Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
SAMBUTAN HARI GURU SK INTAN BAIDURI 2018

16 Mei 2018 - Pada hari ini telah berlangsungnya Sambutan Hari Guru SK Intan Baiduri 2018 dengan tema Guru Pemacu Transformasi Pendidikan. Walaupun sibuk dengan program-program sebelum ini dan juga bermulanya puasa pada esok hari, yang menyebabkan persediaan untuk sambutan adalah terhad, namun majlis telah dapat dijayakan dengan sederhana tetapi meriah.

Sambutan dimulakan dengan perarakan masuk guru ke Dewan Seri Intan Baiduri.Turut mengiringi adalah YDP PIBG SK Intan Baiduri, Encik Zaifulsham bin Haji Ahmad Zakaria. Tuan Haji Ahmad Fuad bin Haji Ahmad, Guru Besar SK Intan Baiduri telah sudi untuk membaca Perutusan Hari Guru dari Ketua Pengarah KPM. Seterusnya, Ketua Murid Adik Alif Safwan bin Azlan telah menyampaikan ucapan terima kasih cikgu. Ini diakhiri dengan bacaan ikrar oleh guru dan nyanyian lagu 'Guru Malaysia'. Aturcara seterusnya adalah bacaan yaasin dan tahlil beramai-ramai serta persembahan Kumpulan Nasyid Soutu Ar-Raudhah SK Intan Baiduri dan nyanyian lagu terima kasih cikgu.

 

 

 

 

 

 

 

 

Sebelum berakhir, turut disambut adalah Hari Ulangtahun Guru Besar SK Intan Baiduri yang jatuh pada hari yang sama. Majlis Sambutan kemudian berehat sebentar pada waktu rehat murid dan bersambung dengan acara permainan guru dengan murid.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PIBG SK Intan Baiduri mengucapkan 'Selamat Hari Guru' kepada semua guru SK Intan Baiduri serta guru sekolah-sekolah di Malaysia. Semoga jasamu cikgu akan tetap kami kenang selama-lamanya.

* Nota : Oleh kerana kekangan masa serta kesibukan para guru dengan program-program sekolah yang perlu dilaksanakan, Program Hari Guru oleh PIBG SK Intan Baiduri ditangguhkan selepas Hari Raya Aidilfitri.

TUAN RUMAH FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH KPM
PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR 2018

15 Mei 2018 - Buat julung kalinya, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah memberi kepercayaan kepada SK Intan Baiduri untuk menjadi tuan rumah Festival Nasyid Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2018. Festival yang telah memasuki peringkat akhir ini ditandingi oleh 8 pasukan dari sekolah rendah dan 8 pasukan dari sekolah menengah. 

 

 

 

Alhamdulillah, pertandingan berjalan dengan lancar dan meriah sekali. Selepas pertandingan, Majlis Penutupan telah dimulakan pada pukul 2.30 petang dimana Guru Besar SK Intan Baiduri, Tuan Haji Ahmad Fuad bin Haji Ahmad telah memberi ucapan alu-aluan sebagai tuan rumah. Seterusnya, ucapan disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah, Pendidikan Islam JPWPKL Encik Yaakob bin Zakaria dan diakhiri dengan penutupan oleh Timbalan Pengarah Pendidikan PPW Sentul Puan Zainun binti Ahmad.

 

 

  

 

 

 

 

 

 

 

 

Tahniah diucapkan kepada pasukan SK Bangsar dan SMKA Kuala Lumpur kerana telah menjadi johan dalam kategori masing-masing dan seterusnya mewakili WPKL dalam pertandingan peringkat kebangsaan.

Tahniah juga kepada pentadbir dan guru SK Intan Baiduri kerana telah berjaya menjadi tuan rumah yang terbaik. Semoga ianya akan menjadi tanda aras untuk penganjuran masa hadapan. 
PERSEKOLAHAN PADA 15 MEI 2018

Salam Intan Baiduri
Ibu adalah Intan, Bapa adalah Baiduri.

Sukacita dimaklumkan bahawa untuk julung kalinya, esok 15 Mei 2018, SK Intan Baiduri akan menjadi tuanrumah Festival Nasyid Peringkat Akhir Sekolah Rendah & Menengah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2018.

Festival ini akan berlangsung dari 7.30 pagi sehingga 2.00 petang dan dihadiri oleh 16 kumpulan sekolah serta para pegawai dan VVIP dari PPWS dan JPN.

Untuk KELANCARAN majlis, saya MOHON ibu bapa / penjaga yang INGIN menghantar anak ke sekolah esok untuk datang awal serta BEKERJASAMA mengurangkan gangguan lalulintas sepanjang hari esok.

Saya dahului dengan ucapan terima kasih atas kerjasama anda semua dan semoga majlis esok berjalan dengan sempurna serta melonjakkan lagi nama SK Intan Baiduri di dunia pendidikan.

YDP PIBG SK Intan Baiduri
14 Mei 2018
GOTONG ROYONG
MURAL 500 TAPAK TANGAN MURID/GURU/IBUBAPA/ALUMNI

Salam Intan Baiduri
Ibu adalah Intan, Bapa adalah Baiduri.

Memandangkan cuti PRU14 telah dipanjangkan sehingga ke hujung minggu, selepas berbincang dengan KKGK dan DBKL, Gotong Royong Mural 500 Tapak Tangan yang dijadualkan pada hari sabtu, 12/5/2018 telah ditangguhkan ke hari sabtu, 30/6/2018.

Harap maklum.

YDP PIBG SK Intan Baiduri
10/5/2018

Info

Info