Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
Showing posts with label Rekreasi. Show all posts
Showing posts with label Rekreasi. Show all posts
KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA
KELAB TAEKWANDO SK INTAN BAIDURI 

11 Mac 2018 - Satu perjumpaan antara PIBG SK Intan Baiduri, yang diwakili oleh YDP, En Zaifulsham Bin Hj Ahmad Zakaria dengan ibu bapa kepada murid yang menjadi ahli Kelab Taekwando SK Intan Baiduri telah diadakan pada pagi ini. 

Di perjumpaan santai ini, YDP telah menerangkan kenapa Kelab Taekwando perlu diletakkan dibawah seliaan PIBG dan juga perancangan-perancangan yang boleh dibuat untuk Kelab Taekwando yang telah bertapak lebih daripada 10 tahun.

Hasil daripada persetujuan semua, Encik Roslan Bin Kamaruzaman telah dipilih sebagai Ketua Kumpulan Sokongan Ibu Bapa Kelab manakala Penolong Ketua adalah Puan Wan Rosni Binti Wan Abd Aziz.

Untuk makluman, ahli Kelab Taekwando SK Intan Baiduri terkini adalah seramai 18 murid dan dilatih oleh Sir Fauzan dari TEMATA. Latihan dibuat pada hari Ahad, dari pukul 8.00 pagi sehingga 9.30 pagi di dewan sekolah. Sebarang persoalan mengenai pendaftaran boleh hubungi terus Sir Fauzan di no tel 017-2022868.

Semoga dengan adanya pelibatan bersepadu antara PIBG SK Intan Baiduri, KSIB Kelab Taekwando SK Intan Baiduri, pentadbiran sekolah SK Intan Baiduri dan TEMATA dapat mengukuh serta menaikkan nama Kelab Taekwando SK Intan Baiduri di sekolah khasnya dan komuniti persekitaran amnya. 


 

SEMANGAT KENTAL ANAK-ANAK SK INTAN BAIDURI

11 Mac 2017 - Teruja apabila melihat anak-anak SK Intan Baiduri memanah pada latihan minggu ke 2. Dapat dilihat bakat dan keyakinan mereka meningkat dengan mendadak. Walaupun baru minggu ke 2, dengan keperitan ibu jari menarik tali busar, namun mereka tenang dan amat fokus dalam mencapai sasaran.

Semoga bakat mereka ini dapat terus diasah ke peringkat lebih tinggi.





REKREASI MINGGUAN

4 Mac 2017 - Mulai hari ini, setiap sabtu (tertakluk pertindihan aktiviti sekolah dan cuti) pukul 2 petang - 5 petang akan berlangsung di dataran SK Intan Baiduri program Rekreasi Mingguan yang dianjurkan oleh PIBG SK Intan Baiduri. Program ini akan berlangsung selama 8 bulan iaitu mulai bulan Mac 2017 hingga Oktober 2017.

Tujuan program ini adalah untuk mendedahkan murid (tahun 1 hingga tahun 6) kepada beberapa jenis sukan dan riadah dengan latihan yang betul. Ia juga dapat mengisi masa hari minggu mereka bersama keluarga untuk keluar bersenam dan bersosial secara sihat. Dengan latihan yang teratur, diharapkan peserta menjadi lebih berkeyakinan, berdisiplin serta menunjukkan bakat agar dapat di kenalpasti untuk mewakili sekolah. 

Terdapat 3 kategori yang dijalankan iaitu :
  1. Sukan - Bola Baling, Bola Jaring, Futsal, Sepaktakraw dan Bola Tampar.
  2. Riadah - Catur, Kompang, Ukulele, Tarian.
  3. Memanah
Untuk Kategori 1 dan 2, peserta cuma perlu bayar pendaftaran sahaja, manakala bayaran bulanan adalah percuma. Untuk Kategori 3, peserta perlu bayar pendaftaran serta bulanan. Ini adalah kerana jurulatih luar dan peralatan disediakan.

Pada hari ini, lebih 60 peserta dari kalangan murid dan ibu bapa turut sama. Seramai 12 peserta telah menyertai memanah manakala selebihnya menyertai sukan dan riadah. Para peserta di beri tunjuk ajar oleh 7 jurulatih memanah Panah Legenda, manakala 6 alumni SK Intan Baiduri telah membantu untuk melatih Sukan dan Riadah.

 

 

 
  
 



 


Semoga program ini akan sentiasa mendapat penyertaan menggalakkan setiap minggu dari murid, ibu bapa dan komuniti sekitar. 

Nota - Jika ada sebarang perubahan pada jadual, sila rujuk kepada blog PIBG SK Intan Baiduri.
SUKAN DAN REKREASI MINGGUAN
(SETIAP SABTU DARI PUKUL 9 PAGI HINGGA 12 TENGAHARI)

PIBG SK Intan Baiduri telah bekerjasama dengan Alumni SK Intan Baiduri untuk menganjurkan sukan dan rekreasi mingguan mulai 4 Mac 2017 pukul 2 petang hingga 5 petang di Dataran SK Intan Baiduri.

Tujuan program ini adalah untuk menyediakan tempat yang bersesuaian serta di kawal selia oleh abang-abang dan kakak-kakak alumni supaya adik-adik dapat dilatih sesuatu sukan atau rekreasi dengan lebih teratur.

Antara sukan dan rekreasi yang dicadangkan adalah :
  1. Sukan - Bola Baling, Bola Jaring, Futsal, Sepaktakraw dan Bola Tampar.
  2. Rekreasi - Catur, Kompang, Ukulele dan Tarian
Sebarang persoalan boleh dikemukakan kepada YDP PIBG En Zaifulsham Ahmad Zakaria (whatsapp/sms 012-2998660), manakala bayaran boleh dibuat pada Cikgu Mohd Halimi Bin Dalep. 

Borang boleh di muatturun di sini.
KELAS MEMANAH TRADISIONAL

PIBG SK Intan Baiduri telah bekerjasama dengan Panah Legenda Enterprise (https://www.facebook.com/panahlagenda) untuk menganjurkan kelas Memanah Tradisional mulai 4 Mac 2017 pukul 2 petang hingga 4 petang di Dataran SK Intan Baiduri.

Dengan pengalaman luas pengasas Panah Legenda En Mohd Nasrul Bin Kamarulzaman, sebagai Setiausaha Persatuan Memanah Tradisional Malaysia serta mewakili Malaysia dalam kejohanan Antarabangsa (Turki, China dan Hungary sejak 2013), diharapkan para peserta kelas ini akan dapat manafaat serta menjalankan latihan secara sistematik dan teratur.

Sebarang persoalan boleh dikemukakan kepada YDP PIBG En Zaifulsham Ahmad Zakaria (whatsapp/sms 012-2998660), manakala bayaran boleh dibuat pada Cikgu Mohd Halimi Bin Dalep. 

Borang boleh di muatturun di sini.


Info

Info