PROGRAM AKADEMIK MENTOR MENTEE
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2018 : SESI 1 - BRAINET GASING
3 Mac 2018 - Pada pagi ini telah berlangsungnya sesi 1 bagi Program Akademik Mentor Mentee Universiti Teknologi Malaysia dibawah inisiatif National STEM Movement. Program ini dianjur bersama Universiti Teknologi Malaysia, PIBG SK Intan Baiduri, Persatuan STEM SK Intan Baiduri dan Persatuan PPR Intan Baiduri. Oleh kerana ini merupakan sesi 1, program yang dirangka untuk 6 sesi ini telah dijalankan lebih awal iaitu pukul 8.00 pagi dengan pendaftaran ibu bapa dan murid.
Seterusnya, majlis dimulakan dengan kata-kata aluan daripada Guru Besar SK Intan Baiduri, Tn Hj Ahmad Fuad Bin Hj Ahmad dan diikuti oleh YDP PIBG SK Intan Baiduri, En Zaifulsham Bin Hj Ahmad Zakaria. Ucapan dari UTM pula telah dimulakan oleh Dr Mohamed Azlan Bin Suhot dan diakhiri oleh Ketua Penyelaras Program Mentor Mentee UTM, Dr Sathiabama A/P T. Thirugnana. Turut hadir Pengurus Besar BRAINet (M) Sdn Bhd, En Chan Chon How.
Kemudian seramai lebih kurang 120 murid tahun 4 dan tahun 5 telah dibahagi ikut tahun dimana untuk 1 jam pertama bermula pukul 9 pagi, murid tahun 4 akan bersama 20 mentor mereka (yang diketuai oleh pelajar UTM Badrul Zaki) untuk pembelajaran Matematik manakala murid tahun 5 menjalankan aktiviti STEM bersama BRAINet. Untuk 1 jam kedua pula, murid tahun 5 mempelajari Sains bersama mentor manakala murid tahun 4 menjalankan aktiviti STEM bersama BRAINet.
Alhamdulillah program telah berjalan dengan lancar. Sambutan ibu bapa untuk turut hadir juga amat menggalakkan dengan Mentor dan Mentee dapat dilihat teruja membuat aktiviti bersama. Semoga semangat yang terbina ini dapat diteruskan untuk 5 sesi seterusnya.