Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
JAMUAN MAKAN MALAM TAHUNAN TAHUN 6

22 November 2017 - Pada malam ini, mulai pukul 8.30 malam telah diadakan Jamuan Makan Malam Tahunan Tahun 6 di Dewan Seri Baiduri, SK Intan Baiduri. Jamuan tahunan ini diadakan untuk meraikan anak-anak tahun 6 yang telah tamat pengajiannya di SK Intan Baiduri serta majlis bersantai bersama guru-guru tahun 6 dan para pentadbir sekolah.


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Majlis turut dihadiri oleh Yang DiPertua PIBG SK Intan Baiduri, Encik Zaifulsham Bin Haji Ahmad Zakaria, ahli jawatankuasa PIBG serta para ibu bapa murid tahun 6. Beberapa aktiviti dan pertandingan juga telah diadakan untuk memeriahkan suasana majlis.

Semoga usaha mengadakan majlis ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara murid, guru dan pentadbir sekolah. Diharapkan anak-anak ini membawa ingatan terindah semasa di sekolah dan tidak lupa untuk berbakti pada sekolah setelah berjaya dalam kehidupan masing-masing pada masa hadapan.
KONGRES KEBANGSAAN STEM
ANJURAN MAJLIS PROFESOR NEGARA

21 - 22 November 2017 - Pada hari ini telah berlangsungnya Kongres Kebangsaan STEM 2017 yang dianjurkan oleh kluster Sains dan Matematik di bawah Majlis Profesor Negara. Bertempat di Holiday Inn Kuala Lumpur, Glenmarie Shah Alam, ianya mengumpulkan para pemegang taruh daripada Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi serta rakan-rakan korporat.



SK Intan Baiduri telah diberi pengiktirafan oleh JPWPKL dengan menjemput Guru Besar SK Intan Baiduri, Tuan Haji Ahmad Fuad Bin Haji Ahmad dan Yang DiPertua PIBG SK Intan Baiduri, Encik Zaifulsham Bin Haji Ahmad Zakaria untuk menyertai rombongan seramai 28 peserta (26 peserta jabatan / sekolah manakala 2 peserta PIBG) yang mewakili JPWPKL dalam menghadiri kongres tersebut.


  

Perjumpaan bersama Prof. Dato' Dr Noraini Binti Idris, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) Universiti Pendidikan Sultan Idris merangkap Pengerusi National STEM Movement. Yang DiPertua PIBG SK Intan Baiduri, Encik Zaifulsham Bin Haji Ahmad Zakaria telah menyampaikan cendermata atas jasa National STEM Movement yang telah banyak membantu SK Intan Baiduri dalam memperkenalkan sains di sekolah sejak 2016 lagi. Penyampaian cendermata ini dibuat sempena Majlis Penghargaan Rakan Komuniti dalam program Sambutan Hari Sains Sedunia di SK Intan Baiduri pada 17 November 2017 dimana Prof tidak dapat hadiri atas pertindihan program lain.

Kongres yang bertemakan Ke Arah Memartabatkan Kerjaya dan Peluang Pekerjaan Dalam Bidang Sains dan Teknologi telah dirasmikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.



Semoga dengan pengiktirafan yang diberikan oleh JPWPKL akan menaikkan lagi nama SK Intan Baiduri sebagai hab pembelajaran abad ke 21.

HARI ANUGERAH CEMERLANG

22 November 2017 - Pada hari ini telah berlangsung Majlis Hari Anugerah Cemerlang 2017 di Dewan Seri Baiduri, SK Intan Baiduri. Majlis tahunan ini adalah untuk meraikan murid-murid yang telah bertungkus lumus sepanjang tahun 2017 ini untuk mendapat keputusan yang cemerlang dari segi akademik dan kokurikulum.

Majlis ini dirasmikan oleh Yang DiPertua PIBG SK Intan Baiduri, Encik Zaifulsham Bin Hj Ahmad Zakaria. Turut hadir adalah Guru Besar SK Intan Baiduri, Tuan Hj Ahmad Fuad Bin Hj Ahmad serta Guru-Guru Penolong Kanan, Guru-Guru dan para ibu bapa.


 

 

 

 

  

 

 

Berikut adalah senarai Tokoh SK Intan Baiduri bagi tahun 2017 :

Tokoh Murid
Mohamad Anaqi Qarin Bin M. Yusri
Alia' Nursyafiqah Binti Amin Nordin

Tokoh Kokurikulum
Armi Danish Muqriz Bin Rozaimi
Qanisha Izmeen Ammar Binti Mohd Latif

Tokoh Nilam
Muhammad Alif Safwan Bin Azlan


Tahniah diucapkan kepada anak-anak SK Intan Baiduri atas kejayaan masing-masing.

PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA PERINGKAT NEGERI

21 November 2017 - Pada hari ini telah berlangsung Pertandingan Bicara Berirama Peringkat Negeri yang diadakan di Kolej YPC, Kuala Lumpur. Walaupun baru pertama kali menyertai pertandingan seumpama ini, tahniah kepada Kumpulan Harmoni Seirama SK Intan Baiduri kerana telah mendapat tempat keempat.

 

 

 

Kumpulan ini telah dilatih oleh Puan Sh. Intan Baiduri Binti Syed Mohd Bakhir dan Encik Mohammad Ikram Bin Aziz. Mereka dibantu oleh Pengurus Kumpulan, Puan Rebecca Anak Nira dan Cik Ida Ayuni Binti Md Zani.

Semoga usaha guru-guru dan anak-anak ini mencuba aktiviti yang baru dapat diteruskan untuk tahun-tahun yang akan datang. 
BENGKEL TENAGA HIJAU SEMPENA HARI SAINS SEDUNIA

17 November 2017 - Walaupun penat lelah mengadakan sambutan Majlis Penghargaan Rakan Komuniti dan Majlis Pelancaran Makmal Tenaga Hijau pada waktu pagi masih belum hilang, aktiviti pertama Makmal Tenaga Hijau  telah diadakan juga pada waktu petang.

Seramai 18 orang murid serta seorang Guru Pengiring dari SK St Mary telah datang untuk menghadiri bengkel secara percuma. Penyelaras bengkel diketuai oleh Encik Alwin Lai dari BRAINet (M) Sdn Bhd dan dibantu oleh 5 orang murid Briged STREAM SK Intan Baiduri yang memakai baju makmal.

 

 

 

Semoga dengan usaha ini, anak-anak SK Intan Baiduri akan lebih berkeyakinan untuk maju ke hadapan dan berupaya untuk menonjolkan diri dimana guru-guru akan hanya bertindak sebagai fasilitator, selaras dengan ciri pembelajaran abad ke 21.

Info

Info