PELIBATAN PIBG SK INTAN BAIDURI DALAM
PROGRAM KHATAM AL QURAN PPR INTAN BAIDURI

Dengan 70% daripada ahli PIBG SK Intan Baiduri juga merupakan penduduk PPR Intan Baiduri, PIBG SK Intan Baiduri mengambil inisiatif untuk merapatkan silaturrahim dengan komuniti setempat. Sumbangan sebanyak RM300 telah disampaikan oleh YDP PIBG, En Zaifulsham Bin Hj Ahmad Zakaria kepada Jawatankuasa Surau agar dapat menampung sebahagian daripada perbelanjaan program.
Semoga jalinan mesra ini dapat merapatkan lagi ukhwah antara PIBG SK Intan Baiduri dan sekolah, dengan komuniti setempat.