Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
PERTANDINGAN TARI RAKYAT MALAYSIA 
SEMPENA HARI KRAF KEBANGSAAN 2018

29 Mac 2018 - Tahniah diucapkan kepada Kumpulan Simfoni Rentak Tari SK Intan Baiduri atas persembahan yang mantap dan bertenaga dalam Pertandingan Tari Rakyat Malaysia sempena Hari Kraf Kebangsaan 2018 yang telah diadakan di Kompleks Kraf Kuala Lumpur pada hari ini.

Kumpulan ini telah di latih oleh Cikgu Sharifah Intan Baiduri binti Syed Mohd Bakhir dan diuruskan oleh Pengurus Cikgu Rebecca Anak Nira serta Penolong Pengurus, Cikgu Siti Nadiah binti Ahmad.

Semoga semangat tari ini dapat diteruskan agar melatih skil motor anak-anak SK Intan Baiduri untuk lebih cemerlang dalam apa-apa bidang sekalipun.

 

 


BENGKEL KREATIF AMALI SAINS UNTUK TAHAP 2 TAHUN 2018

28 Mac 2018 - Pada hari ini, buat julung kalinya telah berlangsung Bengkel Kreatif Amali Sains untuk Tahap 2 siri 1/2018 bagi 25 orang Guru Sains merangkap Jurulatih Negeri di Makmal Sains SK Intan Baiduri. Bengkel sehari yang bermula dari pukul 8 pagi hingga 4 petang telah dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dibawah penyeliaan Datin Hajah Maznah Man dan Puan Eliza Mohd Salleh.


 


 

 

Bengkel bermula dengan pembentangan dari Dr. Kalaivani, UKM mengenai "STEM Knowledge Integration through Green Energy Exploration in Fiction & Non Fiction Approach". Seterusnya taklimat dan sesi hands-on telah dijalankan oleh Mr. Chan Chon How, Pengurus Besar BRAINet (M) Sdn Bhd dengan menggunakan peralatan STEM dari Makmal Tenaga Hijau, PIBG SK Intan Baiduri.

Semoga dengan pengiktirafan jabatan atas usaha PIBG SK Intan Baiduri untuk membudayakan STEM di sekolah akan menjadikan SK Intan Baiduri sebagai Hub STEM yang dikenali ramai.
MAJLIS PELANCARAN TERIMA KASIH CIKGU
PERINGKAT KEBANGSAAN 
SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU 2018

23 Mac 2018 - Pada pagi ini telah berlangsung Majlis Pelancaran Terima Kasih Cikgu Peringkat Kebangsaan sempena Sambutan Hari Guru 2018 di Menara Kembar Bank Rakyat, Brickfield. Program yang dianjurkan bersama oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kumpulan Penggerak Ibu Bapa dan Komuniti Kebangsaan (KPIBKK) telah dirasmikan oleh YB Menteri Pendidikan Dato' Seri Mahdzir bin Khalid.





SK Intan Baiduri telah diwakili oleh Guru Besar, Tuan Haji Ahmad Fuad bin Haji Ahmad dan Yang DiPertua PIBG, Encik Zaifulsham bin Haji Ahmad Zakaria. SK Intan Baiduri juga turut menyumbang Kek Pulut Kuning untuk kelancaran gimik majlis. Kek tersebut adalah hasil kerjatangan ahli Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) SK Intan Baiduri iaitu Puan Suhaila binti Musa.


 

 

Semoga dengan sumbangan yang diberi menandakan penghargaan para ibu bapa SK Intan Baiduri atas jasa guru SK Intan Baiduri khasnya dan seluruh Malaysia amnya, dimana jasa mereka akan tetap dikenang selama-lamanya.


PROGRAM CUTI SEKOLAH SERAMBI ILMU RAKYAT (SIR) :
BENGKEL ROBOTIK LA21KL

20 Mac 2018 - Pada hari ini telah berlangsung Program Cuti Sekolah SIR : Bengkel Robotik LA21KL di Serambi Ilmu Rakyat, Menara Kembar Bank Rakyat, Brickfield. Program yang bermula dari pukul 10.00 pagi sehingga 4.00 petang ini, dianjur oleh Yayasan Bank Rakyat bersama dengan LA21KL yang mengumpulkan 4 sekolah iaitu SK Intan Baiduri, SK Sentul 1, SK Sentul 2 dan SK Seri Perak.

SK Intan Baiduri telah diwakili oleh 8 murid tahun 6 yang juga merupakan peserta e-KL 2018. Mereka ini diiringi oleh guru pengiring Cikgu Mayasari @ Idawanie Binti Omar dan Cikgu Masnita Binti Md Ghouse.

Semoga dengan pendedahan ini, meningkatkan keyakinan murid SK Intan Baiduri untuk berkomunikasi dengan murid sekolah lain serta berupaya bekerjasama dan bertukar ilmu pengetahuan dalam kumpulan.

 

 

 
BENGKEL MATEMATIK BERSAMA CIKGU HALIMI

18 Mac 2018 - Buat julung kalinya, PIBG SK Intan Baiduri telah menganjurkan Bengkel Matematik bersama Cikgu Halimi untuk ibu bapa dan murid tahun 5 dan 6. Bengkel yang diadakan mulai 9.00 pagi sehingga 10.30 pagi ini telah mendapat sambutan hampir 50 peserta menyebabkan lokasi bengkel terpaksa dipinda dari Bilik Media ke Dewan SK Intan Baiduri.

 

 

Antara pencerahan yang diberikan dalam 90 minit tersebut, para peserta telah mengikuti pembelajaran 4 Operasi iaitu Campur, Tolak, Darab dan Bahagi serta 3 P iaitu Pecahan, Perpuluhan dan Peratus. Untuk mengukuhkan pemahaman, Cikgu Halimi turut memperkenalkan teknik Kawan 10, Kekisi, 1248 dan Kotak. Disamping itu, tips menjimatkan masa semasa menjawab soalan sewaktu peperiksaan juga telah didedahkan agar anak-anak pandai menggunakan masa yang terhad dengan lebih produktif.

Semoga dengan usaha pibg ini dapat membantu ibu bapa dalam persediaan peperiksaan anak-anak mereka serta memberi keyakinan kepada anak-anak untuk menjawab soalan dengan tepat dan cemerlang.


Info

Info