PROGRAM AKADEMIK MENTOR MENTEE
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2018 :
SESI 4 - MATEMATIK SENANG, UPSR CEMERLANG
28 April 2018 - Pada hari ini telah berlangsung sesi ke 4 Program Akademik Mentor Mentee Universiti Teknologi Malaysia di mana seramai 20 pelajar ijazah UTM telah datang menjadi Mentor Matematik kepada murid tahun 4 dan Mentor Sains kepada murid tahun 5.
Untuk aktiviti selingan, Dr. Ruzana Ishak telah mengendalikan aktiviti bertajuk 'Matematik Senang, UPSR Cemerlang'. Beliau dibantu oleh Encik Nikk Adam bin Abdillah Kipalli, Encik Muhammad Amirul Hakeem bin Hanif, Encik Farizal Azamuddin bin Abdul Manaf dan Encik Mohd Halif bin Md Yusof. Turut hadir adalah Guru Besar SK Intan Baiduri, Tuan Haji Ahmad Fuad bin Haji Ahmad yang telah sudi menyampaikan sijil penghargaan kepada Dr. Ruzana Ishak dan fasilitatornya.
Tinggal lagi 2 sesi Program Akademik Mentor Mentee UTM iaitu pada 19 dan 26 Mei 2018. Memang tidak dapat disangkal lagi, setelah 4 sesi berlalu, ianya banyak membantu anak-anak SK Intan Baiduri ini dalam Kemenjadian Diri mereka untuk menjadi murid yang cermerlang.