Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
SOKONGAN KOMUNITI : KUNJUNGAN BRAINET (M) SDN BHD
ATAS JEMPUTAN PIBG DAN SEKOLAH

16 Ogos 2017 - Pada hari ini, SK Intan Baiduri telah menerima kunjungan dari Syarikat BRAINet (M) Sdn Bhd. Ini adalah lanjutan daripada pertemuan pertama YDP PIBG SK Intan Baiduri, En Zaifulsham Bin Hj Ahmad Zakaria dan Guru Besar SK Intan Baiduri, Tn Hj Ahmad Fuad Bin Hj Ahmad dengan mereka di Forum 4th Industrial Revolution pada 29 Julai 2017 di Universiti Teknologi Malaysia.

Kunjungan ini memberi peluang kepada pihak PIBG dan sekolah untuk mengenali produk-produk STEM (Science, Technology, Engineering, Mathematic) yang disediakan oleh syarikat tersebut untuk diaplikasikan di sekolah.

Semoga jalinan ini dapat diteruskan melalui beberapa perbincangan lagi agar pihak PIBG dan sekolah amnya dapat mencapai hasrat untuk memberi pendedahan awal kepada murid-murid SK Intan Baiduri konsep pengajaran dan pembelajaran yang lebih hands-on.

 
 
 

 
 
 



SOKONGAN KOMUNITI : BANK RAKYAT CAWANGAN SELAYANG
DALAM SUMBANGAN PAPAN COUNTDOWN UPSR

14 Ogos 2017 - Pada hari ini telah berlangsung 3 program secara serentak di Dewan Utama SK Intan Baiduri iaitu Perhimpunan Bulanan Kokurikulum, Penyampaian Hadiah Kelas Terbersih dan Penyampaian Sumbangan Papan Countdown UPSR.

PIBG SK Intan Baiduri mengucapkan jutaan terima kasih kepada Bank Rakyat Cawangan Selayang kerana sentiasa menyokong dan membantu segala usaha yang dijalankan oleh pihak PIBG serta Sekolah.

Semoga kerjasama ini dapat diteruskan pada masa hadapan untuk kecemerlangan anak-anak serta sekolah amnya.

 

 

 

SOKONGAN KOMUNITI : GIFTED CHILDREN NETWORK
DALAM PENAJAAN PROGRAM KEY 2 MATHS 

13 Ogos 2017 - PIBG SK Intan Baiduri mengucapkan ribuan terima kasih kepada Gifted Children Network, terutama penerajunya Ms Filis Freda Pereira kerana telah mendapatkan penajaan untuk 6 murid tahun 6 dalam menyertai Program Key 2 Maths.

Penajaan yang bernilai RM1,500 ini berlangsung selama 2 hari iaitu 12 - 13 Ogos 2017 di Gifted Chidlren Network Training Centre, Bandar Sri Damansara. Murid-murid ini telah dipilih dan dikenalpasti oleh guru-guru sebagai lemah dalam sifir 'Multiplication'. 

Diharapkan kepelbagaian pendedahan pembelajaran ini dapat membantu murid-murid ini dalam meningkatkan pencapaian akademik, khususnya subjek Matematik dalam peperiksaan UPSR 2017.



UPSR 2017 : PROGRAM JUARA BERJALAN LANCAR

12 Ogos 2017 - Dalam 30 hari lagi, bermulalah detik anak-anak tahun 6 SK Intan Baiduri untuk menghadapi ujian perdana pertamanya iaitu UPSR bagi tahun 2017. Antara program yang telah bermula sejak beberapa bulan yang lepas adalah Program Juara.

Tujuan Program Juara dijalankan adalah untuk :
i. Meningkatkan bilangan murid mencapai 6A.
ii. Membantu murid-murid mencapai kecemerlangan melalui bimbingan yang lebih sistematik dan berfokus; dan,
iii. Mewujudkan budaya belajar yang efektif dan persaingan yang sihat melalui kumpulan rakan sebaya.

Contohnya, pada minggu yang lepas, anak-anak Juara ini telah berkumpul di rumah Ibu Anaqi untuk perbincangan berkumpulan, manakala minggu ini, perbincangan akan diadakan di rumah Ibu Avinassh pula. Atas sokongan ibu bapa ini, anak-anak dapat mencapai aspirasi yang ditetapkan. 

Perjumpaan berkala ibu bapa pula seperti yang akan diadakan pada Selasa, 15 Ogos 2017 akan memantapkan perbincangan bagaimana untuk meningkatkan perlaksanaan Program Juara ini.

Semoga komitmen yang diberikan oleh ibu bapa serta anak-anak ini akan membuahkan hasil serta mengatasi prestasi kecemerlangan UPSR bagi tahun 2016. 

  

  



Info

Info