Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
MAJLIS RAMAH MESRA
KUMPULAN PENGGERAK IBU BAPA & KOMUNITI
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

27 Julai 2018 - Pada malam ini telah berlangsungnya Majlis Ramah Mesra Kumpulan Penggerak Ibu Bapa & Komuniti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Majlis yang diadakan di SK Wangsa Jaya telah bermula pada pukul 8.30 malam adalah anjuran Kumpulan Penggerak Ibu Bapa & Komuniti Kebangsaan dan Kumpulan Penggerak Ibu Bapa & Komuniti Negeri dengan tujuan untuk merapatkan ukhwah serta memperbincangkan mengenai halatuju kumpulan penggerak tersebut.


 

  

  

Turut hadir adalah Timbalan Pengarah Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar / Pudu, Tuan Haji Ismail bin Musa merangkap pemangku Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Timbalan Pengarah Pejabat Pendidikan Wilayah Keramat, Puan Hajah Asiah binti Haji Husin serta Ketua Sektor dan pegawai JPWPKL dan PPW.

Yang Dipertua PIBG SK Intan Baiduri, Encik Zaifulsham bin Hj Ahmad Zakaria turut hadir sebagai ahli Kumpulan Penggerak Ibu Bapa & Komuniti Kebangsaan.

Semoga dengan perjumpaan ini menjadi langkah pertama dalam menggerakkan kumpulan ibu bapa & komuniti WPKL agar lebih cemerlang untuk Kemenjadian Anak-Anak jua.  
MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERJANJIAN 
ANTARA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
DENGAN BRAINet (M) SDN BHD & SK INNOVATION SDN BHD
(JUNIOR STEM DISCOVERY for kids aged 7 - 12 years old)

27 Julai 2018 - Pada pagi ini telah diadakan Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian antara Universiti Kebangsaan Malaysia dengan BRAINet (M) Sdn Bhd & SK Innovation Sdn Bhd. Majlis telah diadakan di Bilik Mesyuarat Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina Universiti Kebangsaan Malaysia. Yang DiPertua PIBG SK Intan Baiduri, Encik Zaifulsham bin Haji Ahmad Zakaria turut hadir sebagai jemputan daripada rakan strategik PIBG iaitu BRAINet (M) Sdn Bhd.

MOA pada hari ini ditandatangani oleh Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Penyelidikan & Inovasi, UKM, Ybhg. Prof. Dr. Hj. Mohd Ekhwan Hj. Toriman, Pengurus Besar BRAINet (M) Sdn Bhd, Encik Chan Chon How dan Pengarah Protokol dan Reka Bentuk SK Innovation Sdn Bhd, Cik Nor Shahirah Shaik Amir.

 

 

 

Usahasama ini adalah bertujuan untuk menghasilkan modul pengajaran dan pembelajaran informal STEM selaras keperluan pendidikan abad ke 21.

Usahasama ini juga akan memberi perhatian dalam mewujudkan pusat-pusat pengajaran STEM dalam pelbagai bentuk yang sesuai dengan keperluan masyarakat. Ianya turut berfokus dalam melatih sekumpulan graduan dalam penghasilan modul pengajaran STEM interdisiplin dengan menggunakan intervensi kejuruteraan. Graduan yang terlibat diperkasa kemahiran khusus dalam reka bentuk grafik, penulisan kandungan modul dan kemahiran penghasilan model STEM berasaskan ilmu kejuruteraan.

Semoga dengan adanya pengawasan kualiti daripada Program Pemerkasaan Kompetensi Akademik Siswa (PKAS), FKAB UKM akan meyakinkan ibu bapa akan kepentingan mendedahkan anak-anak kecil mereka pada modul seumpama ini agar dapat memangkinkan minat mereka dalam bidang STEM.
MAJLIS PERSARAAN CIKGU ZALIHA BINTI OTHMAN

27 Julai 2018 - Pada hari ini, pihak sekolah SK Intan Baiduri telah mengadakan Sambutan Majlis Persaraan Cikgu Zaliha Binti Othman dengan penuh gemilang. Majlis ini dijalankan awal kerana beliau akan mengerjakan ibadah haji pada tahun ini dan hari ini adalah hari terakhir beliau akan berada di sekolah sebelum beliau terus bersara selepas menunaikan haji.

Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebanyak 3 kali ( 2000, 2005 dan 2017), beliau yang telah berkhidmat selama 13 tahun di SK Intan Baiduri sejak tahun 2005, telah diraikan mulai 8.30 pagi dengan pelbagai aktiviti yang telah disusun untuk menghargai pengorbanan beliau selama ini dalam menyumbang tenaga mendidik anak-anak SK Intan Baiduri untuk cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi.

Sambutan berakhir pada pukul 12 tengahari dengan majlis 'Clock Out' bagi kali terakhir. PIBG SK Intan Baiduri melalui wakil Puan Norshamsiah binti Shamsuddin turut menyampaikan sumbangan penghargaan berbentuk plak dan hadiah.

Semoga beliau selamat bersara dan dapat menyempurnakan ibadah haji yang mabrur.


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

JOM MAKAN BUAH @ SK INTAN BAIDURI 2018

25 Julai 2018 - Mengambil kesempatan akan lambakan buah-buahan yang murah di pasaran sekarang, PIBG SK Intan Baiduri telah mengadakan Jamuan Buah Durian dan Rambutan untuk Guru dan AJK PIBG  mulai pukul 12.30 tengahari. Jamuan ini juga adalah sebagai penghargaan kepada mereka yang telah membantu dan menyokong PIBG dalam usaha memangkinkan kecemerlangan SK Intan Baiduri.

PIBG SK Intan Baiduri juga telah mengambil kesempatan untuk membuat jualan buahan iaitu Durian, Manggis, Rambutan dan Petai kepada warga SK Intan Baiduri. Buah-buahan yang segar dan terus dari ladang Jeli, Kelantan telah mendapat sambutan yang menggalakkan dimana lebih daripada 500 kg buah-buahan telah terjual.

Semoga dengan program yang julung kali diadakan, dapat menggalakkan warga SK Intan Baiduri untuk mengamalkan memakan buah-buahan tempatan yang mempunyai nutrisi tinggi.

        
 
 


        

 

Info

Info