Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
BENGKEL ASAS GREEN ENERGY

2 November 2017 - Buat julung kalinya, bengkel pertama Makmal Green Energy telah diadakan pada hari ini di Bilik Gerakan SK Intan Baiduri. 10 orang murid dan guru telah terpilih untuk mengikuti pembelajaran 5 jenis modul iaitu Chemical Battery, Liquid & Hydraulic, Solar & Light, Wind Power dan Optical Device.

Semoga 7 orang murid dan 3 orang guru ini akan menjadi 'Product Champion' dan memperkenalkannya kepada rakan-rakan yang lain.

 

 

 

 

 


KEMAHIRAN MELAKAR ARAS TINGGI

1 November 2017 - Pada hari ini telah berlangsung Program Kemahiran Melakar Aras Tinggi yang dijalankan sendiri oleh Dr. Ruzaimi Mat Rani, Pengasas Drawzania.com. Hampir 200 murid tahun 4 dan 5 telah dapat mengikuti program ini yang dibahagikan kepada 2 sesi.

 

 

 

 

PIBG SK Intan Baiduri berharap program ini dapat memberi keyakinan kepada anak-anak untuk dapat meluahkan idea dan pengetahuan dalam pemikiran mereka ke dalam bentuk tulisan atau lukisan. Secara tidak langsung, ianya membantu anak-anak untuk lebih berdisiplin dalam membuat tulisan atau lakaran yang tepat agar lebih dapat difahami oleh guru dan pemeriksa.
UPM EXPLORACE @ SCHOOL

31 Oktober 2017 - Untuk kali kedua tahun ini, SK Intan Baiduri menerima kunjungan 12 orang pensyarah dan pelajar Fakulti Sains (STEM) UPM untuk mengadakan Program UPM Explorace @ School. Program seharian ini disertai oleh lebih 200 murid tahun 3, 4 dan 5, manakala murid tahun 6 menjadi fasilitator.

Terdapat 7 stesen disediakan dimana setiap stesen mempunyai aktiviti-aktiviti sains yang menarik  dan diolah mengikut subjek pembelajaran untuk tahun 3, 4 dan 5. Para murid telah diagihkan kepada 7 kumpulan setiap tahun dan aktiviti dijalankan secara pusingan ikut tahun.

PIBG SK Intan Baiduri ingin mengucapkan terima kasih kepada 12 fasilitator UPM yang diketuai oleh Dr. Ernee dan juga guru SK Intan Baiduri yang diketuai oleh cikgu Mayasari @ Idawanie binti Omar serta Penolong Setiausaha PIBG, cikgu Robiatul Adawiyah binti Saad yang bertindak sebagai penghubung antara sekolah dan UPM.

Insyaallah, untuk program tahun hadapan, PIBG SK Intan Baiduri akan mengadakan Program Lawatan Balas ke UPM.


 

 

 

 

GOTONG ROYONG KECERIAAN MAKMAL GREEN ENERGY

30 - 31 Oktober 2017 - Lanjutan kepada Memo Persefahaman antara PIBG SK Intan Baiduri dengan BRAINet (M) Sdn Bhd yang ditandatangani pada 11 Oktober 2017, maka hasilnya adalah mulai hari ini telah berlangsung 3 aktiviti bersama :
  1. Gotong Royong Keceriaan Makmal Green Energy
  2. Pemasangan 'Laminated Flooring' pada Makmal Green Energy
  3. Penerimaan bahan pembelajaran Green Energy
Sebelum

  


Selepas

 

 

   


 

 

 


Aktiviti-aktiviti ini telah dijayakan oleh guru dan murid SK Intan Baiduri, kakitangan BRAINet (M) Sdn Bhd serta para kontraktor yang dilantik.

Aktiviti-aktiviti keceriaan akan terus berlangsung sehingga 17 November 2017 iaitu hari SK Intan Baiduri turut terlibat dalam sambutan World Science Day dan perasmian Makmal Green Energy.
LAWATAN SAMBIL BELAJAR TEMPAT BERSEJARAH DI PERAK AMAN JAYA

27 - 28 Oktober 2017 - Sebaik sahaja kertas terakhir Peperiksaan Akhir Tahun selesai, seramai 35 orang murid dan 8 orang guru telah berangkat menaiki bas di perkarangan sekolah pada pukul 10.00 pagi untuk memulakan aktiviti lawatan tahunan. Jika tahun lepas, negeri Johor Darul Takzim dipilih sebagai destinasi, maka tahun ini, guru tahun 6 telah memilih negeri Perak Aman Jaya pula.

Tempat- tempat yang dilawati pada hari pertama adalah Menara Condong Teluk Intan, Muzium Darul Ridzuan dan Stesen Keretapi Ipoh. Rombongan telah memilih untuk bermalam di Sun Inn Hotel Tambun kerana lokasinya yang berdekatan dengan tempat lawatan keesokan harinya, iaitu Lost World of Tambun.


 

 


  

 


 


 

Alhamdulillah, lawatan sebegini berjaya membuka minda dan menambah pengetahuan anak-anak SK Intan Baiduri khasnya. PIBG SK Intan Baiduri juga turut memberi sumbangan tunai untuk melancarkan lagi perjalanan lawatan. Semoga lawatan-lawatan tahunan sebegini dapat diteruskan untuk manfaat semua juga.

Info

Info