Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
JEMPUTAN MENGHADIRI MAJLIS BACAAN YASIN, TAHLIL, SOLAT HAJAT, DOA SELAMAT DAN CERAMAH SEMPENA PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR TAHUN 2017

11 Mei 2017 - Pada hari ini, mulai pukul 6.00 petang sehingga 11.00 malam, bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah berlangsung program agama sempena Perayaan Hari Guru Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

PIBG SK Intan Baiduri telah menghantar dua orang wakil iaitu Naib Yang Di Pertua, En Azamudin Bin Zainudin serta Ajk Ibu Bapa, En Mohd Latif Bin Ibrahim.

Semoga guru-guru SK Intan Baiduri sentiasa diberi barakah mendidik anak-anak SK Intan Baiduri dalam mencapai kecemerlangan dari segi Kemenjadian Diri. Amin.


 

KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT SEKOLAH RENDAH WILAYAH SENTUL

8 - 9 Mei 2017 - TAHNIAH diucapkan kepada Guru Bimbingan & Kaunseling, Pn Ezalinda Binti Zakaria kerana telah membawa pasukan sekolah untuk mendapat beberapa kejayaan dalam Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Sekolah Rendah Wilayah Sentul :
  1. Kuiz Kerjaya - Juara. Muhamad Anaqi Qarin Bin M. Yusri
  2. Folio Kerjaya - Tempat Ketiga. Faris Hazmi Bin Khalid, Nur Sorhana Sharmimi Binti Yusof, Nor Athirah Izzati Binti Muhammad Edham dan Zulaikha Insyirah Binti Zolkarnain.
  3. Ikon Kerjaya - Tempat Keempat. Muhamad Darris Adam Bin Kamarol Affandi.
Nota : Pemenang tempat 1 - 5 layak mewakili Sentul ke Peringkat Negeri.

TAHNIAH juga kepada anak-anak yang telah berusaha :

Model Kerjaya - Tempat ke 6. Muhammad Alif Safwan Bin Azlan, Muhammad Nabil Hirzan Bin Mohd Azwadi dan Muhammad Aiman Nor Bin Zainuddin.

Melukis - Nuraina Jasmine Muhammad Alif Ho Soo Aun.

Mewarna - Nur Adrieana Qaseyh Al Hafeez Binti Abdullah.


 

  

  

 

 

Semoga dengan sumbangan dana yang telah diberikan oleh PIBG dapat meniup semangat kepada pasukan sekolah untuk lebih cemerlang di pertandingan Peringkat Negeri.

TERIMA KASIH juga diucapkan kepada :
  1. Guru Pengiring ke Karnival : GPK HEM, Pn Sakinah Binti Awang @ Umar dan Cik Nur Hashimah Binti Muhd Hashim.
  2. Guru Pembimbing yang membantu melatih murid : Pn Sharifah Intan Baiduri Binti Syed Mohd Bakhir, Pn Rohayati Binti Ghazali, Pn Mayasari @ Idawanie Binti Omar, Pn Rohana Binti Idris, Pn Rashidah Binti Abdul Malik, Pn Siti Nurul Elmy Binti Mazelan Shuhairi, Cik Nurfarah Hanim Binti Dollah, Pn Nuor Balqis Binti Rauli @ Ramli dan En Wan Rohaizad Bin Wan Zakaria.
  3. Ibu-ibu yang turut membantu secara sukarelawan : Pn Asmah Norazeeah Binti Razali dan Pn Siti Shuhaila Binti Shariff.
 

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KALI KE 15

7 Mei 2017 - TAHNIAH diucapkan kepada SK Intan Baiduri terutama kepada Unit Kokurikulum yang diketuai oleh GPK Kokurikulum, Pn Kasmah Binti Ismail kerana telah berjaya melaksanakan Kejohanan Balapan dan Padang Kali ke 15 pagi ini.

Seperti kebiasaannya, PIBG SK Intan Baiduri membantu dalam menyumbangkan makan-minum murid, hiasan rumah sukan, khemah sukan serta perbelanjaan rencam agar program dapat berjalan dengan meriah. Untuk tahun ini, jualan kad Hari Guru dan Aiskrim Dulu-dulu telah dibuat oleh ajk PIBG sendiri untuk memberi kesedaran awal akan ketibaan Hari Guru pada 16 Mei ini serta keuntungan penjualan aiskrim juga disalurkan kembali kepada petugas-petugas kejohanan dengan penajaan aiskrim secara percuma. 


 

Kejohanan dimulakan dengan Perbarisan Masuk Lintas Hormat oleh Keempat-empat Rumah Sukan dan diikuti dengan Bacaan Ikrar Kejohanan. Kemudian Tn Hj Ahmad Fuad Bin Ahmad, Guru Besar SK Intan Baiduri telah memberi Ucapan Alu-aluan dan diakhiri dengan Ucapan Perasmian oleh En Wan Mohammad Hafizu Bin Wan Abdullah, Penolong Pegawai Pendidikan, Unit Pengurusan Akademik, Pejabat Pendidikan Wilayah Sentul yang juga merangkap Pegawai Angkat Sekolah.

Tahniah diucapkan kepada Rumah Sukan Delima (Merah) kerana telah memenangi 3 pertandingan iaitu Kawad Terbaik, Persembahan Terbaik dan Hiasan Rumah Sukan Terbaik.



Tahniah diucapkan kepada Rumah Sukan Nilam (Biru) kerana telah memenangi Juara Keseluruhan.


 


Terima kasih juga diucapkan kepada Ibu Bapa dan Alumni yang telah memberi sokongan menjadi sukarelawan dan menyertai pertandingan yang disediakan.


     

 

  

   

  

 

 

 


SUKAN CERGAS RIA SK INTAN BAIDURI 2017

5 Mei 2017 - Pada pagi ini telah berlangsung Sukan Cergas Ria SK Intan Baiduri 2017 untuk murid pra, tahun 1, tahun 2 dan tahun 3. Program yang dianjurkan oleh Unit Kokurikulum ini telah diadakan di Dataran SK Intan Baiduri dengan penyertaan hampir 50 murid pra dan 250 murid tahap 1.

Aturcara dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Yang Di Pertua PIBG SK Intan Baiduri, Encik Zaifulsham Bin Hj Ahmad Zakaria dan seterusnya dimulakan dengan acara sukan pra.

Penyampaian hadiah kepada semua pemenang telah disampaikan oleh Encik Zaifulsham Bin Hj Ahmad Zakaria serta GPK Tadbir & Kurikulum, Pn Norizan Binti Mahmud. Turut hadir adalah GPK Kokurikulum, Pn Kasmah Binti Ismail dan GPK Hal Ehwal Murid, Pn Sakinah Binti Awang @ Umar.

Tahniah diucapkan kepada Guru-Guru SK Intan Baiduri kerana telah berjaya melaksanakan program ini dengan lancarnya.Terima kasih juga kepada Gardenia dan Nestle kerana telah menaja roti dan milo kepada kesemua murid yang hadir.

 

 

 

 

 

Info

Info