Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM LESTARI ALAM

30 Julai 2017 - Pada hari ini telah tamat Perkhemahan Unit Beruniform Lestari Alam yang diadakan di Kem Wirajaya  Forest Resort, Hulu Langat Selangor. Program selama 3 hari 2 malam ini dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SK Intan Baiduri.

Seramai 40 murid SK Intan Baiduri dari unit beruniform Tunas Kadet Remaja, Pengakap, Bulan Sabit Merah dan Pandu Puteri telah terpilih untuk menyertai perkhemahan ini.

PIBG SK Intan Baiduri turut memberi sumbangan sebanyak RM1,000 untuk melancarkan pelaksanaan perkhemahan. Pada hari terakhir, Yang DiPertua PIBG SK Intan Baiduri, En Zaifulsham Bin Hj Ahmad Zakaria telah sudi untuk datang dan merasmikan Majlis Penutup Perkhemahan. Turut hadir adalah GPK Kokurikulum, Pn Kasmah Bt Ismail.


 

 
FORUM 4th INDUSTRIAL REVOLUTION

29 Julai 2017 - Pada hari ini telah berlangsung Forum 4th Industrial Revolution yang dianjurkan oleh National STEM Movement dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia serta MACRI. 

Penganjuran ini adalah selaras dengan hasrat yang diutarakan baru-baru ini oleh Perdana Menteri Malaysia,  Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak, iaitu untuk melahirkan masyarakat yang berdayasaing dengan perkembangan dunia masa kini.

PIBG SK Intan Baiduri dengan itu mengambil peluang untuk menaja tiket masuk kepada AJK PIBG serta Guru-guru SK Intan Baiduri agar mereka dapat mengetahui dengan lebih mendalam maksud 4th Industrial Revolution itu. 

Turut hadir sama ke forum adalah Guru Besar SK Intan Baiduri, Tn Hj Ahmad Fuad Bin Ahmad serta Yang DiPertua PIBG SK Intan Baiduri, En Zaifulsham Bin Hj Ahmad Zakaria. 



UJIAN KELAYAKAN
NATIONAL SPACE CHALLENGE PRIME MINISTER’S TROPHY 2017
TARIKH AKHIR PENDAFTARAN : 26 JULAI 2017

Sukacitanya adalah dimaklumkan bahawa Ujian Kelayakan National Space Challenge Prime Minister’s Trophy 2017 akan dilaksanakan secara atas talian (online) bagi memilih wakil terbaik untuk setiap negeri ke Program National Space Challenge Prime Minister’s Trophy Peringkat Kebangsaan pada 13 hingga 16 Oktober 2017 di  Planetarium Negara Kuala Lumpur.



Sila klik capaian berikut untuk PENDAFTARAN UJIAN KELAYAKAN NATIONAL SPACE CHALLENGE PRIME MINISTER’S TROPHY 2017
JEMPUTAN PENYERTAAN NSC2017 POSTER CONTEST
DATELINE : 31 JULY 2017


A Poster Contest for children will be organized as part of the National Space Challenge Prime Minister’s Trophy 2017 (NSC2017) program which is organized annually by the National Planetarium, the Ministry of Science, Technology and Innovation (MOSTI). This Poster Contest will give children an opportunity to delve into the depth of their imagination, exercise their creativity and showcase their ideas in the art form. The contest aims at enhance children’s interest in and awareness of space science and technology, and to encourage children to expand their imagination about the universe.

Theme: “United Through Space”

This Poster Contest encourages children to explore their creativity, expand their imaginations and express friendship by means of cooperating with all groups regardless of border in the point of view of space.

This contest is open to all Primary school pupils and Secondary school students in Malaysia.

Further details, please refer to http://www.planetariumnegara.gov.my/?q=article/jemputan-penyertaan-nsc2017-poster-contest
KONVENSYEN FALAK WILAYAH PERSEKUTUAN 2017
PADA 22 JULAI 2017

20 Julai 2017 - Bagi pihak Planetarium Negara, PIBG SK Intan Baiduri menjemput ke semua warga SK Intan Baiduri untuk menghadiri program sains yang bercirikan Revolusi Industri ke 4, seperti yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri kita, Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak baru-baru ini.

Semoga pelibatan anda semua secara langsung, dapat melihat impak ke atas Pendidikan serta Kerjaya Masa Depan anak-anak anda jua serta meningkatkan kecemerlangan dan Kemenjadian Diri murid SK Intan Baiduri keseluruhannya.




Info

Info