Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
HARI ORIENTASI PRA SEKOLAH DAN TAKLIMAT IBU BAPA SESI 2019

23 November 2018 - Pada hari ini telah berlangsung Hari Orientasi Pra Sekolah dan Taklimat Ibu Bapa Sesi 2019. Program ini diadakan untuk para ibu bapa yang telah mendaftar kemasukan anak ke pra sekolah SK Intan Baiduri sesi 2019 dan juga memberi pendedahan kepada anak-anak akan persekitaran sekolah.

Turut hadir dijemput adalah Yang DiPertua PIBG SK Intan Baiduri, Encik Zaifulsham bin Haji Ahmad Zakaria, Guru Besar SK Intan Baiduri, Tuan Haji Ahmad Fuad bin Haji Ahmad serta GPK Tadbir & Kurikulum, Puan Norizan binti Mahmud. Program hari ini dikendalikan oleh Guru Pra Sekolah iaitu Puan Cheng Buck Luan (Pra 1) dan Puan Rosidah binti Yaacob (Pra 2).

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Guru Besar dan Yang DiPertua. Seterusnya adalah sesi taklimat pra sekolah oleh Puan Cheng dan Puan Rosidah. Semoga dengan adanya majlis sebegini dapat membantu para ibu bapa dalam persediaan awal alam persekolahan anak-anak mereka. 

 

 

 

 

 

 

 
TAHNIAH MURID TAHUN 6
ATAS KEPUTUSAN CEMERLANG PPSR 

29 November 2018 - Tahniah diucapkan kepada semua murid tahun 6 SK Intan Baiduri yang telah menerima keputusan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) 2018 pada hari ini. Penyampaian keputusan bermula pada pukul 10.30 pagi di Dewan Seri Baiduri, merangkumi 4 pelaporan iaitu PBD, PAJSK, Psikometrik dan UPSR.

Terima kasih juga kepada pentadbir dan guru SK Intan Baiduri kerana telah berjaya membimbing anak-anak ini sejak dari tahun 1 sehingga tamat persekolahan mereka. Secara keseluruhannya, terdapat peningkatan Kemenjadian Murid dalam pelbagai bidang. Ianya hasil daripada usaha PIBG dan sekolah dalam memberi pelbagai pendedahan samada dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sahsiah.

Terima kasih juga kepada ibu bapa dan komuniti seperti Muafakat Sentul, LA21KL, DBKL, Yayasan Bank Rakyat, Planetarium Negara, UTMKL, MDEC, BRAINet, Pusat Pakaian Hari-Hari, FRIM, Pintar Foundation dan sebagainya yang telah membantu PIBG dan sekolah untuk memastikan anak-anak SK Intan Baiduri mendapat pendedahan yang maksima.

Semoga dengan penerimaan laporan ini, para ibu bapa dapat meneliti kembali pencapaian anak-anak dan merancang halatuju anak-anak mereka berdasarkan kebolehan dan bakat yang telah dapat dinilai melalui PPSR. 

 

 

 

 

 

 

 
MAJLIS ASPRESIASI ALUMNI 2018

28 November 2018 - Pada hari ini, PIBG SK Intan Baiduri dengan kerjasama Persatuan Penduduk PPR Intan Baiduri telah mengadakan Majlis Aspresiasi Alumni SK Intan Baiduri di Homestay (Surau Lama) Blok D, PPR Intan Baiduri. Objektif majlis adalah untuk menyampaikan sijil penghargaan pada alumni yang telah menjadi sukarelawan semasa Karnival Sains Ria dijalankan serta merapatkan ukhwah dan merancang untuk aktiviti tahun hadapan.

Turut hadir adalah Yang DiPertua PIBG SK Intan Baiduri, Encik Zaifulsham bin Haji Ahmad Zakaria, Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Intan Baiduri, Encik Abd. Rashid bin Abd Samad, Guru Besar SK Intan Baiduri, Tuan Haji Ahmad Fuad bin Haji Ahmad serta barisan guru yang memantau alumni SK Intan Baiduri iaitu Cikgu Mohd Halimi bin Mat Dalep, Cikgu Mohammad Ikhram bin Aziz dan Cikgu Wan Mohd Syahril bin Wan Abd Rahman.


 

 

 

 

Alhamdulillah lebih daripada 60 alumni telah dapat hadir. Majlis dimulakan dengan jamuan makanan tengahari. Selepas selesai menjamu selera, pengacara majlis menjemput Guru Besar SK Intan Baiduri untuk memberi ucapan. Ianya diikuti oleh ucapan dari Yang DiPertua PIBG dan ucapan dari Pengerusi Persatuan Penduduk. 

 

Seterusnya, Yang DiPertua PIBG telah sudi menyampaikan sijil penghargaan kepada sukarelawan Karnival Sains Ria. Mengambil kesempatan akan kehadiran semua, 6 orang wakil alumni bersama Guru Besar, Yang DiPertua dan Pengerusi telah duduk semeja untuk berbincang mengenai perancangan aktiviti alumni seterusnya. Majlis berakhir dengan sesi bergambar.


 

 

 

 

 

 

 


Semoga dengan usaha yang telah dirancangkan ini akan menjadi manfaat kepada pelbagai pihak terutama PIBG, sekolah dan alumni serta komuniti PPR Intan Baiduri.

Info

Info