Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
TERIMA KASIH KEPADA GURU BESAR SK INTAN BAIDURI ATAS SOKONGAN BELIAU DALAM PROGRAM REKREASI MINGGUAN ANJURAN PIBG SK INTAN BAIDURI

18 MAC 2017 - Buat julung kalinya, Guru Besar SK Intan Baiduri, Tn Hj Ahmad Fuad Bin Ahmad telah turut turun padang memberi sokongan kepada Program Rekreasi Mingguan anjuran PIBG SK Intan Baiduri yang diadakan pada setiap hari sabtu antara pukul 2.00 - 5.00 petang.

Walaupun pada hari tersebut merupakan hari pertama Cuti Pertengahan Penggal 1 bermula, namun lebih daripada 20 orang murid turut serta dalam program yang telah memasuki minggu ke 3.



Semoga suntikan sokongan ini dapat menyemarakkan lagi semangat PIBG SK Intan Baiduri untuk memberi ruangan latihan yang selamat dan sistematik kepada anak-anak SK Intan Baiduri khususnya dan komuniti amnya.
MESYUARAT AJK BIL 1, PIBG SK INTAN BAIDURI SESI 2017/18

18 Mac 2017 -  Pada pukul 11.00 pagi ini, telah berlangsung Mesyuarat AJK Bil 1, PIBG SK Intan Baiduri sesi 2017/18. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Yang Di Pertua PIBG, En Zaifulsham Bin Hj Ahmad Zakaria, turut di hadiri oleh Guru Besar SK Intan Baiduri, Tn Hj Ahmad Fuad Bin Ahmad dan GPK Tadbir & Kurikulum, Puan Norizan Binti Mahmud.

Mesyuarat dimulakan dengan :
  1. Ucapan alu-aluan Yang Di Pertua
  2. Ucapan alu-aluan Guru Besar merangkap Penasihat
  3. Pengesahan Minit Mesyuarat bil 5 sesi 2016/17.
  4. Pembentangan dan Pengesahan Kewangan hingga 17 Mac 2017.
  5. Laporan YDP aktiviti PIBG dari tarikh 30 Dis 2016 hingga 14 Mac 2017.
  6. Cadangan dan Kelulusan Prosedur Pengurusan bagi sesi 2017/18.
  7. Permohonan dan Kelulusan Bajet Kewangan untuk menjalankan program dan membeli peralatan.
  8. Pelibatan PIBG seterusnya dalam aktiviti hingga bulan Mei 2017 (tentatif Mesyuarat AJK bil 2 pada 27 Mei 2017)
  9. Hal-Hal Lain.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.50 tengahari.
PROGRAM INDUKSI PIBG 2017

18 Mac 2017 - Pada hari ini, bermula pukul 8.00 pagi, telah berlangsung Program Induksi PIBG 2017 untuk ahli jawatankuasa PIBG SK Intan Baiduri sesi 2017/18 yang baru dilantik pada Mesyuarat Agung ke 15 yang berlangsung pada 4 Februari 2017.

Program berbentuk orientasi ini adalah untuk merapatkan silaturrahim antara ibubapa dan guru, memperkenalkan ahli jawatankuasa lama dengan yang baru, serta menerangkan proses dan peraturan yang perlu diikuti oleh setiap ahli berdasarkan Perlembagaan PIBG SK Intan Baiduri. 

Program dimoderator oleh Yang DiPertua PIBG SK Intan Baiduri, En Zaifulsham Bin Ahmad Zakaria serta Guru Besar SK Intan Baiduri, Tn Hj Ahmad Fuad Bin Ahmad. 

Program bermula dengan :
  1. Sarapan Pagi
  2. Ice Breaking
  3. Pengenalan Struktur PIBG
  4. Pembahagian Tugas AJK
  5. Perbincangan Program dan Bajet 2017
  6. Orientasi Persekitaran Sekolah
Semoga dengan terlaksananya program ini, setiap ahli jelas tanggungjawab mereka sebagai pemimpin yang telah terpilih untuk mewakili Ibu Bapa dan Guru.





PROGRAM PERTANIAN DALAM BANDAR

15 Mac 2017 - Kerjasama antara Jabatan Pertanian Putrajaya dan SK Intan Baiduri yang diusahakan oleh PIBG SK Intan Baiduri pada tahun lepas, masih diteruskan pada tahun ini.

Program Pertanian Dalam Bandar ini amat bermakna kepada pihak sekolah. Selain mendapat kemudahan dan peralatan pertanian secara percuma, program ini diusahakan sepenuhnya oleh murid-murid tahun 5 yang terlibat secara langsung dalam program ini. Guru hanya bertindak sebagai penyelaras agar ilmu yang dipelajari oleh murid-murid adalah selari dengan silibus pembelajaran sekolah.

Pemantauan berkala diteruskan oleh Jabatan Pertanian Putrajaya pada tahun ini dengan lawatan, nasihat dan pemberian bahan pertanian.PIBG telah menghantar laporan bergambar (seperti dibawah) pada hari ini akan perkembangan program dari semasa ke semasa. 

PIBG juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jabatan Pertanian Putrajaya atas sokongan kuat mereka pada setiap program sekolah.



 

 

 


SEMANGAT KENTAL ANAK-ANAK SK INTAN BAIDURI

11 Mac 2017 - Teruja apabila melihat anak-anak SK Intan Baiduri memanah pada latihan minggu ke 2. Dapat dilihat bakat dan keyakinan mereka meningkat dengan mendadak. Walaupun baru minggu ke 2, dengan keperitan ibu jari menarik tali busar, namun mereka tenang dan amat fokus dalam mencapai sasaran.

Semoga bakat mereka ini dapat terus diasah ke peringkat lebih tinggi.





PELANCARAN KARNIVAL S.T.R.E.A.M. 2017



10 Mac 2017 - Pada pagi ini telah berlangsung soft-launch Pelancaran Karnival S.T.R.E.A.M. 2017 oleh Yang Di Pertua PIBG SK Intan Baiduri, En Zaifulsham Bin Hj Ahmad Zakaria. Karnival S.T.R.E.A.M. akan dilangsungkan pada 15 April 2017 dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Tujuan pelancaran adalah untuk memperkenalkan karnival kepada warga SK Intan Baiduri. Selepas ucapan dan lafaz pelancaran dibuat oleh Yang Di Pertua, majlis diteruskan dengan gimik penyampaian kad kutipan sumbangan kepada setiap guru penyelaras. Kad kutipan sumbangan akan diedarkan pada hari terakhir peperiksaan minggu hadapan.

Seterusnya, Yang Di Pertua telah sudi melancarkan kain rentang utama karnival untuk menandakan promosi karnival telah bermula.



 

 




TAHNIAH KEPADA WARGA SK INTAN BAIDURI

8 Mac 2017 - Pada 8 Mac 2017 mulai pukul 2.15 petang, telah berlangsung Bengkel Memantapkan Pengurusan Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK) dan Penyampaian Sijil Penghargaan 2016 Peringkat Wilayah Sentul (Sekolah Kebangsaan) di Pusat Kegiatan Guru Sentul.

SK Intan Baiduri telah mendapat Sijil Penghargaan atas usaha inisiatif PIBK 2016 :
  1. Mencapai KPI 1 ( > 65% )
  2. Mencapai KPI 2 ( > 25% )
Rujuk di sini maksud KPI.


Sijil telah diterima oleh Guru Besar, Tn Hj Ahmad Fuad bin Ahmad.

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PARA PENTADBIR, GURU-GURU, AHLI JAWATANKUASA PIBG serta WARGA SK INTAN BAIDURI ATAS USAHA DAN PENCAPAIAN 2016.


UNEXPECTED LEADERSHIP : TWO SISTERS FIND HOPE



TERAPI MINDA : MANDIAN HERBA SIRI 1

Untuk tahun kedua berturut-turut, pada hari esok, 7 Mac 2017 akan berlangsung program Terapi Minda : Mandian Herba siri 1 untuk murid-murid tahun 6 yang dianjurkan dibawah program Kecemerlangan UPSR 2017

Program akan bermula di Dewan Seri Intan Baiduri, SK Intan Baiduri pada pukul 3.00 petang dengan sesi penerangan oleh Cikgu Halim Yasin dari HyHerbs  mengenai keberkesanan mengamalkan mandian herba. Seterusnya, sesi mandian herba akan dijalankan di Dataran SK Intan Baiduri. Sesi dijangka berakhir pada pukul 4.30 petang.

Oleh itu, adalah dialu-alukan Ibu Bapa serta anak-anak mereka yang bukan tahun 6 untuk turut serta mengikuti program Terapi Minda : Mandian Herba. Tiada bayaran dikenakan dan perlu membawa sendiri tuala serta pakaian persalinan.
REKREASI MINGGUAN

4 Mac 2017 - Mulai hari ini, setiap sabtu (tertakluk pertindihan aktiviti sekolah dan cuti) pukul 2 petang - 5 petang akan berlangsung di dataran SK Intan Baiduri program Rekreasi Mingguan yang dianjurkan oleh PIBG SK Intan Baiduri. Program ini akan berlangsung selama 8 bulan iaitu mulai bulan Mac 2017 hingga Oktober 2017.

Tujuan program ini adalah untuk mendedahkan murid (tahun 1 hingga tahun 6) kepada beberapa jenis sukan dan riadah dengan latihan yang betul. Ia juga dapat mengisi masa hari minggu mereka bersama keluarga untuk keluar bersenam dan bersosial secara sihat. Dengan latihan yang teratur, diharapkan peserta menjadi lebih berkeyakinan, berdisiplin serta menunjukkan bakat agar dapat di kenalpasti untuk mewakili sekolah. 

Terdapat 3 kategori yang dijalankan iaitu :
  1. Sukan - Bola Baling, Bola Jaring, Futsal, Sepaktakraw dan Bola Tampar.
  2. Riadah - Catur, Kompang, Ukulele, Tarian.
  3. Memanah
Untuk Kategori 1 dan 2, peserta cuma perlu bayar pendaftaran sahaja, manakala bayaran bulanan adalah percuma. Untuk Kategori 3, peserta perlu bayar pendaftaran serta bulanan. Ini adalah kerana jurulatih luar dan peralatan disediakan.

Pada hari ini, lebih 60 peserta dari kalangan murid dan ibu bapa turut sama. Seramai 12 peserta telah menyertai memanah manakala selebihnya menyertai sukan dan riadah. Para peserta di beri tunjuk ajar oleh 7 jurulatih memanah Panah Legenda, manakala 6 alumni SK Intan Baiduri telah membantu untuk melatih Sukan dan Riadah.

 

 

 
  
 



 


Semoga program ini akan sentiasa mendapat penyertaan menggalakkan setiap minggu dari murid, ibu bapa dan komuniti sekitar. 

Nota - Jika ada sebarang perubahan pada jadual, sila rujuk kepada blog PIBG SK Intan Baiduri.
SIASAH UNGGUL PERIBADI CEMERLANG - SIRI 2

1 Mac 2017 - Pada hari ini telah berlangsung Ceramah Siasah Unggul Peribadi Cemerlang - Siri 2. Lanjutan kepada program yang sama minggu lepas, motivator terkenal En Idzhar Bin Jumali telah menyampaikan motivasi kepada lebih 200 murid SK Intan Baiduri dari tahun 3, 4 dan 5. Seramai 25 murid SK St Mary dan 2 guru pengiring turut sama mengikuti program ini.

Pada kali ini, penekanan diberikan kepada A.I.M.  iaitu :
  • A - Akhlak Mulia
  • I - Ilmu Pengetahuan
  • M - Matlamat
 

  

 



Seperti yang dijangkakan, perwatakan yang dibawa oleh En Idzhar waktu menyampaikan ceramah telah dapat menarik tumpuan murid-murid. Semoga ilmu yang diberikan dapat dimanafaat sepenuhnya murid-murid dalam menjadikan diri mereka mempunyai siasah unggul serta peribadi cemerlang. 
MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN AL-QURAN TAJAAN PTS 

1 Mac 2017 - Lanjutan pada Majlis Ramah Mesra Hi-Tea Bersama Pemimpin-Pemimpin Komuniti tempoh hari, pada pagi ini telah berlangsung Majlis Penyerahan Sumbangan 30 buah Al-Quran tajaan PTS kepada surau Sekolah Menengah Kebangsaan St Mary di pejabat Guru Besar SK Intan Baiduri.

Penyerahan telah dibuat sendiri oleh Guru Besar, Tn Hj Ahmad Fuad Bin Ahmad kepada Puan Yang Kamsiah Bt Mior Rasdi, merangkap Setiausaha PIBG SMK St Mary dan Guru Pendidikan Islam Puan Suria Bt. Mohamed Noor.



Semoga usaha PIBG SK Intan Baiduri dan pentadbiran SK Intan Baiduri untuk mendekati komuniti dapat merapatkan silaturrahim serta menguatkan kerjasama komuniti untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah dan komuniti sekitar.

Info

Info