Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
PROGRAM INDUKSI PIBG 2017

18 Mac 2017 - Pada hari ini, bermula pukul 8.00 pagi, telah berlangsung Program Induksi PIBG 2017 untuk ahli jawatankuasa PIBG SK Intan Baiduri sesi 2017/18 yang baru dilantik pada Mesyuarat Agung ke 15 yang berlangsung pada 4 Februari 2017.

Program berbentuk orientasi ini adalah untuk merapatkan silaturrahim antara ibubapa dan guru, memperkenalkan ahli jawatankuasa lama dengan yang baru, serta menerangkan proses dan peraturan yang perlu diikuti oleh setiap ahli berdasarkan Perlembagaan PIBG SK Intan Baiduri. 

Program dimoderator oleh Yang DiPertua PIBG SK Intan Baiduri, En Zaifulsham Bin Ahmad Zakaria serta Guru Besar SK Intan Baiduri, Tn Hj Ahmad Fuad Bin Ahmad. 

Program bermula dengan :
  1. Sarapan Pagi
  2. Ice Breaking
  3. Pengenalan Struktur PIBG
  4. Pembahagian Tugas AJK
  5. Perbincangan Program dan Bajet 2017
  6. Orientasi Persekitaran Sekolah
Semoga dengan terlaksananya program ini, setiap ahli jelas tanggungjawab mereka sebagai pemimpin yang telah terpilih untuk mewakili Ibu Bapa dan Guru.





PROGRAM PERTANIAN DALAM BANDAR

15 Mac 2017 - Kerjasama antara Jabatan Pertanian Putrajaya dan SK Intan Baiduri yang diusahakan oleh PIBG SK Intan Baiduri pada tahun lepas, masih diteruskan pada tahun ini.

Program Pertanian Dalam Bandar ini amat bermakna kepada pihak sekolah. Selain mendapat kemudahan dan peralatan pertanian secara percuma, program ini diusahakan sepenuhnya oleh murid-murid tahun 5 yang terlibat secara langsung dalam program ini. Guru hanya bertindak sebagai penyelaras agar ilmu yang dipelajari oleh murid-murid adalah selari dengan silibus pembelajaran sekolah.

Pemantauan berkala diteruskan oleh Jabatan Pertanian Putrajaya pada tahun ini dengan lawatan, nasihat dan pemberian bahan pertanian.PIBG telah menghantar laporan bergambar (seperti dibawah) pada hari ini akan perkembangan program dari semasa ke semasa. 

PIBG juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jabatan Pertanian Putrajaya atas sokongan kuat mereka pada setiap program sekolah.



 

 

 


SEMANGAT KENTAL ANAK-ANAK SK INTAN BAIDURI

11 Mac 2017 - Teruja apabila melihat anak-anak SK Intan Baiduri memanah pada latihan minggu ke 2. Dapat dilihat bakat dan keyakinan mereka meningkat dengan mendadak. Walaupun baru minggu ke 2, dengan keperitan ibu jari menarik tali busar, namun mereka tenang dan amat fokus dalam mencapai sasaran.

Semoga bakat mereka ini dapat terus diasah ke peringkat lebih tinggi.





PELANCARAN KARNIVAL S.T.R.E.A.M. 2017



10 Mac 2017 - Pada pagi ini telah berlangsung soft-launch Pelancaran Karnival S.T.R.E.A.M. 2017 oleh Yang Di Pertua PIBG SK Intan Baiduri, En Zaifulsham Bin Hj Ahmad Zakaria. Karnival S.T.R.E.A.M. akan dilangsungkan pada 15 April 2017 dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Tujuan pelancaran adalah untuk memperkenalkan karnival kepada warga SK Intan Baiduri. Selepas ucapan dan lafaz pelancaran dibuat oleh Yang Di Pertua, majlis diteruskan dengan gimik penyampaian kad kutipan sumbangan kepada setiap guru penyelaras. Kad kutipan sumbangan akan diedarkan pada hari terakhir peperiksaan minggu hadapan.

Seterusnya, Yang Di Pertua telah sudi melancarkan kain rentang utama karnival untuk menandakan promosi karnival telah bermula.



 

 




TAHNIAH KEPADA WARGA SK INTAN BAIDURI

8 Mac 2017 - Pada 8 Mac 2017 mulai pukul 2.15 petang, telah berlangsung Bengkel Memantapkan Pengurusan Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK) dan Penyampaian Sijil Penghargaan 2016 Peringkat Wilayah Sentul (Sekolah Kebangsaan) di Pusat Kegiatan Guru Sentul.

SK Intan Baiduri telah mendapat Sijil Penghargaan atas usaha inisiatif PIBK 2016 :
  1. Mencapai KPI 1 ( > 65% )
  2. Mencapai KPI 2 ( > 25% )
Rujuk di sini maksud KPI.


Sijil telah diterima oleh Guru Besar, Tn Hj Ahmad Fuad bin Ahmad.

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PARA PENTADBIR, GURU-GURU, AHLI JAWATANKUASA PIBG serta WARGA SK INTAN BAIDURI ATAS USAHA DAN PENCAPAIAN 2016.


Info

Info