Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
PERTANDINGAN PIDATO ANTARA KELAS
SK INTAN BAIDURI 2018

23 April 2018 - Sempena Minggu Kem Membaca SK Intan Baiduri 2018, satu pertandingan Pidato Antara Kelas telah diadakan pada hari ini untuk mencungkil bakat dan memberi keyakinan kepada anak-anak SK Intan Baiduri untuk tampil ke hadapan memberi ucapan.


Pertandingan dikendalikan oleh Cikgu Rohayati binti Ghazali sebagai Pengerusi Majlis dan juri adalah Cikgu Mohd Syakir bin Ahmad Sawal, Cikgu Zaliha binti Othman, Cikgu Mayasari @ Idawanie binti Omar dan Cikgu Haliza binti Muhamat Dawam, selaku Guru Pusat Sumber Sekolah.

Tahniah diucapkan kepada sekolah dan guru yang terlibat atas sambutan menggalakkan daripada anak-anak SK Intan Baiduri. Semoga usaha ini dapat diteruskan pada masa hadapan.  
PAMERAN TENAGA HIJAU SK INTAN BAIDURI
di FESTIVAL STEM HIBISCUS INTERNATIONAL SCHOOL

21 April 2018 - Hibiscus International School telah menjemput SK Intan Baiduri untuk mengadakan pameran STEM di Festival STEM mereka yang telah dilangsungkan pada hari ini di Hibiscus International School kampus Segambut.


Dengan diketuai oleh Cikgu Mayasari @ Idawanie bt Omar dan dibantu oleh Jawatankuasa PIBG Puan Hawa Malisa bt Ibrahim, seramai 6 orang murid SK Intan Baiduri telah dibawa untuk membentangkan projek tenaga hijau. Turut hadir memberi sokongan adalah Guru Besar SK Intan Baiduri, Tuan Haji Ahmad Fuad bin Haji Ahmad dan YDP PIBG SK Intan Baiduri, Encik Zaifulsham bin Haji Ahmad Zakaria.

 

 

 

Semoga dengan pendedahan yang diberikan kepada murid-murid ini, diharap mereka dapat menimba pengalaman dan ilmu serta membentuk keyakinan diri yang terhasil daripada pergaulan dengan masyarakat luar.
PASUKAN BOLASEPAK SK INTAN BAIDURI 
MENJUARAI KEJOHANAN BOLASEPAK MSSWPKL 
PERINGKAT WILAYAH SENTUL BAWAH 12 TAHUN

20 April 2018 - Tahniah diucapkan kepada pasukan bola sepak SK Intan Baiduri yang dipimpin oleh Cikgu Mohd Azwadi bin Maktar kerana telah berjaya mengalahkan pasukan bola sepak SK Batu Muda dengan jaringan 1 - 0 pada pusingan akhir Kejohanan Bola Sepak MSSWPKL Peringkat Wilayah Sentul Bawah 12 Tahun yang telah berlangsung di padang SK Tiara Permai Kuala Lumpur.

Secara automatik, SK Intan Baiduri telah layak mewakili Zon Sentul untuk bertanding di peringkat negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dijangka akan diadakan pada bulan Mei ini. Semoga semangat juang ini dapat dikekalkan untuk mendapat lebih banyak kejayaan.


 

 

 


PENUTUPAN KANTIN SEKOLAH

17 - 20 April 2018 - Pada 16 April 2018, sekolah telah mengeluarkan surat kepada ibu bapa bahawa kantin sekolah akan ditutup mulai 17 - 20 April 2018 untuk proses baikpulih dan pembersihan. Sebagai langkah proaktif, pihak sekolah telah mengatur dengan pengusaha kantin sekolah lain untuk menyediakan makanan waktu rehat pada keempat-empat tarikh tersebut.

PIBG juga telah mengambil inisiatif dengan menggerakkan Jawatankuasa PIBG yang diketuai oleh Puan Norshamsiah bt Shamsuddin dan Puan Azian bt Samin untuk memastikan kelancaran pergerakan murid pada waktu rehat selama 4 hari tersebut.

Kumpulan Sokongan Ibu Bapa juga telah digerakkan di mana 6 orang ibu dan bapa telah turut membantu. Terima kasih diucapkan kepada para Intan dan Baiduri :

1. Puan Noor A'tikah bt Mohd Yunus
2. Puan Zainalina bt Zanol Bahar
3. Puan Warnita bt Adnan
4. Puan Zuriah bt Mohd Hasan
5. Puan Shamsinar bt Mat Razali
6. Encik Amiruddin bin Hasan

Walaupun dalam masa yang terlalu singkat, alhamdulillah dengan kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh ibu dan bapa telah dapat membantu pergerakan murid pada waktu rehat dan seterusnya melancarkan aktiviti persekolahan anak-anak SK Intan Baiduri.

SYABAS pada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. 


 

 

 
BENGKEL PROGRAM JUNIOR INNOVATE PERINGKAT NEGERI 2018

18 - 19 April 2018 - Chumbaka dengan penajaan daripada Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) sedang dalam perancangan untuk melaksanakan Program Junior Innovate di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya untuk tahun 2018 bagi peringkat Negeri di bawah kempen #mydigitalmaker Movement. Kempen #mydigitalmaker Movement in berfokuskan penggunaan teknologi dalam meningkatkan kemahiran pemikiran komputasional, digital dan kognitif di kalangan pelajar.

Sebagai persediaan, satu sesi Train The Trainer telah dijalankan selama 2 hari  kepada 5 sekolah yang terlibat iaitu SK Putrajaya 8, SK Intan Baiduri, SK Kota Warisan, SK Bukit Kemuning 2 dan SK Kampung Selayang. Program yang bermula dari pukul 9.30 pagi hingga 5.00 petang telah diadakan di Digital Maker Hub Cyberjaya.


 


 

 




SK Intan Baiduri telah diwakili oleh Cikgu Mayasari @ Idawanie binti Omar, Cikgu Mohd Syakir bin Ahmad Sawal serta En Zaifulsham bin Haji Ahmad Zakaria, YDP PIBG SK Intan Baiduri. Turut hadir adalah 2 orang murid perintis iaitu Mohamad Aiman Hakimi bin Andullah dan Ashraf bin Zaifulsham.

Semoga kepercayaan yang diberi oleh Chumbaka dalam memilih SK Intan Baiduri untuk menyertai program ini dapat dibalas dengan persembahan terbaik dari anak-anak SK Intan Baiduri.

Info

Info