Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
PERSEDIAAN SUKARELAWAN ALUMNI SK INTAN BAIDURI
UNTUK KARNIVAL STREAM 2017

8 April 2017 - Pada hari ini telah berlangsung perjumpaan pertama bersama sukarelawan alumni SK Intan Baiduri yang ingin membantu perlaksanaan Karnival S.T.R.E.A.M. SK Intan Baiduri pada 15 April 2017. Seramai 26 alumni telah menyahut cabaran. 

Perjumpaan turut dihadiri oleh Guru Besar SK Intan Baiduri, Tn Hj Ahmad Fuad Bin Ahmad, Yang Di Pertua PIBG, En Zaifulsham Bin Hj Ahmad Zakaria, Ketua Penyelaras, En. Mohammad Ikram Bin Aziz serta En. Mohd Halimi Bin Dalep.

Kata alu-aluan ringkas telah dimulakan oleh Guru Besar untuk mengucapkan terima kasih kepada alumni kerana telah sanggup membantu. YDP dan Penyelaras seterusnya memberi penerangan perincian akan jadual dan tugasan yang perlu dibuat mulai Isnin 10 April 2017 sehingga pada hari kejadian. Pembahagian 4 kumpulan juga telah dibuat agar setiap sukarelawan dapat fokus tugas yang perlu dilakukan.

Semoga dengan perjumpaan ini, dapat melancarkan perjalanan karnival ini.

 

 

RISALAH KARNIVAL S.T.R.E.A.M. SK INTAN BAIDURI 2017

6 April 2017 - Dengan ini, dijemput semua ibu bapa, anak-anak dan komuniti sekeliling untuk memeriahkan Karnival S.T.R.E.A.M. ini pada tarikh 15 April 2017.




PESANAN UNTUK IBUBAPA

5 April 2017

Sekadar bertanya.. 

Wajarkah pelajar tahun 1 diminta mengutip sumbangan? 
Penjelasan : Semestinya tidak wajar. Ibubapa/Penjaga perlu prihatin syarat-syarat yang ditetapkan di kad kutipan. Hanya ibubapa/penjaga yang boleh kutip. Namun, anak-anak boleh dibawa bersama untuk pendidikan mereka.

Fahamkah mereka kaedah dan tujuan kutipan tersebut? 
Penjelasan : Penerangan telah dan sentiasa akan diulang oleh guru di sekolah sepanjang tempoh kutipan. Namun digalakkan ibubapa/penjaga sentiasa memperingati anak-anak. Diulang, kutipan perlu dibuat oleh atau bersama ibubapa/penjaga.

Sanggupkah ibubapa melepaskan anak2 meronda mengutip sumbangan?? 
Penjelasan : Diulang kutipan perlu dibuat oleh atau bersama ibubapa/penjaga. Didiklah anak tentang tertib persekitaran.

Bila disogokkan dgn ganjaran yg mcm2 anak2 mula meragam dan mengamuk bila x dpt kutipan. Saya pun dah mula naik angin bila anak mengamuk minta duit ni.
Penjelasan : Hadiah yang disediakan bukan untuk sogokan, tetapi sebagai insentif.

Ibubapa/penjaga perlu memahami motif disebalik kutipan ini. PIBG dan sekolah tidak mengutamakan keuntungan dari segi kewangan. Sbb itu ianya adalah sumbangan, tidak wajib dan tiada kutipan minima.

Yang penting adalah keberhasilan murid dari segi  JERIS (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek, Sosial) yang :
1. Menggalakkan minat dalam matematik iaitu mengira.
2. Merangsangkan semangat keusahawanan.
3. Melahirkan sikap bertanggungjawab dan memahami ikhtiar hidup.
4. Membentuk pemikiran kreatif dan beradab.
5. Meningkatkan kemahiran bersosial.
6. Merapatkan ukhwah kekeluargaan dan persaudaraan.

KESIMPULANNYA, dunia berkembang pesat. Anak-anak ini dilahirkan dalam abad ke 21 dimana ilmu terletak dihujung jari. Kini, anak-anak telah dilatih ibubapa sejak dalam kandungan lagi. Biar lentur dari rebung. Bila sudah masuk alam sekolah menengah, anak-anak ini sudah ada pemikiran sendiri. 

Jangan biarkan anak-anak ini tercicir mencari ilmu tak kira usia. Jangan sesal kemudian. Dalam zaman serba maju ini, kita sebenarnya perlu menyediakan anak-anak untuk persekitaran yg belum wujud lagi pada waktu mereka dewasa. Bayangkan, dulu kita berutus surat atau setidaknya emel. Sekarang anak kita tahu whatsapp je. Bila sampainya mereka dewasa, ntah-ntah whatsapp pun dah ketinggalan zaman.

Jangan harapkan anak-anak ini seperti zaman kita dulu. Biar lepas menengah, biar lepas universiti, baru nak fikir halatuju masing-masing.

Mulakan dari sekarang. Biar kita penat, insyaallah hasilnya akan memanfaatkan kita juga di kemudian hari. Anak itu adalah permata. SILA AMBIL PEDULI.

Bawalah bersama-sama keluarga untuk melihat Karnival STREAM. Karnival ini bukan sahaja untuk berseronok tetapi pendedahan ilmu. Kita ada pempamer dari Fakulti Sains UPM, ASWARA, robotik, kangaroo math dan macam-macam lagi. Sertailah bengkel dan timba ilmu untuk anak-anak juga.

PIBG dan sekolah telah menjalankan tanggungjawab. Lihatlah di blog sekolah skintanbaiduri.blogspot.my dan pibg skintanbaiduripibg.blogspot.my. Bermacam-macam aktiviti dan ilmu disediakan untuk anak-anak anda juga. ANDA BAGAIMANA ?

Dekatilah sekolah. Kami sedia membantu.

Zaifulsham Ahmad Zakaria
Yang Di Pertua PIBG SK Intan Baiduri
PENYERAHAN SUMBANGAN 
PERTANDINGAN KEBERSIHAN & KECERIAAN KELAS ABAD KE 21
DAN
MAJLIS PERASMIAN MINGGU PPDa 

3 April 2017 - Pada pagi ini telah berlangsung 2 Majlis iaitu penyerahan sumbangan Pertandingan Kebersihan & Keceriaan Kelas Abad ke 21 dan Perasmian Minggu PPDa di Dewan Seri Intan Baiduri, SK Intan Baiduri Kuala Lumpur.

Majlis telah dimulakan dengan tatacara perhimpunan mingguan dengan kehadiran YDP PIBG En Zaifulsham Bin Hj Ahmad Zakaria serta kesemua Pentadbir dan Guru SK Intan Baiduri.

   


Setelah tamat, majlis bersambung dengan Penyerahan Sumbangan PIBG untuk Pertandingan Kebersihan & Keceriaan Kelas Abad ke 21 yang disampaikan oleh En Zaifulsham Bin Hj Ahmad Zakaria dengan diiringi oleh Guru Besar, Tn Hj Ahmad Fuad Bin Ahmad. Sumbangan sebanyak RM100 disampaikan kepada setiap kelas manakala RM460 di peruntukkan untuk pemberian hadiah pemenang.




Majlis seterusnya adalah Perasmian Minggu PPDa oleh Tn Hj Ahmad Fuad Bin Ahmad selaku Guru Besar.Setelah Guru Besar melafazkan ucap perasmian, gimik 'SAY NO' kepada Gam, HIV, Candu, Rokok, Heroin, Morfin, Ganja dan Syabu telah diadakan. Mengakhiri majllis, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) telah membuat beberapa persembahan sebagai menandakan majlis perasmian berakhir.
1BESTARINET TEACHERS AWARDS 2017

3 April 2017

Kehadapan ibu bapa yang dikasihi,

FrogAsia kembali lagi pada tahun ini dengan 1BestariNet Teachers Awards 2017 untuk memberi pengiktirafan kepada pendidik abad ke 21! Inilah masanya untuk mencalonkan guru-guru yang telah mendidik anak-anak anda dan tidak jemu-jemu membawa pembaharuan ke dalam bilik darjah. Calonkan guru-guru tersebut sebanyak mungkin untuk membolehkan beliau mara ke peringkat seterusnya, dan memenangi salah satu anugerah 1BNTA tahun ini!  > Klik di sini.

Semarakkan lagi sambutan Hari Guru tahun ini dengan menyampaikan ucapan dedikasi kepada semua guru di seluruh Malaysia melalui laman rasmi 1BestariNet Teacher Awards. Berikan galakan kepada anak-anak anda untuk menghantar ucapan dedikasi kepada guru-guru kesayangan mereka dan berpeluang memenangi cenderahati FrogAsia > Klik di sini

Sepanjang kempen 1BestariNet Teacher Awards ini, terus kongsikan detik-detik indah bersama guru-guru anda dengan menggunakan #1bnta #terimakasihcikgu dan beritahu satu dunia mengenainya!

Untuk maklumat lanjut berkaitan anugerah 1BNTA, sila hubungi urusetia di alamat email 1bnta@frogasia.com.


Info

Info