Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
SOKONGAN KOMUNITI : KUNJUNGAN UNIT PENERBITAN
PROGRAM CHIKI BOOM RTM

25 Ogos 2017 - Pada pukul 11.00 pagi, SK Intan Baiduri telah mendapat kunjungan dari Unit Penerbitan Program Chiki Boom RTM. Tujuan kunjungan adalah untuk mengenali lebih dekat SK Intan Baiduri serta mengadakan perbincangan bentuk program yang boleh diadakan di sekolah.

Turut hadir dalam perbincangan melebihi satu jam itu adalah penyelaras kunjungan Cikgu Mohd Azwadi Bin Maktar, Guru Besar Tn Hj Ahmad Fuad Bin Ahmad, YDP PIBG En Zaifulsham Bin Hj Ahmad Zakaria, KPBI Cikgu Sh. Intan Baiduri Binti Syed Mohd Bakhir dan Guru Pusat Sumber Cikgu Haliza Binti Muhamat Dawam.

Semoga ukhwah permulaan atas kunjungan ini dapat dijadikan rantaian berterusan kerjasama PIBK pada masa hadapan.


 

 



MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN SK INTAN BAIDURI 2017

25 Ogos 2017 - Hari ini merupakan hari terakhir sebelum cuti persekolahan bermula. Maka satu Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan SK Intan Baiduri telah diadakan pada sesi pagi.

 

Turut hadir adalah YDP PIBG, En Zaifulsham Bin Hj Ahmad Zakaria yang dijemput untuk menyempurnakan Majlis Pelancaran. PIBG SK Intan Baiduri turut juga memperuntukkan sumbangan sebanyak RM 200 untuk melancarkan lagi majlis ini.

 

 

 

 

 
 
 

Semoga dengan usaha pihak sekolah dalam menanam semangat cintakan negara dikalangan murid-murid dapat memberi manafaat kepada murid-murid khususnya serta sekolah amnya dalam melahirkan warganegara yang mengamalkan prinsip Rukunegara.
MINI KARNIVAL PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK PIBK WPKL 2017

24 Ogos 2017 - Buat julung kalinya, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) telah menganjurkan Mini Karnival Perkongsian Amalan Terbaik PIBK WPKL 2017 di Auditorium Tan Sri Abdul Rafie JPWPKL.



SK Intan Baiduri telah diberi penghormatan untuk turut membuat pameran akan amalan PIBK di sekolah. Ini juga merupakan pertama kali bagi PIBG SK Intan Baiduri untuk mengadakan pameran luar sekolah. Pasukan pameran yang diketuai oleh Guru Besar, Tn Hj Ahmad Fuad Bin Hj Ahmad dan YDP PIBG, En Zaifulsham Bin Hj Ahmad Zakaria, turut terdiri daripada GPK HEM Pn Sakinah Binti Awang @ Umar, Penyelaras Sarana Pn Norazwa Binti Mohamad Hanif, Unit Bimbingan & Kaunseling Pn Ezalinda Binti Zakaria serta rakan komuniti BRAINet (M) Sdn Bhd.




 

 

 

Secara keseluruhannya, objektif sekolah untuk mempamerkan Pelibatan Ibu Bapa & Komuniti (PIBK) telah tercapai. Lebih-lebih lagi dengan penyertaan aktif rakan komuniti BRAINet dalam mempersembahkan amalan STEM yang akan diterapkan di SK Intan Baiduri. Fokus terhadap STEM ini adalah bertepatan kerana tapak pameran SK Intan Baiduri telah mendapat banyak pertanyaan dan pengumpulan maklumat dari guru-guru serta murid-murid yang hadir.

 

 

Tapak Pameran SK Intan Baiduri turut juga dilawati oleh Pengarah JPWPKL yang baharu iaitu Pn Rusni Binti Ab. Jalil serta pegawainya samada peringkat negeri mahupun zon. 

Semoga sokongan yang telah diberikan oleh Puan Pengarah atas usaha PIBG dan pentadbir SK Intan Baiduri mendokong S.T.R.E.A.M. akan menjadi perintis kepada mana-mana sekolah untuk mengambil SK Intan Baiduri sebagai sekolah rujukan.


PROGRAM MOTIVASI PECUTAN AKHIR UPSR 2017

22 Ogos 2017 - Dengan semakin dekatnya tarikh peperiksaan UPSR 2017, sudah tentu murid-murid tahun 6 akan semakin tertekan untuk memastikan persediaan adalah selengkap yang mungkin. Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Intan Baiduri juga turut membantu dengan menganjurkan Program Motivasi Pecutan Akhir UPSR 2017 agar murid-murid ini dapat ditanamkan semangat untuk menghadapi detik-detik terakhir.

PIBG SK Intan Baiduri telah sudi untuk menaja Motivator daripada Kem Wirajaya Forest Resort. Pemilihan motivator ini dibuat oleh kerana telah ada pertalian ukhwah antara motivator dan murid yang telah diterap pada waktu Kem Unit Beruniform Lestari Alam bulan lepas, 

Semoga program ini dapat memberi keyakinan dan semangat kepada setiap murid tahun 6 untuk menghadapi peperiksaan UPSR dengan usaha terbaik dan mendapat keputusan yang cemerlang.

 

MAJLIS PERPISAHAN GURU : CIKGU KHUZAIRI DAN CIKGU KHAIRUL BARIAH

18 Ogos 2017 - Pada hari ini telah berlangsung Majlis Perpisahan untuk Cikgu Khuzairi dan Cikgu Khairul Bariah di Restoran Bandar Baru Selayang, anjuran Kelab Kebajikan Guru & Kakitangan SK Intan Baiduri.

PIBG SK Intan Baiduri diwakili oleh NYDP PIBG, En Azamudin Bin Zainudin turut menyampaikan cenderhati penghargaan PIBG kepada kedua-dua guru atas sumbangan mereka kepada sekolah sepanjang perkhidmatan mereka di SK Intan Baiduri.

Cikgu Khuzairi telah berpindah ke SK Seri Kepong manakala Cikgu Khairul Bariah telah berpindah ke SK Bukit Maluri.

 

Info

Info