Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
SKIB, 27 Januari 2016 - Antara tanggungjawab PIBG adalah untuk membantu pihak sekolah dalam memastikan keselamatan murid-murid dalam kawasan sekolah.

Sebagai permulaan untuk tahun 2016, dengan bantuan ahli PIBG, En Zaini, PIBG telah membaiki pagar menurun antara kantin dengan dewan, yang telah longgar dan tidak terikat pada dasarnya serta amat membahayakan kepada murid akibat karat.


Pemerhatian juga telah dibuat pada pagar tangga laluan blok ke setiap tingkat dimana 11 point telah dipastikan berkarat yang membahayakan kepada murid dan pembaikian turut juga dilaksanakan.


Insyaallah, PIBG bersama pihak sekolah akan sentiasa memantau keselamatan persekitaran sekolah.
SKIB, 23 Januari 2016 - Pada hari ini, sempena Hari Wilayah Persekutuan yang akan diadakan pada 1 Februari 2016, pihak PIBG telah mengambil inisiatif memasang 32 helai bendera Wilayah Persekutuan di persekitaran hadapan sekolah untuk menyemarakkan semangat patriotik murid serta menggalakkan mereka untuk memahami erti Hari Wilayah itu.




Pemasangan itu juga telah mendapat bantuan dari Alumni SKIB 2013, saudara Aiman Zaifulsham yang kini sedang belajar di SMK Agama KL.

Nota : 12 helai bendera Wilayah Persekutuan (bersaiz 2 X 4) telah disumbangkan oleh DBKL Cawangan Batu.

Panggilan Majlis Permuafakatan Guru dan Ibu Bapa Tahun Enam


Panggilan Mesyuarat Agung PIBG SKIB ke 14



Bandar Baru Selayang, 14hb Januari 2016 - Satu Majlis Perpisahan Guru-Guru telah dianjurkan oleh Badan Kebajikan Guru SKIB untuk meraikan 4 guru yang telah berpindah ke sekolah lain iaitu   Cikgu Ekhwanul Bin Tajudin ke SK Sentul 1, Cikgu Noridayu Bt Shariff ke SK St Mary, Cikgu Rujhan Bin Mohd Noor ke SK TTDI 1 dan Cikgu Siti Habsah Bt Maidin ke SK La Salle Jinjang 1.


Majlis pada pukul 2.30 petang di Restoran Maharaja Steambot itu telah dimulakan dengan jamuan makan tengahari. Selepas seketika, pengacara majlis menjemput keempat-empat guru untuk memberi ucapan perpisahan.


Majlis diakhiri dengan pemberian cendermata dari pihak Guru-Guru, PIBG serta Restoran Maharaja Steambot kepada keempat-empat guru tersebut sebagai tanda penghargaan atas khidmat yang telah diberikan. PIBG mendoakan mereka sukses dalam persekitaran baru ini.


 

Fotografi Oleh Cikgu Adeline Cheng

Info

Info