Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 2018

2 November 2018 - Pada hari ini telah berlangsung dengan meriahnya sambutan Hari Kanak-Kanak peringkat Sekolah SK Intan Baiduri 2018.  Tahun ini, penganjur telah menetapkan tema adalah 'Adiwira'. Maka warga SK Intan Baiduri telah digalakkan untuk memakai pakaian adiwira mereka. Turut hadir dalam program ini adalah Guru Besar SK Intan Baiduri, Tuan Haji Ahmad Fuad bin Haji Ahmad dan Yang DiPertua PIBG SK Intan Baiduri, Encik Zaifulsham bin Haji Ahmad Zakaria.


 

Majlis telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ketua Pengawas SK Intan Baiduri, adik Muhammad Alif Safwan bin Azlan dan diikuti dengan ucapan perasmian oleh Guru Besar SK Intan Baiduri, Tuan Haji Ahmad Fuad bin Haji Ahmad. 

 

 Untuk merancakkan permulaan sambutan, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) telah sudi hadir untuk mengadakan persembahan boneka para pelajar ASWARA dari Fakulti Teater yang bertajuk 'Boboiboy : Misteri Kalung Hilang'. Seterusnya sambutan diserikan dengan persembahan dan pertandingan oleh murid dan guru SK Intan Baiduri iaitu Persembahan Tarian dari Kumpulan Simfoni Rentak Tari, Persembahan Tarian oleh murid pra sekolah, Pertandingan Nyanyian oleh 8 murid tahap 2, Persembahan Dikir Barat oleh murid tahun 6, Pertunjukan Fesyen Pakaian Adiwira oleh guru dan murid.


 

 

 

Penyampaian hadiah kepada semua pemenang telah disampaikan oleh Tuan Haji Ahmad Fuad bin Haji Ahmad yang diiringi oleh Encik Zaifulsham bin Haji Ahmad Zakaria. Tahniah juga diucapkan kepada Adik Faris Hazmi bin Khalid dan Nur Afrina Batrisyia binti Rizal Alhady kerana telah dinobatkan sebagai Tokoh Kanak-Kanak SK Intan Baiduri bagi tahun 2018.

 
LAWATAN TAHUNAN SAMBIL BELAJAR 2018 :
MENEROKA LANGKAWI

26 - 28 Oktober 2018 - Pada tahun ini, Langkawi telah menjadi lokasi pilihan untuk dibuat lawatan oleh murid tahun 6 yang turut diiringi oleh warga SK Intan Baiduri. Rombongan telah bertolak dari sekolah pada 26 Oktober 2018 pukul 9 malam dan tiba di Kuala Perlis pada keesokan paginya untuk menaiki feri. Turut hadir memberi sokongan adalah Guru Besar SK Intan Baiduri, Tuan Haji Ahmad Fuad bin Haji Ahmad dan Yang DiPertua PIBG SK Intan Baiduri, Encik Zaifulsham bin Haji Ahmad Zakaria.


 

 

 

 

 

 

 

 

 

Di Langkawi, pelbagai aktiviti telah disusun atur seperti melawat Kilim Geopark, menaiki Kereta Kabel Langkawi dan sebagainya. Diharap lawatan sebegini akan membuka mata pada murid akan kehidupan luar daripada zon kesenangan mereka. Semoga para peserta dapat menambah ilmu dan meningkatkan skil 'membawa diri' mereka dalam masyarakat luar. 

Tahniah juga diucapkan kepada cikgu Mohammad Ikhram bin Aziz dan Cikgu Mohd Halimi bin Mat Dalep atas kejayaan melaksanakan lawatan ini.
KONVENSYEN PIBK PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2018

24 - 26 Oktober 2018 - Buat julung kalinya, Konvensyen Pelibatan Ibu Bapa & Komuniti Peringkat Kebangsaan Tahun 2018 telah diadakan selama 3 hari 2 malam di Institut Aminuddin Baki, Enstek, Negeri Sembilan. Konvensyen ini telah dianjurkan oleh Kumpulan Penggerak Ibu Bapa Komuniti Kebangsaan (KPIBKK) bersama Kementerian Pendidikan Malaysia. Konvensyen telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Dr Mohd Gazali bin Abas, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia.


Seramai 250 orang peserta yang terdiri daripada pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, Pengetua & Guru Besar serta Kumpulan Penggerak Ibu Bapa Komuniti Kebangsaan, Kumpulan Penggerak Ibu Bapa Komuniti Negeri dan Persatuan Ibu Bapa & Guru seluruh Malaysia telah hadir. 

Turut hadir adalah Guru Besar SK Intan Baiduri, Tuan Haji Ahmad Fuad bin Haji Ahmad selaku ahli Kumpulan Penggerak Ibu Bapa Komuniti Negeri WPKL dan Yang DiPertua PIBG SK Intan Baiduri, Encik Zaifulsham bin Haji Ahmad Zakaria selaku ahli Kumpulan Penggerak Ibu Bapa Komuniti Kebangsaan dan pembentang sesi. Kedua-duanya juga turut menjadi ahli jawatankuasa pelaksana Konvensyen.

 


 

 

 

Semoga dengan kehadiran kedua-dua orang kuat SK Intan Baiduri ini dapat membawa manafaat baharu kepada sekolah untuk terus melonjak sebagai Pemangkin Kemenjadian Murid SK Intan Baiduri.
TAHNIAH ADIK ALIF SAFWAN KERANA
MENJADI JOHAN BERCERITA TAHAP 2
DI KARNIVAL BAHASA MELAYU
PERINGKAT KEBANGSAAN 2018

28 Oktober 2018 - Tahniah diucapkan kepada adik Muhammad Alif Safwan bin Azlan kerana telah mengharumkan nama SK Intan Baiduri setelah menjadi Johan Bercerita Tahap 2 di Karnival Bahasa Melayu Peringkat Kebangsaan 2018 yang berlangsung di MH Ipoh Tower Hotel pada 26 - 28 Oktober 2018.

 

 


Tahniah juga kepada cikgu Rohayati binti Ghazali yang merupakan Ketua Panitia Bahasa Melayu kerana telah berjaya membimbing adik Alif Safwan sehingga mencapai kejayaan pada peringkat kebangsaan. Semoga dengan kejayaan ini akan memberi semangat, bukan sahaja pada adik Alif Safwan sendiri, bahkan kepada warga SK Intan Baiduri untuk terus berusaha mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.
TEATER MUZIKAL KANAK-KANAK
SEMUT DENGAN BERLIAN


Dijemput semua untuk turut sama memberi sokongan kepada adik Anbu Seran a/l Vijaya Shankar yang telah terpilih untuk menjadi salah seorang pelakon teater muzikal kanak-kanak 'Semut dengan Berlian'.

Semoga bakat beliau yang telah dicungkil sehingga peringkat negeri ini dapat digilap dan diperkembangkan pada peringkat yang lebih tinggi lagi.

Info

Info