IMBASAN 2016
1hb Januari 2017 - Tahun 2016 merupakan tahun transformasi PIBG SK Intan Baiduri. Perubahan bermula pada Mesyuarat Agung ke 14, dimana beberapa penambahbaikan kepada Perlembagaan PIBG SK Intan Baiduri telah diluluskan agar dapat memantap serta melancarkan lagi pengurusan pentadbiran PIBG dalam membantu sekolah SK Intan Baiduri meningkatkan lagi prestasi dan imej sekolah.
PENDEKATAN
STRATEGIK
Seperti
tahun-tahun yang lepas, PIBG dan sekolah
telah bekerjasama sekali lagi dalam merancang program-program yang lebih mantap
untuk pendedahan anak-anak dan guru SKIB. Pendekatan mencari rakan-rakan
strategik dari korporat, individu-individu dan pertubuhan bukan kerajaan telah
dibuat.
Antara yang sudi membantu adalah :
Kami dengan
ini ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada KOMUNITI
yang secara langsung dan tidak langsung terlibat dalam penajaan aktiviti 2016.
PENDEKATAN
KEWANGAN
Penglibatan
komuniti iaitu NGO dan Korporat, telah dapat mengurangkan beban perbelanjaan
PIBG dan membolehkan PIBG menumpukan kepada pembangunan kemenjadian anak-anak
khususnya dan sekolah amnya.
Kami dengan
ini ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada KUMPULAN SOKONGAN
IBU BAPA dan AHLI-AHLI PIBG SKIB yang secara langsung dan tidak langsung
terlibat dan menyokong usaha kami dalam program Penyelenggaraan dan Keceriaan
2016.
PENDEKATAN
MASA HADAPAN
PIBG telah
mengorak langkah dengan menyediakan pelan perancangan yang komprehensif bagi
tahun 2017. Pendekatan S.T.R.E.A.M. iaitu Science, Technology, Religion,
Engineering, Arts dan Mathematic telah diolah. Dengan adanya pengkhususan halatuju,
para ibu bapa dan guru dapat mengorak langkah menyediakan anak-anak SKIB ini
sebagai murid abad 21.
Adalah
harapan kami ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2016/2017 agar ahli Jawatankuasa PIBG
yang akan dilantik sesi 2017/2018 dapat meneruskan kesinambungan dan
meningkatkan lagi mutu pengurusan PIBG SK Intan Baiduri.
Sekian,
terima kasih.
En Zaifulsham Bin Hj Ahmad Zakaria
Yang DiPertua PIBG SK Intan Baiduri