Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
MEDIA MAYA RASMI PIBG SK INTAN BAIDURI



Adalah dimaklumkan bahawa media maya rasmi PIBG SK Intan Baiduri adalah seperti berikut :

1. Untuk tatapan umum. PIBG telah menyediakan blog http://skintanbaiduripibg.blogspot.my. Blog ini (sama seperti blog sekolah http://skintanbaiduri.blogspot.my) akan memaklumkan aktiviti umum yang dijalankan oleh PIBG.

2. Untuk tatapan dalaman. Para ibu bapa digalakkan untuk menggunakan laman maya VLE FROG (1Bestarinet). Setelah login, para ibu bapa boleh melihat 3 Laman Maya iaitu Laman Sekolah, Laman PIBG dan Laman Anak. Selain daripada itu VLE FROG menyediakan beberapa capaian yang boleh digunakan oleh ibu bapa untuk pembelajaran dan pemantauan anak-anak.

3. Untuk Khidmat Pesanan. Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan satu khidmat pesanan (SYNC) yang boleh digunakan oleh semua sekolah di Malaysia. Para ibu bapa hanya perlu muat turun aplikasi SYNC di telefon pintar masing-masing untuk terima pesanan pantas dari PIBG ataupun Sekolah.

Untuk memudahkan para ibu bapa mengingati laman-laman maya ini, PIBG telah menyediakan kesemua maklumat tersebut dalam bentuk kad nama. Ini agar memudahkan para ibu bapa menyimpan kad nama ini di dalam dompet dan boleh melihat maklumat tersebut dengan pantas pada bila-bila masa.

Kad nama ini akan mula diedarkan pada hari esok 4hb Februari 2017 iaitu pada Majlis Mesyuarat Agung PIBG ke 15. Pada hari seterusnya, para ibu bapa boleh juga mendapatkannya di kaunter Pejabat SK intan Baiduri.
KEM KEPIMPINAN MURID

3hb Februari 2017 - Belum sampai 2 minggu Majlis Perlantikan Pengawas telah berlangsung, pada hari ini, anak-anak yang bakal menjadi pemimpin masa hadapan telah menghadiri Kem Kepimpinan Murid yang diadakan di persekitaran sekolah SK Intan Baiduri. 

Program anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Intan Baiduri ini adalah bertujuan untuk persediaan kepada 123 orang anak-anak ini bagaimana hendak menjalankan tugas mereka sepanjang tahun 2017 dengan lebih berkesan.
      • Pengawas Sekolah (50 orang)
      • Pengawas Pusat Sumber (25 orang)
      • Pengawas Briged Bestari (25 orang)
      • Pengawas SPBT (12 orang)
      • Pembimbing Rakan Sebaya (11 orang)
 

 

 

PIBG mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana telah sudi menjemput PIBG untuk bersama-sama menjayakan program ini. PIBG telah menyumbangkan sedikit dana untuk memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan cemerlang.

MAJLIS PELANTIKAN 
PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PUSAT SUMBER, 
BRIGED BESTARI, PENGAWAS SPBT, 
KETUA KELAS & PENOLONG dan PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

24hb Januari 2017 - Pada hari ini telah berlangsung satu program meraikan murid-murid yang telah dilantik untuk menjadi Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Briged Bestari, Pengawas SPBT, Ketua Kelas & Penolong serta Pembimbing Rakan Sebaya bagi tahun 2017.

Bagi mewakili ibu bapa mereka, PIBG mengucapkan terima kasih kepada sekolah kerana memberi anak-anak ini peluang untuk menjadi pemimpin. Kepada anak-anak, tahniah atas lantikan dan berharap mereka dapat menjalankan tugas masing-masing dengan rasa bertanggungjawab dan  berintegriti.

PIBG juga telah berbesar hati menaja jamuan untuk meraikan anak-anak ini sebagai pembakar semangat untuk lebih cemerlang.











MAJLIS PERMUAFAKATAN IBU BAPA TAHUN 6

21hb Januari 2017 - Satu pertemuan antara Ibu Bapa murid tahun 6 bersama dengan Guru Kelas tahun 6, Pentadbir Sekolah dan PIBG telah diatur agar membincangkan persediaan anak-anak tahun 6 dalam menghadapi peperiksaan UPSR 2017.

Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Tn Hj Ahmad Fuad Bin Hj Ahmad, Guru Besar SK Intan Baiduri dan diikuti penerangan Pelibatan ibu bapa dalam kemajuan anak-anak oleh En Zaifulsham Bin Hj Ahmad Zakaria, YDP PIBG SK Intan Baiduri. Seterusnya taklimat mengenai persediaan UPSR telah dibentangkan oleh Pn Norizan Bt Mahmud, GPK Kurikulum serta Guru setiap mata pelajaran.



Antara tajuk utama aktiviti yang dirancang adalah :
  1. Majlis Sarana
  2. Cemerlang UPSR 1 dan 2
  3. Motivasi Tahun 6 Siri 1-3
  4. Bengkel Pengurusan Masa
  5. Ceramah Sahsiah
  6. Ujian dan Peperiksaan
  7. 5 Aktiviti Mata Pelajaran Bahasa Melayu
  8. 5 Aktiviti Mata Pelajaran Bahasa Inggeris
  9. 3 Aktiviti Mata Pelajaran Matematik
  10. 3 Aktiviti Mata Pelajaran Sains
  11. Kem Bestari Solat
  12. Bacaan Yaasin
  13. Lawatan Pendedahan STEM
  14. Program Semai Bakti
  15. Program Juara
  16. Program e-Bandaraya
  17. Kelas Tambahan
  18. Lonjakan Saujana
  19. Hati Bersih Jiwa Murni
  20. Majlis Mohon Restu
  21. Sesi Kaunseling Individu/Kelompok
  22. Bengkel Kerjaya
  23. Orientasi ke Sekolah Menengah
  24. Bimbingan Kelompok
  25. Ceramah Awal Remaja
  26. Program Pasca UPSR
Alhamdulillah, maklum balas dari Ibu Bapa yang hadir adalah amat positif dan diharapkan kerjasama serta persefahaman ini dapat diteruskan sepanjang aktiviti tahun 2017.




PIBG juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada warga kerja Bank Rakyat cawangan Selayang kerana telah sudi datang untuk membuka kaunter pendaftaran akaun. Ini memudahkan lagi untuk PIBG bekerjasama dengan Yayasan Bank Rakyat dalam sebarang program yang akan diatur untuk tahun 2017 ini.


PENJUALAN BAJU JASMANI DAN BAJU SUKAN

MAKLUMAN KEPADA IBUBAPA

PIBG SK Intan Baiduri membuka kaunter untuk memudahkan pembelian :

Baju Jasmani Sekolah - RM 22
Baju Sukan Sekolah - RM 16
Tempahan tag nama murid juga boleh dibuat pada harga RM5 / set (3 keping)

Tempat : Bilik Gerakan SKIB
Masa : 8 pagi - 10 pagi
Tarikh : 5/1/2017
               6/1/2017
               12/1/2017
               13/1/2017
               19/1/2017
               20/1/2017

Info

Info