Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
UNEXPECTED LEADERSHIP : TWO SISTERS FIND HOPE



TERAPI MINDA : MANDIAN HERBA SIRI 1

Untuk tahun kedua berturut-turut, pada hari esok, 7 Mac 2017 akan berlangsung program Terapi Minda : Mandian Herba siri 1 untuk murid-murid tahun 6 yang dianjurkan dibawah program Kecemerlangan UPSR 2017. 

Program akan bermula di Dewan Seri Intan Baiduri, SK Intan Baiduri pada pukul 3.00 petang dengan sesi penerangan oleh Cikgu Halim Yasin dari HyHerbs  mengenai keberkesanan mengamalkan mandian herba. Seterusnya, sesi mandian herba akan dijalankan di Dataran SK Intan Baiduri. Sesi dijangka berakhir pada pukul 4.30 petang.

Oleh itu, adalah dialu-alukan Ibu Bapa serta anak-anak mereka yang bukan tahun 6 untuk turut serta mengikuti program Terapi Minda : Mandian Herba. Tiada bayaran dikenakan dan perlu membawa sendiri tuala serta pakaian persalinan.
REKREASI MINGGUAN

4 Mac 2017 - Mulai hari ini, setiap sabtu (tertakluk pertindihan aktiviti sekolah dan cuti) pukul 2 petang - 5 petang akan berlangsung di dataran SK Intan Baiduri program Rekreasi Mingguan yang dianjurkan oleh PIBG SK Intan Baiduri. Program ini akan berlangsung selama 8 bulan iaitu mulai bulan Mac 2017 hingga Oktober 2017.

Tujuan program ini adalah untuk mendedahkan murid (tahun 1 hingga tahun 6) kepada beberapa jenis sukan dan riadah dengan latihan yang betul. Ia juga dapat mengisi masa hari minggu mereka bersama keluarga untuk keluar bersenam dan bersosial secara sihat. Dengan latihan yang teratur, diharapkan peserta menjadi lebih berkeyakinan, berdisiplin serta menunjukkan bakat agar dapat di kenalpasti untuk mewakili sekolah. 

Terdapat 3 kategori yang dijalankan iaitu :
  1. Sukan - Bola Baling, Bola Jaring, Futsal, Sepaktakraw dan Bola Tampar.
  2. Riadah - Catur, Kompang, Ukulele, Tarian.
  3. Memanah
Untuk Kategori 1 dan 2, peserta cuma perlu bayar pendaftaran sahaja, manakala bayaran bulanan adalah percuma. Untuk Kategori 3, peserta perlu bayar pendaftaran serta bulanan. Ini adalah kerana jurulatih luar dan peralatan disediakan.

Pada hari ini, lebih 60 peserta dari kalangan murid dan ibu bapa turut sama. Seramai 12 peserta telah menyertai memanah manakala selebihnya menyertai sukan dan riadah. Para peserta di beri tunjuk ajar oleh 7 jurulatih memanah Panah Legenda, manakala 6 alumni SK Intan Baiduri telah membantu untuk melatih Sukan dan Riadah.

 

 

 
  
 



 


Semoga program ini akan sentiasa mendapat penyertaan menggalakkan setiap minggu dari murid, ibu bapa dan komuniti sekitar. 

Nota - Jika ada sebarang perubahan pada jadual, sila rujuk kepada blog PIBG SK Intan Baiduri.
SIASAH UNGGUL PERIBADI CEMERLANG - SIRI 2

1 Mac 2017 - Pada hari ini telah berlangsung Ceramah Siasah Unggul Peribadi Cemerlang - Siri 2. Lanjutan kepada program yang sama minggu lepas, motivator terkenal En Idzhar Bin Jumali telah menyampaikan motivasi kepada lebih 200 murid SK Intan Baiduri dari tahun 3, 4 dan 5. Seramai 25 murid SK St Mary dan 2 guru pengiring turut sama mengikuti program ini.

Pada kali ini, penekanan diberikan kepada A.I.M.  iaitu :
  • A - Akhlak Mulia
  • I - Ilmu Pengetahuan
  • M - Matlamat
 

  

 



Seperti yang dijangkakan, perwatakan yang dibawa oleh En Idzhar waktu menyampaikan ceramah telah dapat menarik tumpuan murid-murid. Semoga ilmu yang diberikan dapat dimanafaat sepenuhnya murid-murid dalam menjadikan diri mereka mempunyai siasah unggul serta peribadi cemerlang. 
MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN AL-QURAN TAJAAN PTS 

1 Mac 2017 - Lanjutan pada Majlis Ramah Mesra Hi-Tea Bersama Pemimpin-Pemimpin Komuniti tempoh hari, pada pagi ini telah berlangsung Majlis Penyerahan Sumbangan 30 buah Al-Quran tajaan PTS kepada surau Sekolah Menengah Kebangsaan St Mary di pejabat Guru Besar SK Intan Baiduri.

Penyerahan telah dibuat sendiri oleh Guru Besar, Tn Hj Ahmad Fuad Bin Ahmad kepada Puan Yang Kamsiah Bt Mior Rasdi, merangkap Setiausaha PIBG SMK St Mary dan Guru Pendidikan Islam Puan Suria Bt. Mohamed Noor.



Semoga usaha PIBG SK Intan Baiduri dan pentadbiran SK Intan Baiduri untuk mendekati komuniti dapat merapatkan silaturrahim serta menguatkan kerjasama komuniti untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah dan komuniti sekitar.

Info

Info