Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
HARI ORIENTASI TAHUN 1

30 Disember 2016 - Sebelum bermulanya sesi persekolahan 2017, satu Majlis Hari Orientasi Tahun 1 telah diadakan agar dapat memberi penerangan kepada ibu bapa murid tahun 1 serta memberi pendedahan awal kepada murid-murid tahun 1 ini akan suasana sekolah baru.

Dari pihak PIBG, kami mengalu-alukan kedatangan ibu bapa dan murid tahun 1. Dengan sedikit pencerahan dan kata-kata semangat yang disampaikan oleh En Zaifulsham Ahmad Zakaria, Yang DiPertua PIBG, diharapkan dapat menjadi panduan kepada ibu bapa untuk kemenjadian anak abad ke 21.




IMBASAN 2016

1hb Januari 2017 - Tahun 2016 merupakan tahun transformasi PIBG SK Intan Baiduri. Perubahan bermula pada Mesyuarat Agung ke 14, dimana beberapa penambahbaikan kepada Perlembagaan PIBG SK Intan Baiduri telah diluluskan agar dapat memantap serta melancarkan lagi pengurusan pentadbiran PIBG dalam membantu sekolah SK Intan Baiduri meningkatkan lagi prestasi dan imej sekolah.

Jumlah AJK PIBG telah bertambah sehingga 20 ahli jawatankuasa dimana ratio antara ibu bapa dan guru adalah seimbang. Pada 1 April 2016, kami telah menerima kejutan apabila salah seorang AJK baru PIBG, En Paha @ Ramit Murang telah meninggal dunia akibat serangan sakit jantung. Walaupun hanya dapat bersama dalam tempoh singkat, semangat beliau untuk membawa perubahan kepada anak-anak SKIB, adalah amat kami hargai.


PENDEKATAN STRATEGIK

Seperti tahun-tahun yang lepas, PIBG dan  sekolah telah bekerjasama sekali lagi dalam merancang program-program yang lebih mantap untuk pendedahan anak-anak dan guru SKIB. Pendekatan mencari rakan-rakan strategik dari korporat, individu-individu dan pertubuhan bukan kerajaan telah dibuat.

 Antara yang sudi membantu adalah :


Pautan Media : Lego Robotik      Kecemerlangan UPSR

Kami dengan ini ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada KOMUNITI yang secara langsung dan tidak langsung terlibat dalam penajaan aktiviti 2016.

PENDEKATAN KEWANGAN

Penglibatan komuniti iaitu NGO dan Korporat, telah dapat mengurangkan beban perbelanjaan PIBG dan membolehkan PIBG menumpukan kepada pembangunan kemenjadian anak-anak khususnya dan sekolah amnya.



Kami dengan ini ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA dan AHLI-AHLI PIBG SKIB yang secara langsung dan tidak langsung terlibat dan menyokong usaha kami dalam program Penyelenggaraan dan Keceriaan 2016.

PENDEKATAN MASA HADAPAN

PIBG telah mengorak langkah dengan menyediakan pelan perancangan yang komprehensif bagi tahun 2017. Pendekatan S.T.R.E.A.M. iaitu Science, Technology, Religion, Engineering, Arts dan Mathematic telah diolah. Dengan adanya pengkhususan halatuju, para ibu bapa dan guru dapat mengorak langkah menyediakan anak-anak SKIB ini sebagai murid abad 21.

Adalah harapan kami ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2016/2017 agar ahli Jawatankuasa PIBG yang akan dilantik sesi 2017/2018 dapat meneruskan kesinambungan dan meningkatkan lagi mutu pengurusan PIBG SK Intan Baiduri.

Sekian, terima kasih.


En Zaifulsham Bin Hj Ahmad Zakaria
Yang DiPertua PIBG SK Intan Baiduri




PROGRAM SETULUS BUDI : JEJAK CEMERLANG
(untuk Ibu Bapa dan Murid Tahun 6)



PROGRAM SETULUS BUDI : MINDA CEMERLANG
(untuk Ibu Bapa dan Murid Tahun 1 - 5)



PROGRAM PIBG PENYAYANG : URUTAN HEAD & SHOULDER UNTUK GURU-GURU

4hb April 2016 - PIBG bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling akan menjalankan satu program urutan untuk guru-guru SKIB.sepanjang bulan April ini. Tujuan program ini adalah untuk menghargai pengorbanan guru-guru yang selama ini telah bertungkus lumus memastikan kemenjadian murid-murid SKIB. 

Program ini akan dikelolakan sendiri oleh Ibu Bapa SKIB yang diketuai oleh Pn Siti Mariam bt Zakaria yang mempunyai kelulusan dalam bidang ini.

Hari : Setiap Selasa sepanjang bulan April 2016
Masa : 8 pagi - 10 pagi (Tertakluk pindaan)
Tempat : Bilik Kaunseling
Tempoh Rawatan : 5 - 10 minit
Bayaran : Ikhlas (Tabung Keceriaan PIBG disediakan)
FESTIVAL KERJAYA DAN KEUSAHAWANAN ANJURAN PERSATUAN PERMUAFAKATAN PELIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI KUALA LUMPUR (3PIB2KL) 
PADA 6 - 7 APRIL 2016




Info

Info