Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
MAJLIS STEM HI-TEA ANJURAN NATIONAL STEM MOVEMENT

25 Februari 2018 - Pada petang ini, YDP PIBG SK Intan Baiduri, Encik Zaifulsham Bin Hj Ahmad Zakaria dan Guru Besar SK Intan Baiduri, Tuan Hj Ahmad Fuad Bin Hj Ahmad telah memenuhi jemputan Penyokong Komuniti SK Intan Baiduri iaitu BRAINet (M) Sdn Bhd untuk menghadiri Majlis STEM Hi-Tea anjuran National STEM Movement sempena kejayaan mereka melaksanakan Malaysia Technology Expo pada 22 - 24 Februari 2018.

Majlis ini juga dibuat untuk merapatkan silaturrahim antara Agensi Kerajaan, Institusi Pengajian Tinggi, Korporat dan Komuniti STEM serta mengumpul dana untuk aktiviti akan datang. Majlis turut dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, YB Dato' P. Kamalanathan.


 

  
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 16 SESI 2018/2019

24 Februari 2018 - Pada hari ini telah berlangsungnya Majlis Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke 16 di Dewan Baiduri, SK Intan Baiduri. Majlis telah bermula pada pukul 8.00 pagi dengan pendaftaran ahli-ahli PIBG yang merangkumi ibu bapa dan guru.

 

Setelah mendaftar, para ahli dapat melihat pameran PIBG akan aktiviti yang telah dijalankan sepanjang 2017. Turut membuka meja adalah Program Mentor-Mentee UTM dan penyokong-penyokong komuniti PIBG seperti Gifted Children Network dan Bank Rakyat cawangan Selayang.


 

 

 

 

 

Tepat pukul 8.50 pagi, majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Cikgu Mohd Azwadi Bin Maktar dan penerangan Program Key 2 Maths oleh Coach Freda dari Gifted Children Network. Seterusnya, YDP PIBG SK Intan Baiduri sesi 2017/2018, Encik Zaifulsham Bin Hj Ahmad Zakaria menyampaikan kata-kata aluan serta Taklimat Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) dan Program Mentor Mentee UTM.

Ianya diikuti oleh Perasmian Majlis, Penyampaian Gimik Serahan Program yang telah dikenalpasti oleh PIBG kepada sekolah (Program iLearn LA21KL, Pertandingan Lego Robotik Yayasan Bank Rakyat, Program Mentor Mentee UTM dan Program Komunikasi Secara Langsung Angkasawan Stesen Angkasa Lepas Planetarium Negara) dan Penyampaian Hadiah Peratus Kutipan Kelas Tertinggi serta Penghargaan AJK PIBG sesi 2017/2018 oleh Guru Besar SK Intan Baiduri, Tuan Haji Ahmad Fuad Bin Haji Ahmad, merangkap Penasihat PIBG SK Intan Baiduri.

 

 

 

 

 

 

 

Majlis berhenti rehat sebentar, sebelum Mesyuarat Agung PIBG SK Intan Baiduri kali ke 16 bermula. Tahniah kepada AJK PIBG sesi 2018/2019 yang telah terpilih. Semoga mereka dapat meneruskan legasi sediaada dengan lebih mantap.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Info

Info