Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
BENGKEL ASAS MATEMATIK BERSAMA YAYASAN PENDIDIKAN CHERAS

12 Januari 2018 - Pada hari ini, SK Intan Baiduri buat julung kalinya menerima wakil dari Yayasan Pendidikan Cheras untuk memberi bengkel asas Matematik kepada murid tahun 6. Ini merupakan salah satu inisiatif baru dari PIBG SK Intan Baiduri dalam menarik sokongan  komuniti luar untuk membantu murid dan sekolah dalam program tahunan mereka.


 

 

Bengkel ini disampaikan oleh En Devan dan En Abu Bakar yang juga merupakan wakil daripada Yayasan Penyelidikan dan Pendidikan Malaysia.

Semoga sokongan komuniti dari Yayasan Pendidikan Cheras dapat diteruskan demi kesejahteraan murid khasnya dan sekolah amnya.
HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN BAGI TAHUN 2018

2 Januari 2018 - Hari ini merupakan hari pertama persekolahan bagi tahun 2018. Tahniah kepada murid yang telah tamat persekolahan rendah dan alu-aluan kepada murid tahun 1 dan murid baru yang kini menjadi warga SK Intan Baiduri.

Pada tahun ini, seramai 480 murid tahun 1 hingga tahun 6 telah berdaftar di SK Intan Baiduri iaitu :
  • Tahun 1 - 88 murid
  • Tahun 2 - 65 murid
  • Tahun 3 - 71 murid
  • Tahun 4 - 82 murid
  • Tahun 5 - 90 murid
  • Tahun 6 - 84 murid
Terdapat dua perkara signifikan yang telah di implementasikan oleh SK Intan Baiduri pada tahun ini iaitu :

1. Tiada pengasingan murid berdasar pencapaian (streaming) dalam kelas.
2. Penukaran nama kelas kepada Neptun, Utarid dan Zuhal.


Dengan perubahan tersebut, diharapkan momentum menanam budaya Sains kepada setiap murid oleh PIBG SK Intan Baiduri dapat terus dikekalkan malah dipertingkatkan agar menjadikan warga pendidikan SK Intan Baiduri sebagai pemangkin kepada pembelajaran abad ke 21. 
MAJLIS ORIENTASI MURID TAHUN 1

29 Disember 2017 - Pada hari ini telah berlangsung Majlis Orientasi Murid Tahun 1 bagi tahun 2018. Seramai 88 murid telah didaftarkan dan dibahagi kepada tiga kelas iaitu 1 Neptun, 1 Utarid dan 1 Zuhal.

 

 

 

Pada majlis tersebut, Guru Besar SK Intan Baiduri, Tn Hj Ahmad Fuad Bin Hj Ahmad telah mengalu-alukan kedatangan para ibu bapa dan memperkenalkan barisan pentadbir serta guru kelas tahun 1 iaitu Cik  Ida Ayuni Binti Md Zani (1 Neptun), Cik Siti Nadiah Binti Ahmad (1 Utarid) dan Cik Nurfarah Hahim Binti Dollah (1 Zuhal).

Yang DiPertua PIBG SK Intan Baiduri, En Zaifulshm Bin Hj Ahmad Zakaria turut berucap menerangkan peranan dan program PIBG di SK Intan Baiduri serta mengalu-alukan ibu bapa untuk aktif dalam kumpulan sokongan ibu bapa. Taklimat seterus disambung oleh para pentadbir dan guru berkaitan mengenai peraturan dan prosedur sekolah.

 

 

 

 

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Semoga ucapan dan taklimat yang disampaikan dapat membantu para ibu bapa dalam menyesuaikan anak-anak mereka akan persekitaran persekolahan yang baru.
SOKONGAN KOMUNITI : KUNJUNGAN HORMAT
PENSYARAH UTM RAZAK SCHOOL OF ENGINEERING
AND ADVANCED TECHNOLOGY

27 Disember 2017 - Pada pagi ini, SK Intan Baiduri telah menerima kunjungan hormat daripada 3 orang Pensyarah UTM RAZAK School of Engineering and Advanced Technology. Rombongan yang diketuai oleh Dr. Sathiabama A/P Thirugnana, turut disertai oleh Dr. Mohamed Azlan Bin Suhot dan Dr. Nurul Huda Binti Ahmad. Turut hadir adalah 3 orang wakil daripada BRAINet (M) Sdn Bhd yang diketuai oleh Pengurus Besar, Encik Chan Chon How.

Rombongan telah disambut oleh Guru Besar SK Intan Baiduri, Tuan Haji Ahmad Fuad Bin Ahmad dan Yang DiPertua PIBG SK Intan Baiduri, Encik Zaifulsham Bin Hj Ahmad Zakaria. Turut hadir Ketua Panitia Sains, Cikgu Mayasari @ Idawanie Binti Omar, Ketua Panitia Matematik, Cikgu Mohd Halimi Bin Dalep dan Jawatankuasa Induk PIBG.

Lawatan hampir 3 jam tersebut merangkumi lawatan ke Makmal Tenaga Hijau dan seterusnya perbincangan akan program kerjasama yang boleh dilaksanakan bagi tahun 2018. 

 

 

Alhamdulillah, rumusan daripada perbincangan, UTM telah bersetuju untuk menjadikan SK Intan Baiduri sebagai Rintis Sekolah Rendah dalam Program Mentor Mentee 2018. Seramai 30 pelajar ijazah tahun 2 dan tahun 3 UTM akan menjadi Mentor kepada 90 murid (tahun 4 - 6) SK Intan Baiduri dengan penekanan kepada pembelajaran Sains dan Matematik.

Semoga murid terpilih ini akan menjadi pembimbing kepada rakan sebaya mereka agar dapat menyebarkan ilmu yang diperolehi untuk kecemerlangan semua.
TAHNIAH CIKGU IZZUDDIN BIN M. SUKREY

2 Disember 2017 - Tahniah diucapkan kepada Cikgu Izzuddin Bin M. Sukrey, juga merangkap Bendahari PIBG SK Intan Baiduri kerana telah melangsungkan Majlis Perkahwinannya pada hari ini dengan pasangan pilihannya Puan Nur Farah Syafiqah Binti Mohamad Fu'ad di Batu Pahat, Johor Darul Takzim.

PIBG SK Intan Baiduri mendoakan selamat menempuh kehidupan baru dan semoga menjadi keluarga yang sakinah, mawaddah wa rahmah. Amin.

Info

Info