Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
KELAS PERTAMA 2018 UNTUK PERSATUAN STEM SK INTAN BAIDURI

24 Januari 2018 - Pada petang ini iaitu pada waktu kokurikulum, telah diadakan kelas pertama iaitu Pengenalan STEM bagi Persatuan STEM SK Intan Baiduri yang baharu diwujudkan pada tahun ini. Pengenalan tersebut disampaikan oleh Guru Penasihat Persatuan, Cikgu Mayasari @ Idawanie Binti Omar.


 

 

Persatuan ini merupakan gabungan daripada dua persatuan iaitu Persatuan Sains dan Persatuan Matematik. Tujuan penggabungan dibuat adalah untuk menyeragamkan dan selari dengan usaha PIBG dan sekolah dalam memberi pendedahan STEM kepada warga sekolah sejak tahun 2016 lagi.

Dengan adanya kesinambungan usaha yang telah dijalankan, semoga warga SK Intan Baiduri menyokong usaha PIBG untuk mendokong pembawaan budaya SAINS ke persekitaran sekolah khasnya dan komuniti setempat amnya.. 
MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN
PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PSS, BRIGED BESTARI,
PENGAWAS SPBT, PRS, KETUA KELAS DAN PENOLONG 2018

24 Januari 2018 - Pada hari ini telah berlangsungnya Majlis Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Pengawas Briged Bestari, Pengawas SPBT, Pembimbing Rakan Sebaya, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas bagi tahun 2018. Seramai 161 murid terlibat dalam penerimaan watikah ini.

Majlis yang diadakan mengikut penuh adat dan protokol telah dihadiri oleh Yang DiPertua PIBG SK Intan Baiduri, En Zaifulsham Bin Hj Ahmad Zakaria, selaku perasmi dan Pegawai Perhubungan Polis Sekolah Sarjan Md Nizam Bin Ahmad.

Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan daripada Guru Besar SK Intan Baiduri, Tn Hj Ahmad Fuad Bin Hj Ahmad yang menekankan tanggungjawab murid kepada sekolah dan masyarakat. Seterusnya, En Zaifulsham Bin Hj Ahmad Zakaria berharap bahawa murid yang terpilih ini mengambil prinsip 3S iaitu Senyum, Salam dan Sapa. Semoga mereka ini dapat menjadi contoh dan teladan kepada murid yang lain.

Majlis diteruskan dengan aku janji dari setiap wakil unit dan penyerahan surat watikah telah disampaikan oleh Sarjan Md Nizam Bin Ahmad kepada setiap wakil unit. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar.


Ketua Pengawas : Muhammad Alif Safwan Bin Azlan
Penolong Ketua Pengawas : Faris Hazmi Bin Khalid

Pengawas Sekolah : 50 murid
Pengawas Pusat Sumber Sekolah : 29 murid
Pengawas Briged Bestari : 20 murid
Pengawas SPBT : 14 murid
Pembimbing Rakan Sebaya : 14 murid
Ketua Kelas & Penolong Ketua Kelas : 34 murid


 


 

 

 

 

 

 


FENOMENA "SUPER BLUE BLOOD-MOON" PADA 31 Januari 2018

24 Januari 2018 - Puan Anita Binti Bahari, Pengarah Planetarium Negara telah menjemput warga SK Intan Baiduri untuk menyaksikan Fenomena "Super Blue Blood-Moon" pada 31 Januari 2018 di Planetarium Negara. Fenomena ini akan bermula jam 7:48 malam sehingga jam 11:11 malam.

Mari kita beramai-ramai menyaksikan fenomena ini yang kali terakhir terjadi pada 152 tahun yang lalu.



Untuk mendapat maklumat lebih lanjut, boleh lawati laman Planetarium Negara.
MESYUARAT ke 3 AHLI JAWATANKUASA PIBG SK INTAN BAIDURI

20 Januari 2018 - Pada hari ini telah berlangsung Mesyuarat ke 3 Ahli Jawatankuasa PIBG SK Intan Baiduri yang juga merupakan mesyuarat induk terakhir sebelum Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Intan Baiduri yang dijangkakan pada bulan Februari.

Mesyuarat yang bermula pada pukul 10 pagi telah membincangkan bajet dan perancangan bagi tahun 2018 serta persiapan untuk Mesyuarat Agung Tahunan PIBG yang ke 16. Penangguhan mesyuarat ditamatkan pada pukul 11.10 pagi.




Diharapkan amanah yang diberikan kepada PIBG SK Intan Baiduri sesi 2017/18 telah dapat kami penuhi. Mohon maaf jika ada kesilapan dari tutur kata dan perlaksanaan program yang telah dijalankan. Semoga Ahli Jawatankuasa PIBG SK Intan Baiduri sesi 2018/19 dapat meneruskan usaha dan perancangan yang telah kami aturkan.
JEMPUTAN MENGHADIRI MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BARU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA



Info

Info