Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
Showing posts with label UBK. Show all posts
Showing posts with label UBK. Show all posts
PROGRAM MOTIVASI UPSR SIRI 3

1 - 3 Ogos 2018 - Selama 3 hari berturut-turut, Jawatankuasa Kecemerlangan Tahun 6 SK Intan Baiduri bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah telah berjaya mengadakan Program Motivasi UPSR Siri 3 di Dewan Intan Baiduri, SK Intan Baiduri.

Program yang dianjurkan sebagai salah satu cara untuk meningkatkan motivasi murid tahun 6 sebelum mereka menduduki peperiksaan turut mendapat sokongan daripada PIBG SK Intan Baiduri dimana pada pagi hari pertama, penceramah luar Encik Irman Shah bin Azhar dijemput bagi menyuntik kesedaran kepada murid akan kepentingan persediaan menghadapi peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Turut diadakan pada waktu petang adalah aktiviti mandian herba yang terbukti tahun-tahun sebelum ini  telah meningkatkan sahsiah murid agar lebih cemerlang.


 

 

  

  

 

 

 

 

Turut hadir adalah Yang DiPertua PIBG SK Intan Baiduri, Encik Zaifulsham bin Haji Ahmad Zakaria dan GPK Tadbir & Kurikulum, Puan Norizan binti Mahmud yang sudi menyampaikan cenderhati kepada penceramah.

Semoga program seumpama ini diteruskan pada masa akan datang untuk kecemerlangan Keberhasilan Anak-Anak SK Intan Baiduri. 
UPSR 2017 : PROGRAM JUARA BERJALAN LANCAR

12 Ogos 2017 - Dalam 30 hari lagi, bermulalah detik anak-anak tahun 6 SK Intan Baiduri untuk menghadapi ujian perdana pertamanya iaitu UPSR bagi tahun 2017. Antara program yang telah bermula sejak beberapa bulan yang lepas adalah Program Juara.

Tujuan Program Juara dijalankan adalah untuk :
i. Meningkatkan bilangan murid mencapai 6A.
ii. Membantu murid-murid mencapai kecemerlangan melalui bimbingan yang lebih sistematik dan berfokus; dan,
iii. Mewujudkan budaya belajar yang efektif dan persaingan yang sihat melalui kumpulan rakan sebaya.

Contohnya, pada minggu yang lepas, anak-anak Juara ini telah berkumpul di rumah Ibu Anaqi untuk perbincangan berkumpulan, manakala minggu ini, perbincangan akan diadakan di rumah Ibu Avinassh pula. Atas sokongan ibu bapa ini, anak-anak dapat mencapai aspirasi yang ditetapkan. 

Perjumpaan berkala ibu bapa pula seperti yang akan diadakan pada Selasa, 15 Ogos 2017 akan memantapkan perbincangan bagaimana untuk meningkatkan perlaksanaan Program Juara ini.

Semoga komitmen yang diberikan oleh ibu bapa serta anak-anak ini akan membuahkan hasil serta mengatasi prestasi kecemerlangan UPSR bagi tahun 2016. 

  

  



KHIDMAT KONSULTASI KEIBUBAPAAN

Adalah dimaklumkan Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Intan Baiduri membuka peluang kepada ibu bapa untuk mendapatkan khidmat konsultasi keibubapaan pada setiap pagi hari Jumaat. Namun masa tertakluk kepada jadual semasa guru Bimbingan dan Kaunseling.

Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada guru Bimbingan dan Kaunseling, Pn Ezalinda Binti Zakaria di Bilik Unit Bimbingan dan Kaunseling atau meninggalkan pesanan di pejabat sekolah.

Info

Info