Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
FESTIVAL NASYID 2018 SEKOLAH-SEKOLAH ZON SENTUL

5 Mei 2018 - Tahniah diucapkan kepada Kumpulan Soutu Ar-Raudhah SK Intan Baiduri kerana telah menyertai Festival Nasyid 2018 Sekolah-Sekolah Zon Sentul yang telah diadakan di SK Sentul Utama.


 

 



Kumpulan ini yang terdiri daripada 9 orang murid tahun 2 hingga tahun 6 telah dilatih oleh 4 guru iaitu Cikgu Masnita binti Md Ghouse, Cikgu Noorazura binti Idris, Cikgu Mohd Saleh bin Din dan Cikgu Nur'ain binti Mustafa Kamal.

PIBG SK Intan Baiduri turut menyumbang pembelian pakaian nasyid. Semoga dengan sumbangan ini dapat menggalakkan Kumpulan Soutu Ar-Raudhah untuk terus bergiat aktif menyertai pertandingan seumpama ini pada masa hadapan.
SUKAN CERGAS RIA KALI KE 16 SK INTAN BAIDURI

4 Mei 2018 - Pada pagi ini telah diadakan Sukan Cergas Ria Kali ke 16 SK Intan Baiduri di Dataran SK Intan Baiduri. Sukan Cergas Ria untuk murid pra-sekolah dan tahap 1 (tahun 1- tahun 3) SK Intan Baiduri telah berlangsung dengan lancarnya dengan kehadiran para ibu bapa yang membantu dan menyokong Rumah Sukan anak masing-masing.


 

 

Program bermula dengan ucapan alu-aluan dan perasmian oleh Encik Zaifulsham Bin Haji Ahmad Zakaria, Yang DiPertua PIBG SK Intan Baiduri. Turut hadir adalah Guru Besar, SK Intan Baiduri, Tuan Haji Ahmad Fuad bin Haji Ahmad serta Guru Penolong Kanan.


 

 

 

 

 

 

 

 

Terima kasih juga kepada para penyumbang dikalangan syarikat korporat seperti Pusat Pakaian Hari-Hari Sdn Bhd, DBKL Cawangan Batu, Nestle Malaysia Bhd dan Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd, serta syarikat-syarikat komuniti setempat kerana sumbangan mereka telah memeriahkan lagi penganjuran tahun ini.
TAHNIAH WARGA PENDIDIK SK INTAN BAIDURI
KERANA TELAH MELAHIRKAN
ANAK-ANAK SK INTAN BAIDURI 
YANG CEMERLANG DALAM PELBAGAI BIDANG

29 April 2018 - PIBG SK Intan Baiduri ingin mengucapkan tahniah kepada warga pendidik SK Intan Baiduri kerana telah dapat mencungkil bakat anak-anak SK Intan Baiduri berikut hingga mewakili SK Intan Baiduri ke peringkat Negeri dan Kebangsaan.


 Adik Muhammad Alif Safwan Bin Azlan

- Tokoh Nilam peringkat Sekolah / Negeri 2018
- Jumlah buku yang dibaca : 620 buah buku
- IQ Nilam : 3.0
Antara pencapaian terbaik :
2018 - Naib Johan Wilayah Sentul Pertandingan Bercerita Kisah dari Al-Quran.
2017 - Johan Negeri Tokoh Nilam, Tempat Keempat Negeri Bicara Berirama.
2016 - Naib Johan Negeri, Pertandingan Bercerita Kisah dari Al-Quran.




Adik Faris Hazmi Bin Khalid

- Mewakili Negeri ke Kem Ibadah Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia 2018 di Melaka.








Adik Anbu Seran a/l Vijaya Shankar

- Terpilih mewakili Negeri dalam Ujibakat Program Pementasan Teater 'Semut Dan Berlian' Peringkat Jabatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi tahun 2018.
PROGRAM AKADEMIK MENTOR MENTEE
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2018 :
SESI 4 - MATEMATIK SENANG, UPSR CEMERLANG

28 April 2018 - Pada hari ini telah berlangsung sesi ke 4 Program Akademik Mentor Mentee Universiti Teknologi Malaysia di mana seramai 20 pelajar ijazah UTM telah datang menjadi Mentor Matematik kepada murid tahun 4 dan  Mentor Sains kepada murid tahun 5.

 

 

 

 

Untuk aktiviti selingan, Dr. Ruzana Ishak telah mengendalikan aktiviti bertajuk 'Matematik Senang, UPSR Cemerlang'. Beliau dibantu oleh Encik Nikk Adam bin Abdillah Kipalli, Encik Muhammad Amirul Hakeem bin Hanif, Encik Farizal Azamuddin bin Abdul Manaf dan Encik Mohd Halif bin Md Yusof. Turut hadir adalah Guru Besar SK Intan Baiduri, Tuan Haji Ahmad Fuad bin Haji Ahmad yang telah sudi menyampaikan sijil penghargaan kepada Dr. Ruzana Ishak dan fasilitatornya. 

 

 

 

 

 

Tinggal lagi 2 sesi Program Akademik Mentor Mentee UTM iaitu pada 19 dan 26 Mei 2018. Memang tidak dapat disangkal lagi, setelah 4 sesi berlalu, ianya banyak membantu anak-anak SK Intan Baiduri ini dalam Kemenjadian Diri mereka untuk menjadi murid yang cermerlang. 
PERTANDINGAN PIDATO ANTARA KELAS
SK INTAN BAIDURI 2018

23 April 2018 - Sempena Minggu Kem Membaca SK Intan Baiduri 2018, satu pertandingan Pidato Antara Kelas telah diadakan pada hari ini untuk mencungkil bakat dan memberi keyakinan kepada anak-anak SK Intan Baiduri untuk tampil ke hadapan memberi ucapan.


Pertandingan dikendalikan oleh Cikgu Rohayati binti Ghazali sebagai Pengerusi Majlis dan juri adalah Cikgu Mohd Syakir bin Ahmad Sawal, Cikgu Zaliha binti Othman, Cikgu Mayasari @ Idawanie binti Omar dan Cikgu Haliza binti Muhamat Dawam, selaku Guru Pusat Sumber Sekolah.

Tahniah diucapkan kepada sekolah dan guru yang terlibat atas sambutan menggalakkan daripada anak-anak SK Intan Baiduri. Semoga usaha ini dapat diteruskan pada masa hadapan.  

Info

Info