Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
PROGRAM MOTIVASI PECUTAN AKHIR UPSR 2017

22 Ogos 2017 - Dengan semakin dekatnya tarikh peperiksaan UPSR 2017, sudah tentu murid-murid tahun 6 akan semakin tertekan untuk memastikan persediaan adalah selengkap yang mungkin. Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Intan Baiduri juga turut membantu dengan menganjurkan Program Motivasi Pecutan Akhir UPSR 2017 agar murid-murid ini dapat ditanamkan semangat untuk menghadapi detik-detik terakhir.

PIBG SK Intan Baiduri telah sudi untuk menaja Motivator daripada Kem Wirajaya Forest Resort. Pemilihan motivator ini dibuat oleh kerana telah ada pertalian ukhwah antara motivator dan murid yang telah diterap pada waktu Kem Unit Beruniform Lestari Alam bulan lepas, 

Semoga program ini dapat memberi keyakinan dan semangat kepada setiap murid tahun 6 untuk menghadapi peperiksaan UPSR dengan usaha terbaik dan mendapat keputusan yang cemerlang.

 

MAJLIS PERPISAHAN GURU : CIKGU KHUZAIRI DAN CIKGU KHAIRUL BARIAH

18 Ogos 2017 - Pada hari ini telah berlangsung Majlis Perpisahan untuk Cikgu Khuzairi dan Cikgu Khairul Bariah di Restoran Bandar Baru Selayang, anjuran Kelab Kebajikan Guru & Kakitangan SK Intan Baiduri.

PIBG SK Intan Baiduri diwakili oleh NYDP PIBG, En Azamudin Bin Zainudin turut menyampaikan cenderhati penghargaan PIBG kepada kedua-dua guru atas sumbangan mereka kepada sekolah sepanjang perkhidmatan mereka di SK Intan Baiduri.

Cikgu Khuzairi telah berpindah ke SK Seri Kepong manakala Cikgu Khairul Bariah telah berpindah ke SK Bukit Maluri.

 

SOKONGAN KOMUNITI : PROGRAM KECERIAAN DBKL

16 Ogos 2017 - Pada hari ini telah berlangsung satu program keceriaan anjuran DBKL dan melibatkan ketiga-tiga sekolah : SK Intan Baiduri, SK St. Mary dan SMK St. Mary.

Tumpuan program adalah sepanjang tembok hadapan ketiga-tiga sekolah. Tugasan diberikan adalah membersih dan mengecat tebing jalanraya. Pasukan SK Intan Baiduri yang di ketuai oleh GPK HEM, Pn Sakinah Binti Awang @ Umar terdiri daripada 4 guru dan 20 murid tahun 5. 

Semoga program ini dapat memberi manafaat kepada murid-murid yang terlibat agar lebih menyayangi persekitaran mereka.

 

 

 




SOKONGAN KOMUNITI : KUNJUNGAN BRAINET (M) SDN BHD
ATAS JEMPUTAN PIBG DAN SEKOLAH

16 Ogos 2017 - Pada hari ini, SK Intan Baiduri telah menerima kunjungan dari Syarikat BRAINet (M) Sdn Bhd. Ini adalah lanjutan daripada pertemuan pertama YDP PIBG SK Intan Baiduri, En Zaifulsham Bin Hj Ahmad Zakaria dan Guru Besar SK Intan Baiduri, Tn Hj Ahmad Fuad Bin Hj Ahmad dengan mereka di Forum 4th Industrial Revolution pada 29 Julai 2017 di Universiti Teknologi Malaysia.

Kunjungan ini memberi peluang kepada pihak PIBG dan sekolah untuk mengenali produk-produk STEM (Science, Technology, Engineering, Mathematic) yang disediakan oleh syarikat tersebut untuk diaplikasikan di sekolah.

Semoga jalinan ini dapat diteruskan melalui beberapa perbincangan lagi agar pihak PIBG dan sekolah amnya dapat mencapai hasrat untuk memberi pendedahan awal kepada murid-murid SK Intan Baiduri konsep pengajaran dan pembelajaran yang lebih hands-on.

 
 
 

 
 
 



SOKONGAN KOMUNITI : BANK RAKYAT CAWANGAN SELAYANG
DALAM SUMBANGAN PAPAN COUNTDOWN UPSR

14 Ogos 2017 - Pada hari ini telah berlangsung 3 program secara serentak di Dewan Utama SK Intan Baiduri iaitu Perhimpunan Bulanan Kokurikulum, Penyampaian Hadiah Kelas Terbersih dan Penyampaian Sumbangan Papan Countdown UPSR.

PIBG SK Intan Baiduri mengucapkan jutaan terima kasih kepada Bank Rakyat Cawangan Selayang kerana sentiasa menyokong dan membantu segala usaha yang dijalankan oleh pihak PIBG serta Sekolah.

Semoga kerjasama ini dapat diteruskan pada masa hadapan untuk kecemerlangan anak-anak serta sekolah amnya.

 

 

 

Info

Info