Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
PROGRAM AKADEMIK MENTOR MENTEE
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2018 :
SESI 5 - INI YANG SAYA MAHUKAN UNTUK MASA DEPAN SAYA

19 Mei 2018 - Walaupun hari ini merupakan hari puasa, sesi ke 5 Program Akademik Mentor Mentee UTM @ SK Intan Baiduri 2018 telah dapat disempurnakan dengan jayanya. Seperti biasa, murid tahun 4 dan 5 SK Intan Baiduri telah dibahagikan mengikut kumpulan yang telah ditetapkan dan dibimbing oleh Mentor masing-masing dalam matapelajaran Matematik dan Sains.

 

 

Untuk aktiviti selingan, ruangan ini telah dikendalikan oleh Dr Habibah @ Norehan binti Haron bersama tiga fasilitatornya iaitu Cik Nurul Hidayah Norhizam, Cik Nurul Hasanah Norhizam dan Cik Nurul Solehah Norhizam. Tajuk kali ini adalah "Ini Yang Saya Mahukan Untuk Masa Depan Saya" yang merupakan sesi motivasi yang mengupas cita-cita dan halatuju murid.

 

 

 

 

Alhamdulillah, dengan tinggal hanya lagi satu sesi, sudah pasti impak program ini amat berjaya dimana walaupun ianya dijalankan pada bulan puasa, para mentor serta mentee masih terus hadir dengan bersemangat untuk memastikan kelancaran dan kejayaan program ini. Terima kasih juga kepada para pensyarah UTM kerana terus memberi sokongan kepada sekolah untuk kecemerlangan dan kemenjadian anak-anak SK Intan Baiduri.
TAHNIAH SK INTAN BAIDURI
KERANA TERPILIH SEBAGAI
#MYDIGITALMAKER CHAMPIONS SCHOOL
 ANJURAN MDEC BERSAMA KPM

17 Mei 2018 - Pada hari ini, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah memaklumkan kepada Guru Besar SK Intan Baiduri, Tuan Haji Ahmad Fuad bin Haji Ahmad bahawa sekolah telah terpilih sebagai #mydigitalmaker Champions School.



PIBG SK Intan Baiduri mengucapkan TAHNIAH kepada sekolah kerana terus menerus mendapat kepercayaan serta dapat menerapkan STEM dalam Pembelajaran Abad Ke (PAK) 21 murid dan guru SK Intan Baiduri.

Program mencari 20 sekolah seluruh Malaysia untuk dipilih sebagai hub digital maker telah bermula sejak bulan Mac 2018. Sebanyak 80 sekolah seluruh Malaysia telah memohon dan 22 sekolah telah dipilih oleh Jawatankuasa yang terdiri daripada Bahagian KPM, JPN dan MDEC selepas melalui beberapa peringkat penapisan. SK Intan Baiduri merupakan satu-satunya sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang terpilih.

Kejayaan menjadikan SK Intan Baiduri sebagai Hub Digital Maker adalah salah satu usaha PIBG SK Intan Baiduri bersama sekolah untuk memberi pendedahan dan peluang kepada warga SK Intan Baiduri untuk mendapatkan ilmu pembelajaran dan pengajaran yang terbaharu.

Bermula sejak 2016, PIBG SK Intan Baiduri telah menggorak langkah membawa warga SK Intan Baiduri keluar dari kepompong sekolah dengan lawatan hands-on ke Agensi Nuklear Malaysia, Chumbaka Cyberjaya, Lego Robotic YBR dan Google Malaysia.


 

 

Seterusnya 2017, PIBG SK Intan Baiduri telah membawa program-program STEM terus ke sekolah dengan kerjasama Planetarium Negara, STEM UPM dan mengadakan Karnival STREAM yang pertama.


 

 

 

 

 

Dipenghujung bulan November 2017, PIBG SK Intan Baiduri telah memanjangkan langkah dengan penubuhan Makmal Tenaga Hijau (dengan kerjasama BRAINet (M) Sdn Bhd) yang secara langsung menjadi hub pertama untuk Pusat Pembelajaran STEM (STEM Learning Centre - SLiC), PIBG SK Intan Baiduri. Dengan kini adanya Hub Digital Maker dibawah pengawasan MDEC, diharapkan warga SK Intan Baiduri terus memacu ke hadapan menjadi Creator atau Pencipta, selari dengan dasar Revolusi Industri ke 4.


 

 

 

* Maklumat Champions School boleh rujuk melalui link ini : https://www.mydigitalmaker.com/programmes/mydigitalmaker-champion-schools
SAMBUTAN HARI GURU SK INTAN BAIDURI 2018

16 Mei 2018 - Pada hari ini telah berlangsungnya Sambutan Hari Guru SK Intan Baiduri 2018 dengan tema Guru Pemacu Transformasi Pendidikan. Walaupun sibuk dengan program-program sebelum ini dan juga bermulanya puasa pada esok hari, yang menyebabkan persediaan untuk sambutan adalah terhad, namun majlis telah dapat dijayakan dengan sederhana tetapi meriah.

Sambutan dimulakan dengan perarakan masuk guru ke Dewan Seri Intan Baiduri.Turut mengiringi adalah YDP PIBG SK Intan Baiduri, Encik Zaifulsham bin Haji Ahmad Zakaria. Tuan Haji Ahmad Fuad bin Haji Ahmad, Guru Besar SK Intan Baiduri telah sudi untuk membaca Perutusan Hari Guru dari Ketua Pengarah KPM. Seterusnya, Ketua Murid Adik Alif Safwan bin Azlan telah menyampaikan ucapan terima kasih cikgu. Ini diakhiri dengan bacaan ikrar oleh guru dan nyanyian lagu 'Guru Malaysia'. Aturcara seterusnya adalah bacaan yaasin dan tahlil beramai-ramai serta persembahan Kumpulan Nasyid Soutu Ar-Raudhah SK Intan Baiduri dan nyanyian lagu terima kasih cikgu.

 

 

 

 

 

 

 

 

Sebelum berakhir, turut disambut adalah Hari Ulangtahun Guru Besar SK Intan Baiduri yang jatuh pada hari yang sama. Majlis Sambutan kemudian berehat sebentar pada waktu rehat murid dan bersambung dengan acara permainan guru dengan murid.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PIBG SK Intan Baiduri mengucapkan 'Selamat Hari Guru' kepada semua guru SK Intan Baiduri serta guru sekolah-sekolah di Malaysia. Semoga jasamu cikgu akan tetap kami kenang selama-lamanya.

* Nota : Oleh kerana kekangan masa serta kesibukan para guru dengan program-program sekolah yang perlu dilaksanakan, Program Hari Guru oleh PIBG SK Intan Baiduri ditangguhkan selepas Hari Raya Aidilfitri.

Info

Info