Auditorium Tan Sri Abdul Rafie JPWPKL - Pada tarikh 2 Februari 2016, Unit Perhubungan dan Pendaftaran Sektor Pengurusan Sekolah JPWPKL telah menganjurkan program sehari iaitu SEMINAR PENJENAMAAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) DAN PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK INISIATIF PELUASAN PELAKSANAAN PELIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI (PIBK) TAHUN 2016, dengan kerjasama Yayasan Pendidikan Titiwangsa.
Majlis telah dirasmikan oleh Pengerusi Yayasan Pendidikan Titiwangsa Ybhg. Datuk Hj Astaman bin Abdul Aziz pada pukul 9.30 pagi dengan pengisian majlis dibuat dalam 5 slot iaitu :
- Slot 1 : Peranan & Cabaran PIBG Dalam Abad ke 21 oleh En. Amiruddin bin Sahudi
- Slot 2 : Perkongsian Amalan Terbaik 1 oleh KPSK
- Slot 3 : Perkongsian Amalan Terbaik 2 oleh KPSK
- Slot 4 : Amanat dari Pengarah Pendidikan JPWPKL oleh Pn Hjh Foziah bt Buang
- Slot 5 : Hasrat KPM Dalam Anjakan ke 9 PPPM 2013-2025 dari Pengarah BPSH, Ybhg. Dato' Abdullah bin Mad Yunus
Kehadiran amat menggalakkan dengan sejumlah 139 orang YDP atau wakil PIBG dari SK, SJKC, SJKT dan SMK seluruh Kuala Lumpur telah turut hadir. PIBG SKIB diwakili oleh YDP, En Zaifulsham Ahmad Zakaria.
Secara ringkasnya, JPWPKL menggalakkan PIBG untuk terus aktif dalam melibatkan ibu bapa, komuniti serta pihak swasta dalam membantu sekolah. Pada 2016, penetapan target KPI 1 adalah 75% manakala KPI 2 adalah 25%. JPWPKL akan sentiasa mengambil dasar terbuka dalam membantu PIBG untuk mencapai target yang ditetapkan. KPSK juga akan turut menambah jurulatih sarana dalam menyampaikan maklumat KPM kepada ibu bapa.
Pada penghujung majlis, Ybhg. Dato' Abdullah bin Mad Yunus telah berbesar hati untuk menyampaikan sijil penghargaan kepada KPSK-KPSK yang telah mencetus dan menggerakkan program sulung ini dengan jayanya.
Majlis berakhir pada pukul 5 petang.