Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
PROGRAM PECUTAN AKHIR : DIDIK RAKYAT
ANJURAN BANK RAKYAT DIBAWAH PROGRAM e-KL

14 Julai 2018 - Pada hari ini telah berlangsung Program Pecutan Akhir : Didik Rakyat anjuran Bank Rakyat yang dikendalikan oleh Yayasan Bank Rakyat dan Bank Rakyat cawangan Selayang. Bermula dari pukul 8.00 pagi sehingga 5.00 petang dan diadakan di Auditorium UITM cawangan Selayang, pengajaran dalam matapelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains telah di sampaikan oleh penceramah dari Berita Harian Didik. SK Intan Baiduri telah diperuntukkan sebanyak 50 tempat untuk murid tahun 6 yang akan menghadapi UPSR tahun ini.


 

 

Program Didik Rakyat ini juga merupakan salah satu aktiviti yang telah dirancang untuk sekolah yang menyertai Program e-KL yang dilaksanakan bersama oleh LA21KL dan Yayasan Bank Rakyat. Tahniah diucapkan kepada Cikgu Rohayati binti Ghazali, Penyelaras Kecemerlangan UPSR kerana telah dapat menyediakan murid untuk program tajaan ini. Terima kasih juga kepada Bank Rakyat Cawangan Selayang kerana sentiasa menyokong SK Intan Baiduri sejak 2015 lagi.

Semoga dengan adanya jalinan mesra komuniti ini akan dapat dimanafaatkan oleh sekolah dan murid untuk kecemerlangan masa hadapan.
PERTANDINGAN PETROSAINS RBTX CHALLENGE - ROBO TRACER 2018
KELAYAKAN ZON TENGAH

14 Julai 2018 - Tahniah diucapkan kepada Pasukan Robotik SK Intan Baiduri kerana buat pertama kalinya telah menghantar pasukan untuk menyertai pertandingan robotik. Dari 3 pasukan, 1 pasukan telah melepasi saringan untuk layak menyertai Pusingan Akhir yang akan berlangsung pada 11-12 Ogos 2018 di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam.

Untuk sementara waktu, pasukan ini diletakkan dibawah bimbingan Persatuan STEM SK Intan Baiduri yang terdiri daripada 6 murid tahap 2 dan diselia oleh Cikgu Mayasari @ Idawanie binti Omar serta dibantu oleh Cikgu Mohammad Ikhram bin Aziz.

 

 

 

Semoga dengan langkah pertama ini akan membawa kejayaan pada masa akan datang.
WHATSAPP GROUP :
FRIENDS OF INTAN BAIDURI

Salam Intan Baiduri
Ibu adalah Intan, Bapa adalah Baiduri.

Atas sokongan padu rakan-rakan strategik dari korporat dan ngo sejak 2015 hingga kini, banyak program telah dapat dijayakan oleh PIBG SK Intan Baiduri demi KEMENJADIAN anak-anak Intan Baiduri serta komuniti setempat.

Hasilnya, sejak tahun 2017, PIBG telah menyahut cabaran National STEM Movement dengan menubuhkan Pusat Pembelajaran STEM atau STEM Learning Centre (SLiC@Intan Baiduri). Kini terdapat 2 hab dalam SLiC. Hab pertama adalah Makmal Tenaga Hijau (dengan usahasama BRAINet (M) Sdn Bhd) dan Hab kedua dalam proses persediaan infrastruktur adalah Digital Maker Champion School(dengan usahasama KPM dan MDEC). Hab ini akan menjadi rujukan pada sekolah persekitaran khasnya serta industri pendidikan amnya.

Oleh itu, untuk melancarkan penyebaran informasi mengenai aktiviti STREAM (Science, Technology, Religion, Engineering, Arts, Mathematic) kepada rakan strategik SK Intan Baiduri, maka PIBG telah menyediakan Group Whatsapp 'Friends of Intan Baiduri'.

Maka, dengan rendah dirinya, kami menjemput Tuan / Puan untuk menyertai group ini agar dapat berkongsi informasi dengan lebih efektif serta bersama-sama membantu SK Intan Baiduri, sebuah sekolah harian biasa untuk mencapai impian menjadi peneraju 'Super Science School'.

Sila klik link berikut :
https://chat.whatsapp.com/DzQgfFTrGyHDSng32EifSV

Sekian. Terima kasih.
YDP PIBG SK Intan Baiduri 2018/2019
KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA ZON SENTUL 2018

4 Julai 2018 - Tahniah diucapkan kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Intan Baiduri yang diketuai oleh Cikgu Ezalinda binti Zakaria kerana telah berjaya membawa peserta SK Intan Baiduri untuk beraksi dengan cemerlang dalam Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Zon Sentul 2018. 


Kejayaan yang telah dicapai pada hari ini adalah :

Johan : Folio Kerjaya
Naib Johan : Model Kerjaya - Jurutera Mekatronik
Ketiga : Kuiz Kerjaya
Keenam : Ikon Kerjaya - Pramugara
Melukis Poster Kerjaya : Saguhati
Mewarna Poster Kerjaya : Saguhati

* Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga akan mewakili Zon Sentul ke Pertandingan Peringkat Negeri.
PROGRAM SEHATI SEJIWA KALI KE 2, 2018

30 Jun 2018 - Pada hari ini telah berlangsungnya Program Sehati Sejiwa untuk kali ke 2. Program yang pertama kali disambut pada tahun 2016 telah diadakan semula selepas 2 tahun atas usaha PIBG SK Intan Baiduri dan Kelab Kebajikan Guru & Kakitangan SK Intan Baiduri untuk merapatkan ukhwah antara murid, guru, ibu bapa dan komuniti.

Terdapat 4 acara telah dirangka untuk dijalankan serentak pada hari ini. Namun acara Mural Tapak Tangan Warga SK Intan Baiduri terpaksa ditangguhkan kerana penyelia acara, Cikgu Mohd Saleh bin Din mengalami sakit mata dan terpaksa dikuarantin. Pengacara Majlis pada hari ini adalah Cikgu Mohd Syakir bin Ahmad Sawal dan Cikgu Ezalinda binti Zakaria.

Acara dimulakan pada pukul 9.00 pagi dengan ucapan alu-aluan oleh Yang DiPertua PIBG SK Intan Baiduri, Encik Zaifulsham bin Haji Ahmad Zakaria. Seterusnya murid mempersembahkan tarian dan nyanyian. Ibu Bapa dan Guru juga turut dijemput untuk berkaraoke sama.


 

 

Sambil persembahan berlangsung, para tetamu menjamu selera yang disediakan. Uniknya jamuan ini adalah setiap meja jamuan telah dibahagikan mengikut Tahun iaitu Tahun 1 menyediakan buah-buahan, Tahun 2 menyediakan minuman, Tahun 3 menyediakan Kuih Muih & Kek, Tahun 4 menyediakan makanan ringan manakala Tahun 5 & 6 menyediakan makanan berat. Kesemua meja jamuan ini dikendalikan oleh murid dengan dipantau oleh guru dan ibu bapa.


 

 

 

 

 

Pada penghujung majlis, Yang DiPertua PIBG telah sudi untuk menyampaikan cenderhati penghargaan kepada Cikgu Pra Sekolah, Puan Hasnirawani kerana beliau akan berpindah ke sekolah lain.



Akhir sekali, pengumuman telah dibuat atas keputusan undian yang dijalankan pada hari selasa sebelumnya dimana murid telah mengundi guru dalam 9 kategori Anugerah Guru yang dipertandingkan. Keputusannya adalah :


KEPUTUSAN ANUGERAH GURU 2018
Anjuran PIBG SK Intan Baiduri

Jumlah Keseluruhan Murid ; 485
Jumlah Murid Keluar Mengundi : 415
Peratus Murid Keluar Mengundi : 86%

Guru Paling Tegas - Cikgu Mohd Halimi bin Mat Dalep (53%)
Guru Paling Popular - Ustazah Nur'ain binti Mustafa Kamal (32%)
Staf Paling Popular - Encik Wan Rohaizad bin Wan Zakaria (33%)
Guru Paling Penyayang - Cikgu Ezalinda binti Zakaria (50%)
Senyuman Guru Paling Manis - Cikgu Sh. Intan Baiduri binti Syed Mohd Bakhir (31%)
Guru Paling Comel - Cikgu Mujahadah binti Marzuki (35%)
Guru Paling Ceria - Ustazah Masnita binti Md. Ghouse (34%)
Guru Paling Kreatif - Cikgu Mohammad Ikhram bin Aziz (30%)
Guru Paling Sporting - Cikgu Rebecca Anak Nira (26%)


 

 

 

Terima kasih diucapkan kepada Penggerak Utama jawatankuasa program iaitu Puan Mariam, Puan Salwiah, Puan Norshamsiah, Puan Hawa, Cikgu Rebecca, Cikgu Robiatul, Cikgu Nur'ain, para ajk PIBG, guru dan alumni yang telah membantu secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Semoga kejayaan program ini dapat menjadi pemangkin kepada warga SK Intan Baiduri bahawasanya ukhwah dan permuafakatan perlu sentiasa dipupuk agar SK Intan Baiduri menjadi sekolah contoh dalam institusi pendidikan kebangsaan.

Info

Info