Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
SUMBANGAN BENDERA MALAYSIA OLEH DBKL SEMPENA HARI KEMERDEKAAN

8 Ogos 2017 - Seperti tahun-tahun sebelumnya, pada bulan kemerdekaan, DBKL cawangan Batu turut membuat edaran dan penyerahan Bendera Jalur Gemilang untuk tahun 2017.

PIBG SK Intan Baiduri serta Pentadbir SK Intan Baiduri mengucapkan jutaan terima kasih kepada DBKL cawangan Batu yang sentiasa menderma dan membantu sekolah dalam memeriahkan suasana persekitaran sekolah dengan sumbangan ini.
UPSR 2017 : PEMANTAPAN ULANGKAJI TAHUN 6

31 Julai 2017 - Pada hari ini, PIBG SK Intan Baiduri telah menyumbangkan RM500 dan RM360 kepada Guru Penyelaras Sains dan Matematik tahun 6. 

Sumbangan tambahan ini dibuat untuk memantapkan lagi proses ulangkaji tahun 6 yang kini pada fasa terakhir sebelum ujian UPSR yang akan dijalankan pada 11 September 2017.

Semoga sumbangan ini dapat melancarkan lagi usaha pihak sekolah dan guru untuk membantu anak-anak mendapat keputusan yang cemerlang.
PROMOSI ISTIMEWA BULAN OGOS PLANETARIUM NEGARA


PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM LESTARI ALAM

30 Julai 2017 - Pada hari ini telah tamat Perkhemahan Unit Beruniform Lestari Alam yang diadakan di Kem Wirajaya  Forest Resort, Hulu Langat Selangor. Program selama 3 hari 2 malam ini dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SK Intan Baiduri.

Seramai 40 murid SK Intan Baiduri dari unit beruniform Tunas Kadet Remaja, Pengakap, Bulan Sabit Merah dan Pandu Puteri telah terpilih untuk menyertai perkhemahan ini.

PIBG SK Intan Baiduri turut memberi sumbangan sebanyak RM1,000 untuk melancarkan pelaksanaan perkhemahan. Pada hari terakhir, Yang DiPertua PIBG SK Intan Baiduri, En Zaifulsham Bin Hj Ahmad Zakaria telah sudi untuk datang dan merasmikan Majlis Penutup Perkhemahan. Turut hadir adalah GPK Kokurikulum, Pn Kasmah Bt Ismail.


 

 
FORUM 4th INDUSTRIAL REVOLUTION

29 Julai 2017 - Pada hari ini telah berlangsung Forum 4th Industrial Revolution yang dianjurkan oleh National STEM Movement dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia serta MACRI. 

Penganjuran ini adalah selaras dengan hasrat yang diutarakan baru-baru ini oleh Perdana Menteri Malaysia,  Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak, iaitu untuk melahirkan masyarakat yang berdayasaing dengan perkembangan dunia masa kini.

PIBG SK Intan Baiduri dengan itu mengambil peluang untuk menaja tiket masuk kepada AJK PIBG serta Guru-guru SK Intan Baiduri agar mereka dapat mengetahui dengan lebih mendalam maksud 4th Industrial Revolution itu. 

Turut hadir sama ke forum adalah Guru Besar SK Intan Baiduri, Tn Hj Ahmad Fuad Bin Ahmad serta Yang DiPertua PIBG SK Intan Baiduri, En Zaifulsham Bin Hj Ahmad Zakaria. 



Info

Info