Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 16 SESI 2018/2019

24 Februari 2018 - Pada hari ini telah berlangsungnya Majlis Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke 16 di Dewan Baiduri, SK Intan Baiduri. Majlis telah bermula pada pukul 8.00 pagi dengan pendaftaran ahli-ahli PIBG yang merangkumi ibu bapa dan guru.

 

Setelah mendaftar, para ahli dapat melihat pameran PIBG akan aktiviti yang telah dijalankan sepanjang 2017. Turut membuka meja adalah Program Mentor-Mentee UTM dan penyokong-penyokong komuniti PIBG seperti Gifted Children Network dan Bank Rakyat cawangan Selayang.


 

 

 

 

 

Tepat pukul 8.50 pagi, majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Cikgu Mohd Azwadi Bin Maktar dan penerangan Program Key 2 Maths oleh Coach Freda dari Gifted Children Network. Seterusnya, YDP PIBG SK Intan Baiduri sesi 2017/2018, Encik Zaifulsham Bin Hj Ahmad Zakaria menyampaikan kata-kata aluan serta Taklimat Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) dan Program Mentor Mentee UTM.

Ianya diikuti oleh Perasmian Majlis, Penyampaian Gimik Serahan Program yang telah dikenalpasti oleh PIBG kepada sekolah (Program iLearn LA21KL, Pertandingan Lego Robotik Yayasan Bank Rakyat, Program Mentor Mentee UTM dan Program Komunikasi Secara Langsung Angkasawan Stesen Angkasa Lepas Planetarium Negara) dan Penyampaian Hadiah Peratus Kutipan Kelas Tertinggi serta Penghargaan AJK PIBG sesi 2017/2018 oleh Guru Besar SK Intan Baiduri, Tuan Haji Ahmad Fuad Bin Haji Ahmad, merangkap Penasihat PIBG SK Intan Baiduri.

 

 

 

 

 

 

 

Majlis berhenti rehat sebentar, sebelum Mesyuarat Agung PIBG SK Intan Baiduri kali ke 16 bermula. Tahniah kepada AJK PIBG sesi 2018/2019 yang telah terpilih. Semoga mereka dapat meneruskan legasi sediaada dengan lebih mantap.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PROGRAM MOTIVASI TAHUN 6 :
SAHSIAH UNGGUL PENCETUS KEJAYAAN

21 Februari 2018 - Pada hari ini telah berlangsungnya Program Motivasi Tahun 6 : Sahsiah Unggul Pencetus Kejayaan yang dianjurkan PIBG SK Intan Baiduri bersama Unit Bimbingan & Kaunseling SK Intan Baiduri.

Program yang bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 10.00 pagi ini telah dilaksanakan oleh Penceramah Khas Engr. Ahmad Badli Badaruddin dengan tajuk 'Saya Budak Baik' dan dihadiri oleh semua murid tahun 6. Yang DiPertua PIBG SK Intan Baiduri, Encik Zaifulsham Bin Hj Ahmad Zakaria turut bersama serta memberi kata-kata aluan dan nasihat kepada murid-murid.

Pada penghujung program, Guru Besar SK Intan Baiduri, Tuan Hj Ahmad Fuad Bin Hj Ahmad telah sudi menyampaikan cendermata kepada Engr sebagai tanda penghargaan.

Semoga kata-kata motivasi dan nasihat yang diberikan dapat dijadikan pedoman kepada murid dalam membentuk Sahsiah Unggul Pencetus Kejayaan.

 

 

 

 


PERSIDANGAN
ANTARABANGSA PERKHIDMATAN BIMBINGAN 
DAN KAUNSELING MALAYSIA 2018

5 - 7 Februari 2018 - Pada hari ini adalah bermulanya Persidangan Antarabangsa Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Malaysia 2018 yang diadakan selama 3 hari di UPM. Sebagai salah satu dari usaha PIBG SK Intan Baiduri iaitu JOM TANDA ARAS yang bertujuan untuk memastikan guru sentiasa berpemikiran ke hadapan, PIBG telah berbesar hati untuk menaja Cikgu Ezalinda Binti Zakaria, Guru Bimbingan dan Kaunseling SK Intan Baiduri ke persidangan ini dalam menimba ilmu "Teori dan Aplikasi Kaunseling Dalam Mendepani Abad ke 21'.

Semoga ilmu yang telah ditimba dapat dipraktikkan pada warga SK Intan Baiduri khasnya dan Komuniti Persekitaran amnya.

 

 

NOTIS JEMPUTAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 16 SESI 2018 / 2019

Adalah dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut di atas akan diadakan seperti berikut :

Tarikh :    24 Februari 2018 ( Sabtu )
Masa :    8.00 pagi
Tempat :    Dewan Baiduri, SK Intan Baiduri

Tentatif mesyuarat adalah seperti berikut :

8.00 pagi  : Pendaftaran Ibu bapa / Penjaga / Guru
9.00 pagi    : Taklimat Tahun 4 dan 5 : PPSR dan Program Mentor Mentee UTM
10.00 pagi  : Ucapan aluan Guru Besar SKIB
10.10 pagi : Ucapan YDP PIBG
                     Ucapan perasmi
KEM KEPIMPINAN PENGAWAS

10 Februari 2018 - Pada hari ini telah berlangsungnya Kem Kepimpinan Pengawas SK Intan Baiduri mulai 8.00 pagi hingga 3.30 petang. Program yang dihadiri oleh  127 murid dari unit Pengawas Sekolah, Briged Bestari, PSS, SPBT dan PRS diadakan untuk melatih mereka akan tugas dan tanggungjawab yang akan mereka jalankan sepanjang tahun 2018.

Kem ini telah dilancarkan oleh Yang DiPertua PIBG SK Intan Baiduri, Encik Zaifulsham Bin Hj Ahmad Zakaria. Beliau turut diiringi oleh GPK HEM, Puan Sakinah Binti Awang @ Umar dan Cikgu Mohd Saleh Bin Din, merangkap Kem Komandan. PIBG juga turut menyumbangkan wang tunai kepada penganjur untuk menjemput Encik Muhammad Shah Rizal Bin Muktar sebagai Penceramah Motivasi.

Semoga ilmu yang dipelajari dapat membantu pengawas-pengawas ini dalam menjalankan tugas mereka dengan amanah dan bertanggunjawab sepanjang tahun 2018.

 

 

 

 

 

 

Info

Info