SESI MAKLUMAN Engagement: PELAKSANAAN PROGRAM LOCAL AGENDA 21 KL - PROJEK ENGLISH @CLiC 2.0
Auditorium Perpustakaan Kuala Lumpur, 18hb Mac 2016 - Urus Setia LA21 Kuala Lumpur bersama-sama Jawatankuasa Kerja Projek English @ CLiC 2.0 Local Agenda 21 di bawah Bandar Raya Sejahtera telah mengadakan satu sesi makluman berkenaan Pelaksanaan Projek English @ CLiC 2.0 bagi tahun 2016 kepada Pengetua / Guru Besar dan Yang DiPertua PIBG sekolah-sekolah sekitar kawasan Sentul yang melibatkan 83 buah sekolah kesemuanya.
Program ini dilaksanakan bersama -sama KPM, JPWPKL, Pejabat Pelajaran Sentul, Sentul Raya Sdn Bhd, NGO Permuafakatan IbuBapa Prihatin Sentul dan rakan usaha sama Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa, BZ Bee dan Frog Asia.
SK Intan Baiduri telah diwakili oleh Guru Besar, Tn Hj Ahmad Fuad bin Ahmad dan Yang DiPertua PIBG, En Zaifulsham Ahmad Zakaria.
Semoga penyertaan SK Intan Baiduri dalam program ini dapat membantu guru dalam membimbing dan memperluaskan penggunaan bahasa Inggeris kepada murid-murid SKIB.