Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT WPKL 2018

24 - 25 Julai 2018 - Selama 2 hari, iaitu pada 24 - 25 Julai 2018 telah berlangsungnya Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat WPKL yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri WPKL di SMK Seri Bintang Selatan.

SK Intan Baiduri turut serta dalam beberapa pertandingan mewakili Zon Sentul atas kemenangan di Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Zon Sentul tempohari. Pertandingan yang disertai adalah Model Kerjaya, Folio Kerjaya dan Kuiz Kerjaya.

Tahniah kepada pasukan SK Intan Baiduri yang diketuai oleh Cikgu Ezalinda binti Zakaria, Guru Bimbingan & Kaunseling kerana telah merangkul :

Johan Model Kerjaya : Jurutera Mekatronik 
Naib Johan Folio Kerjaya

 


Terima kasih juga kepada guru pembimbing, pengiring, ibu bapa dan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Semoga dengan kejayaan ini akan menjadi pemangkin kepada murid SK Intan Baiduri untuk terus cemerlang pada pertandingan peringkat negeri dan mengharum nama sekolah.

Keputusan Penuh :

Pemenang Pertandingan Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya peringkat Negeri JPWPKL

SEKOLAH RENDAH :

Mewarna
1 SJKC Wangsa Maju
2 SJKC Naam Khai Yi
3 SJKC Lee Rubber

Melukis
1 SJKC Sentul
2 SJKC Nam Yin Lee Rubber
3 SJKC Yoke Nam

Model Kerjaya
1 SK Intan Baiduri
2 SK Convent Jln Peel
3 SK Seri Tasik

Ikon Kerjaya
1 SJKT Thamboosamy 
2 SK TTDI 2
3 SK Convent Bukit Nenas

Folio Kerjaya
1 SK La Salle 2 Jinjang 
2 SK Intan Baiduri
3 SK Segambut Makmur

Kuiz Kerjaya
1 SK Jalan Gurney 2
2 SK Wangsa Maju Seksyen 2
3 SK Tmn Seri Rampai

SEKOLAH MENENGAH :

Video Kreatif
1 SMK Bangsar
2 Kolej Vokasional Ert
3 SMK Cheras

Penjelajahan Kerjaya
1 SMK Zon R1 Wangsa Maju
2 SMK Taman Yarl
3 SMK St Mary

Rekabentuk Grafik
1 SMK Tmn Bukit Maluri
2 SMK Convent Bukit Nenas
3 SMK Wangsa Maju

Career Hunter
1 SMK Tmn Connaught
2 SMK Tmn Desa
3 SMK Cheras

 

 
PROGRAM PENCERAPAN PLANET MARIKH
DAN FENOMENA GERHANA BULAN PENUH
PADA 27 Julai 2018








Jangan lupa untuk hadir beramai-ramai untuk 2 ACARA pencerapan pada 1 MALAM.

OBJEKTIF PROGRAM

Memberi kefahaman kepada masyarakat berkaitan Planet Marikh dan fenomena Gerhana Bulan Penuh.

Meningkatkan kesedaran dan minat orang awam terhadap sains dan teknologi angkasa.

Program ini juga mensasarkan untuk mengumpul seramai mungkin penggiat dan peminat Astronomi di seluruh Malaysia amnya dan di sekitar Lembah Klang khususnya bagi bersama-sama melakukan pencerapan bersempena dengan fenomena tersebut

Masuk adalah PERCUMA.


https://www.facebook.com/events/224409484859002/
KARNIVAL GEGARIA "CIKGUKU HEBAT" PERINGKAT WPKL

18 Julai 2018 - Tahniah diucapkan kepada Pasukan Rentak Tari SK Intan Baiduri yang dilatih oleh Cikgu Sh. Intan Baiduri binti Syed Mohd Bakhir serta pengurus pasukan Cikgu Rebecca Anak Nira dan Cikgu Siti Nadiah binti Ahmad kerana telah dipilih oleh Jabatan Pendidikan WPKL untuk membuat persembahan pada Karnival Gegaria "Cikguku Hebat" peringkat WPKL.



Karnival yang diadakan pada 17 - 18 Julai 2018 telah diadakan di SJKC Kepong 2 dimana persembahan tarian tradisional SK Intan Baiduri telah dipersembahkan pada hari kedua.


PIBG SK Intan Baiduri turut juga menyumbangkan dana untuk membeli set kelengkapan baharu yang telah lusuh. Semoga dengan pengalaman ini akan memberi inspirasi kepada murid dan guru untuk terus mengembangkan bakat mereka dengan lebih cemerlang pada masa hadapan.
PERTANDINGAN PIDATO DAN BERCERITA PERINGKAT ZON SENTUL

17 Julai 2018 - Tahniah diucapkan kepada adik Faris Hazmi yang telah memenangi Johan Pidato Zon Sentul serta adik Alif Safwan yang telah berjaya menjadi Johan Bercerita Zon Sentul.

Kedua-duanya akan mewakili Zon Sentul dalam pertandingan peringkat Negeri WPKL yang akan diadakan pada penghujung bulan ini. Semoga mereka terus berjaya di peringkat negeri dan mengharumkan nama SK Intan Baiduri.
PROGRAM PECUTAN AKHIR : DIDIK RAKYAT
ANJURAN BANK RAKYAT DIBAWAH PROGRAM e-KL

14 Julai 2018 - Pada hari ini telah berlangsung Program Pecutan Akhir : Didik Rakyat anjuran Bank Rakyat yang dikendalikan oleh Yayasan Bank Rakyat dan Bank Rakyat cawangan Selayang. Bermula dari pukul 8.00 pagi sehingga 5.00 petang dan diadakan di Auditorium UITM cawangan Selayang, pengajaran dalam matapelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains telah di sampaikan oleh penceramah dari Berita Harian Didik. SK Intan Baiduri telah diperuntukkan sebanyak 50 tempat untuk murid tahun 6 yang akan menghadapi UPSR tahun ini.


 

 

Program Didik Rakyat ini juga merupakan salah satu aktiviti yang telah dirancang untuk sekolah yang menyertai Program e-KL yang dilaksanakan bersama oleh LA21KL dan Yayasan Bank Rakyat. Tahniah diucapkan kepada Cikgu Rohayati binti Ghazali, Penyelaras Kecemerlangan UPSR kerana telah dapat menyediakan murid untuk program tajaan ini. Terima kasih juga kepada Bank Rakyat Cawangan Selayang kerana sentiasa menyokong SK Intan Baiduri sejak 2015 lagi.

Semoga dengan adanya jalinan mesra komuniti ini akan dapat dimanafaatkan oleh sekolah dan murid untuk kecemerlangan masa hadapan.

Info

Info