Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
PROGRAM AKADEMIK MENTOR MENTEE
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2018 :
SESI 6 - TENAGA MEKANIKAL - DAYA & TEKANAN

26 Mei 2018 - Hari ini merupakan sesi terakhir Program Akademik Mentor Mentee UTM @ SK Intan Baiduri (dibawah inisiatif National STEM Movement) dimana murid tahun 4 di mentor dalam matapelajaran Matematik, manakala murid tahun 5 di mentor dalam matapelajaran Sains. Aktiviti selingan atau hands-on yang terakhir pula adalah bertajuk Tenaga Mekanikal - Daya & Tekanan dan ianya diketuai oleh Prof Madya Dr. Morina Abdullah. 


 

 

Pada majlis penutup, secara keseluruhannya melalui pemerhatian, Ketua Penyelaras SK Intan Baiduri, Cikgu Mayasari @ Idawanie binti Omar dan Ketua Penyelaras Universiti Teknologi Malaysia, Dr. Sathiabama T. Thirugnana telah merumuskan bahawa terdapat perubahan sikap dan kecenderungan para murid untuk belajar dan lebih memahami secara kreatif dan luar kotak. Ini adalah hasil daripada cara pembawakan para mentor masing-masing yang menyampaikan pembelajaran dengan gaya santai dan 'fun learning'. Kemungkinan juga faktor perbezaan umur antara mentor mentee yang tidak terlalu jauh dan mentee menganggap mentor sebagai role model yang dicontohi.

Walaubagaimanapun, pelaporan terakhir akan dikemaskini oleh pihak UTM pada masa terdekat untuk dijadikan rujukan dan penanda aras bagi pelaksanaan program seumpama pada masa hadapan.


 

 

 

Turut hadir pada majlis penutup adalah Guru Besar SK Intan Baiduri, Tuan Haji Ahmad Fuad bin Haji Ahmad, YDP PIBG SK Intan Baiduri, Encik Zaifulsham bin Haji Ahmad Zakaria dan Pengurus Besar BRAINet (M) Sdn Bhd, Encik Chan Chon How.

Pentadbiran SK Intan Baiduri dan PIBG SK Intan Baiduri mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pentadbir, pensyarah dan pelajar UTM kerana telah sudi meluangkan masa mereka untuk kecemerlangan murid SK Intan Baiduri. Tak lupa juga kepada guru SK Intan Baiduri yang terlibat secara langsung dan tidak langsung untuk memastikan keenam - enam sesi berjalan lancar.


 

 


Walaupun ini adalah Program Mentor Mentee UTM yang pertama untuk sekolah rendah, penghasilan pada penghujung program menunjukkan impak yang amat tinggi kepada hampir 160 murid SK Intan Baiduri. Ini menepati usaha PIBG SK Intan Baiduri untuk memastikan Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sahsiah (JERIS) anak - anak SK Intan Baiduri adalah seimbang dan dapat mewujudkan Keberhasilan Diri yang tinggi.



Semoga kerjasama yang telah terjalin erat antara UTM dan SK Intan Baiduri ini dapat diteruskan pada masa akan datang.  

Info

Info