Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
PAMERAN TENAGA HIJAU SK INTAN BAIDURI
di FESTIVAL STEM HIBISCUS INTERNATIONAL SCHOOL

21 April 2018 - Hibiscus International School telah menjemput SK Intan Baiduri untuk mengadakan pameran STEM di Festival STEM mereka yang telah dilangsungkan pada hari ini di Hibiscus International School kampus Segambut.


Dengan diketuai oleh Cikgu Mayasari @ Idawanie bt Omar dan dibantu oleh Jawatankuasa PIBG Puan Hawa Malisa bt Ibrahim, seramai 6 orang murid SK Intan Baiduri telah dibawa untuk membentangkan projek tenaga hijau. Turut hadir memberi sokongan adalah Guru Besar SK Intan Baiduri, Tuan Haji Ahmad Fuad bin Haji Ahmad dan YDP PIBG SK Intan Baiduri, Encik Zaifulsham bin Haji Ahmad Zakaria.

 

 

 

Semoga dengan pendedahan yang diberikan kepada murid-murid ini, diharap mereka dapat menimba pengalaman dan ilmu serta membentuk keyakinan diri yang terhasil daripada pergaulan dengan masyarakat luar.
PASUKAN BOLASEPAK SK INTAN BAIDURI 
MENJUARAI KEJOHANAN BOLASEPAK MSSWPKL 
PERINGKAT WILAYAH SENTUL BAWAH 12 TAHUN

20 April 2018 - Tahniah diucapkan kepada pasukan bola sepak SK Intan Baiduri yang dipimpin oleh Cikgu Mohd Azwadi bin Maktar kerana telah berjaya mengalahkan pasukan bola sepak SK Batu Muda dengan jaringan 1 - 0 pada pusingan akhir Kejohanan Bola Sepak MSSWPKL Peringkat Wilayah Sentul Bawah 12 Tahun yang telah berlangsung di padang SK Tiara Permai Kuala Lumpur.

Secara automatik, SK Intan Baiduri telah layak mewakili Zon Sentul untuk bertanding di peringkat negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dijangka akan diadakan pada bulan Mei ini. Semoga semangat juang ini dapat dikekalkan untuk mendapat lebih banyak kejayaan.


 

 

 


PENUTUPAN KANTIN SEKOLAH

17 - 20 April 2018 - Pada 16 April 2018, sekolah telah mengeluarkan surat kepada ibu bapa bahawa kantin sekolah akan ditutup mulai 17 - 20 April 2018 untuk proses baikpulih dan pembersihan. Sebagai langkah proaktif, pihak sekolah telah mengatur dengan pengusaha kantin sekolah lain untuk menyediakan makanan waktu rehat pada keempat-empat tarikh tersebut.

PIBG juga telah mengambil inisiatif dengan menggerakkan Jawatankuasa PIBG yang diketuai oleh Puan Norshamsiah bt Shamsuddin dan Puan Azian bt Samin untuk memastikan kelancaran pergerakan murid pada waktu rehat selama 4 hari tersebut.

Kumpulan Sokongan Ibu Bapa juga telah digerakkan di mana 6 orang ibu dan bapa telah turut membantu. Terima kasih diucapkan kepada para Intan dan Baiduri :

1. Puan Noor A'tikah bt Mohd Yunus
2. Puan Zainalina bt Zanol Bahar
3. Puan Warnita bt Adnan
4. Puan Zuriah bt Mohd Hasan
5. Puan Shamsinar bt Mat Razali
6. Encik Amiruddin bin Hasan

Walaupun dalam masa yang terlalu singkat, alhamdulillah dengan kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh ibu dan bapa telah dapat membantu pergerakan murid pada waktu rehat dan seterusnya melancarkan aktiviti persekolahan anak-anak SK Intan Baiduri.

SYABAS pada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. 


 

 

 
BENGKEL PROGRAM JUNIOR INNOVATE PERINGKAT NEGERI 2018

18 - 19 April 2018 - Chumbaka dengan penajaan daripada Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) sedang dalam perancangan untuk melaksanakan Program Junior Innovate di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya untuk tahun 2018 bagi peringkat Negeri di bawah kempen #mydigitalmaker Movement. Kempen #mydigitalmaker Movement in berfokuskan penggunaan teknologi dalam meningkatkan kemahiran pemikiran komputasional, digital dan kognitif di kalangan pelajar.

Sebagai persediaan, satu sesi Train The Trainer telah dijalankan selama 2 hari  kepada 5 sekolah yang terlibat iaitu SK Putrajaya 8, SK Intan Baiduri, SK Kota Warisan, SK Bukit Kemuning 2 dan SK Kampung Selayang. Program yang bermula dari pukul 9.30 pagi hingga 5.00 petang telah diadakan di Digital Maker Hub Cyberjaya.


 


 

 




SK Intan Baiduri telah diwakili oleh Cikgu Mayasari @ Idawanie binti Omar, Cikgu Mohd Syakir bin Ahmad Sawal serta En Zaifulsham bin Haji Ahmad Zakaria, YDP PIBG SK Intan Baiduri. Turut hadir adalah 2 orang murid perintis iaitu Mohamad Aiman Hakimi bin Andullah dan Ashraf bin Zaifulsham.

Semoga kepercayaan yang diberi oleh Chumbaka dalam memilih SK Intan Baiduri untuk menyertai program ini dapat dibalas dengan persembahan terbaik dari anak-anak SK Intan Baiduri.
BENGKEL ROBO TRACER
PETROSAINS RBTX CHALLENGE 2018

17 - 18 April 2018 - Pada tahun ini, buat julung kalinya SK Intan Baiduri telah mendaftarkan nama 6 orang murid (3 pasukan) untuk menyertai Pertandingan Robo Tracer Petrosains RBTX Challenge 2018. Sebelum pertandingan zon kelayakan yang dijadualkan akan dilangsung pada bulan Julai, satu Bengkel Robo Tracer telah diadakan selama 2 hari di Petrosains KLCC untuk para peserta yang telah mendaftar.

SK Intan Baiduri telah menghantar 4 orang murid dan diringi oleh Cikgu Mayasari @ Idawanie binti Omar, Cikgu Mohd Syakir bin Ahmad Sawal serta En Zaifulsham bin Haji Ahmad Zakaria, YDP PIBG SK Intan Baiduri.


 

 

 


Alhamdulillah bengkel yang telah dijalankan amat memberi manafaat kepada guru dan murid dalam menyediakan diri untuk pertandingan zon kelayakan nanti. Semoga pertandingan ini menjadi permulaan pada murid-murid SK Intan Baiduri untuk sentiasa mencuba bersaing dan menunjukkan bakat mereka terutama dalam bidang STEM (Science, Technology, Engineering, Mathematic).
SEMINAR PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK
 BAGI INISIATIF #62:
PELUASAN PELAKSANAAN PELIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI
DALAM EKOSISTEM SEKOLAH (PIBK) TAHUN 2018

11 April 2018 - Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) Kementerian Pendidikan Malaysia telah menganjurkan Seminar Perkongsian Amalan Terbaik Bagi Inisiatif #62: Peluasan Pelaksanaan Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti Dalam Ekosistem Sekolah (PIBK) Tahun 2018 pada hari ini di Auditorium Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.  Seminar yang bermula dari pukul 8.30 pagi sehingga 5.00 petang telah dihadiri oleh peserta yang terdiri daripada Pengetua, Guru Besar, YDP PIBG dan Kumpulan Penggerak Ibu Bapa Komuniti Kebangsaan dari seluruh Malaysia. 

 
 

Turut hadir adalah Encik Zaifulsham bin Haji Ahmad Zakaria, YDP PIBG SK Intan Baiduri yang telah menerima Watikah Pelantikan sebagai ahli Kumpulan Penggerak Ibu Bapa Komuniti Kebangsaan (2017-2020) dari YBhg Datuk Dr Amin bin Senin, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Kumpulan Penggerak Ibu Bapa Komuniti Kebangsaan adalah merupakan lantikan daripada Jabatan Pendidikan Negeri seluruh Malaysia. Setakat ini, 85 ahli dari kalangan PIBK yang cemerlang telah terpilih seluruh Malaysia untuk membawa agenda PPPM 2013-2025 di peringkat kebangsaan. Seramai 14 orang telah dilantik dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Semoga, akhirnya dengan penerimaan watikah pelantikan ini serta pengiktirafan KPM terhadap usaha pelibatan PIBG SK Intan Baiduri, dapat merangsangkan lagi pelibatan ibu bapa dan komuniti dalam persekitaran sekolah.  
PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM LESTARI ALAM 2018

8 April 2018 - Pada hari ini telah berlangsung Majlis Penutup Perkhemahan Unit Beruniform Lestari Alam SK Intan Baiduri yang diadakan di Kem Rimba Tamu, Batang Kali, Hulu Selangor.  Perkhemahan selama 3 hari 2 malam ini telah dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SK Intan Baiduri bermula pada 6 April 2018 dengan kehadiran 40 murid dari Persatuan Pengakap, Tunas Kadet Remaja, Pandu Puteri dan Bulan Sabit Merah Malaysia.


 

 



Encik Zaifulsham bin Haji Ahmad Zakaria, YDP PIBG SK Intan Baiduri telah dijemput untuk merasmikan Majlis Penutupan. Turut hadir adalah Guru Besar, Tuan Haji Ahmad Fuad bin Haji Ahmad, GPK Tadbir dan Kurikulum, Puan Norizan binti Mahmud dan GPK Kokurikulum, Puan Kasmah binti Ismail.


 

 

Objektif perkhemahan adalah untuk membina karektor murid yang lebih seimbang, menyemai sikap kerjasama dan tolong menolong serta membentuk keperibadian cemerlang. Semoga apa yang telah diterapkan dapat menghasilkan murid yang bersifat holistik.  
PAMERAN TENAGA HIJAU
PERSATUAN STEM SK INTAN BAIDURI
DI MINGGU SAINS NEGARA, DA MEN MALL SUBANG JAYA

7 - 8 April 2018 - Pada 6 - 8 April 2018 telah berlangsungnya Program Minggu Sains Negara 2018 yang telah diadakan di Da Men Mall, Subang Jaya Selangor. Program yang dianjurkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui MIMOS, National STEM Movement dan Malaysian Association of Creativity and Innovation (MACRI) telah mengumpulkan ramai pempamer dari pelbagai bidang STEM.

PIBG SK Intan Baiduri melalui STEM Learning Centre (SLiC @ Intan Baiduri) dengan Persatuan STEM SK Intan Baiduri turut juga mengambil peluang bersama rakan strategik sekolah iaitu BRAINet (M) Sdn Bhd untuk membuka pameran berunsurkan tenaga hijau selama 2 hari dimana ianya di kendalikan sendiri oleh 7 murid dari pasukan Briged STREAM sekolah. Mengiringi mereka adalah Yang DiPertua PIBG SK Intan Baiduri, Encik Zaifulsham bin Hj Ahmad Zakaria dan Ketua Panitia Sains, Cikgu Mayasari @ Idawanie binti Omar, merangkap penasihat Persatuan STEM SK Intan Baiduri.


 

 

 

 

Turut hadir memberi sokongan adalah Guru Besar SK Intan Baiduri, Tuan Haji Ahmad Fuad bin Haji Ahmad serta Ketua Panitia Bahasa Inggeris, Cikgu Sh. Intan Baiduri binti Syed Mohd Bakhir.

Objektif mengetengahkan murid-murid ini adalah untuk menerapkan 5 elemen dalam keperibadian mereka iaitu berkeyakinan tinggi, bersifat ingin tahu, kreatif, berani mencuba dan bijak menyoal. Alhamdulillah, mereka telah menggunakan peluang yang ada bukan sahaja untuk mempersembah dan mendemonstrasikan  projek tenaga hijau mereka, malah mereka bergilir-gilir melawat pempamer - pempamer lain untuk mendapat lebih ilmu pengetahuan. 

 

 

 

SK Intan Baiduri juga merupakan satu-satunya pempamer dari sekolah samada rendah atau menengah yang hadir bersama pempamer dari syarikat swasta, korporat, universiti dan agensi kerajaan. Seterusnya, Briged STREAM ini telah menerima jemputan dari Hibiscus International School untuk menyertai pameran Festival STEM mereka pada 21 April 2018.

Semoga dengan pendedahan awal dari peringkat sekolah rendah lagi ini, akan menarik minat anak-anak untuk terus belajar dalam aliran sains dan melahirkan generasi alaf ke 21 yang mencipta. 

Info

Info