Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
BENGKEL e-KL : TRAIN OF TRAINERS PORTAL ILEARN SASBADI

8 Mac 2018 - Pada tahun ini, SK Intan Baiduri telah sekali lagi dijemput untuk menyertai Program e-KL di bawah anjuran bersama Local Agenda 21 KL dan Yayasan Bank Rakyat. Penyertaan untuk tahun ke 4 ini, seperti tahun-tahun yang lepas, merangkumi program sepanjang tahun yang menumpukan persiapan murid tahun 6 menghadapi peperiksaan UPSR serta pembelajaran STEM.

Bengkel TOT Portal iLearn yang diadakan pada hari ini merupakan bengkel khas untuk guru-guru dari sekolah yang terlibat untuk mempelajari selok belok penggunaan portal iLearn sebelum akaun portal sebanyak 30 id diberikan kepada murid setiap sekolah. SK Intan Baiduri telah diwakili oleh Cikgu Rohayati Binti Ghazali, Guru Penyelaras Kecemerlangan UPSR dan Cikgu Mayasari @Idawanie Binti Omar, Ketua Panitia Sains.

Semoga dengan usaha PIBG SK Intan Baiduri ini, dapat membantu persiapan murid tahun 6 dalam menghadapi peperiksaan UPSR bagi tahun 2018 serta mempelbagaikan strategi guru dalam menyampaikan corak pembelajaran dan pengajaran dengan lebih berkesan.

 

 

PERJUMPAAN IBU BAPA MURID TAHUN 6
YANG TERPILIH UNTUK PROGRAM JUARA

7 Mac 2018 - Perjumpaan pertama 13 ibu bapa murid tahun 6 terpilih untuk Program Juara telah diadakan hari ini, pada pukul 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat SK Intan Baiduri. Pemilihan dibuat atas keputusan Ujian Diagnostik yang diadakan pada bulan Januari lalu, dimana kedudukan murid terbaik akan dipilih. Namun, penyertaan murid dalam Program Juara ini boleh berubah dan bergantung kepada pencapaian murid pada setiap ujian sekolah.

Perjumpaan ini dipengerusi oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling, Cikgu Ezalinda Binti Zakaria, sebagai Penyelaras Program Juara. Turut hadir adalah Guru Besar SK Intan Baiduri, Tuan Haji Ahmad Fuad Bin Haji Ahmad, YDP PIBG SK Intan Baiduri, Encik Zaifulsham Bin Haji Ahmad Zakaria dan Penyelaras Kecemerlangan Tahun 6, Cikgu Rohayati Binti Ghazali.

Semoga dengan adanya Program Juara ini akan dapat membantu anak-anak tahun 6 ini untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR.


 


PROGRAM AKADEMIK MENTOR MENTEE
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2018 : SESI 1 - BRAINET GASING

3 Mac 2018 - Pada pagi ini telah berlangsungnya sesi 1 bagi Program Akademik Mentor Mentee Universiti Teknologi Malaysia dibawah inisiatif National STEM Movement. Program ini dianjur bersama Universiti Teknologi Malaysia, PIBG SK Intan Baiduri, Persatuan STEM SK Intan Baiduri dan Persatuan PPR Intan Baiduri. Oleh kerana ini merupakan sesi 1, program yang dirangka untuk 6 sesi ini telah dijalankan lebih awal iaitu pukul 8.00 pagi dengan pendaftaran ibu bapa dan murid.

Seterusnya, majlis dimulakan dengan kata-kata aluan daripada Guru Besar SK Intan Baiduri, Tn Hj Ahmad Fuad Bin Hj Ahmad dan diikuti oleh YDP PIBG SK Intan Baiduri, En Zaifulsham Bin Hj Ahmad Zakaria. Ucapan dari UTM pula telah dimulakan oleh Dr Mohamed Azlan Bin Suhot dan diakhiri oleh Ketua Penyelaras Program Mentor Mentee UTM, Dr Sathiabama A/P T. Thirugnana. Turut hadir Pengurus Besar BRAINet (M) Sdn Bhd, En Chan Chon How.

Kemudian seramai lebih kurang 120 murid tahun 4 dan tahun 5 telah dibahagi ikut tahun dimana untuk 1 jam pertama bermula pukul 9 pagi, murid tahun 4 akan bersama 20 mentor mereka (yang diketuai oleh pelajar UTM Badrul Zaki) untuk pembelajaran Matematik manakala murid tahun 5 menjalankan aktiviti STEM bersama BRAINet. Untuk 1 jam kedua pula, murid tahun 5 mempelajari Sains bersama mentor manakala murid tahun 4 menjalankan aktiviti STEM bersama BRAINet.

Alhamdulillah program telah berjalan dengan lancar. Sambutan ibu bapa untuk turut hadir juga amat menggalakkan dengan Mentor dan Mentee dapat dilihat teruja membuat aktiviti bersama. Semoga semangat yang terbina ini dapat diteruskan untuk 5 sesi seterusnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

  

PELANTIKAN YDP PIBG SK INTAN BAIDURI DALAM
JAWATANKUASA KERJA DALAMAN
MAJLIS PELANCARAN GERAKAN MASSA
PENGHARGAAN "TERIMA KASIH CIKGU"
PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2018

1 Mac 2018 - Pada pagi ini, YDP PIBG SK Intan Baiduri, Encik Zaifulsham Bin Hj Ahmad Zakaria, telah menghadiri Taklimat Pelancaran Gerakan Penghargaan "Terima Kasih Cikgu" Sempena Perayaan Hari Guru Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2018.

Sebagai salah seorang daripada ahli Kumpulan Penggerak Ibu Bapa & Komuniti Kebangsaan (KPIBKK) Kuala Lumpur, beliau telah terpilih sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja Dalaman majlis pelancaran tersebut.

Taklimat yang diadakan di Bilik Mesyuarat Semarak, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya telah dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian. 

Dengan pelantikan ini, semoga beliau dapat menimba pengalaman pada peringkat kebangsaan dan seterusnya memurnikan SK Intan Baiduri dengan program-program yang terkini.



PUSAT PEMBELAJARAN STEM
PIBG SK INTAN BAIDURI
(STEM LEARNING CENTRE)
SLiC @ Intan Baiduri



MENGENAI KAMI

Pusat Pembelajaran STEM (STEM Learning Centre) atau lebih dikenali dengan akronim SLiC @ Intan Baiduri merupakan inisiatif PIBG SK Intan Baiduri dalam membudayakan konsep STREAM (Science, Technology, Religion, Engineering, Arts, Mathematic) kepada warga SK Intan Baiduri khasnya dan Komuniti Intan Baiduri amnya.

Sejak 2016, PIBG SK Intan Baiduri menjalankan pelbagai program dan aktiviti yang cenderung kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi iaitu Mencipta, Menilai dan Menganalisa, dengan harapan dapat Mengaplikasi, Memahami dan Mengingati.



VISI KAMI

Melahirkan masyarakat berpemikiran sistematik dengan unsur ‘ Inquiry, Hypothesis, Based Testing, Investigate, Results and Knowledge ’.





PROGRAM KAMI

Terdapat 5 element penting yang diterapkan dalam program kami iaitu :

A. Berkeyakinan Tinggi
B. Bersifat Ingin Tahu
C. Kreatif
D. Berani Mencuba
E. Bijak Menyoal

Oleh itu , 5 program ini telah diolah supaya ianya berkait rapat dan berkesinambungan :


PROGRAM 1 : PENGENALAN KERJAYA

- Mengenalpasti dan memperkenalkan kerjaya semasa dan masa hadapan.


PROGRAM 2 : PENDIDIKAN PROFESIONAL BERTERUSAN

- Pembelajaran Kemenjadian @ Keberhasilan Diri dari segi IQ, EQ, SQ, SSQ dan Pengetahuan Am.


PROGRAM 3 : HARI KERJAYA

- Mempelajari dan mengalami suasana persekitaran kerjaya.


PROGRAM 4 : KARNIVAL STREAM

- Mengumpul, mempromosi dan membudayakan Sains dalam kehidupan masyarakat.


PROGRAM 5 : KEJOHANAN STEM

- Mengukur pencapaian dan persaingan antara komuniti pendidikan.



KEMUDAHAN KAMI


Makmal Tenaga Hijau


 

 

  

   

Info

Info