10 Januari 2019 - Pada hari ini, sebelum waktu persekolahan berakhir, Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan ( KKGK ) telah mengadakan Majlis Lambaian Kasih untuk Cikgu Sakinah binti Awang @ Umar. Majlis ini sempena meraikan kenaikan pangkat beliau seterusnya perpindahan beliau ke sekolah baharu SK Kg Batu. Turut hadir adalah Yang DiPertua PIBG SK Intan Baiduri, Encik Zaifulsham bin Hj Ahmad Zakaria. Majlis telah diserikan dengan ucapan terima kasih daripada GPK Tadbir & Kurikulum, Cikgu Norizan binti Mahmud, mewakili Guru Besar yang masih dalam cuti sakit, dan juga ucapan perpisahan dan kata-kata nasihat terakhir daripada Cikgu Sakinah sendiri. Seterusnya, diadakan acara pemotongan pulut kuning oleh beliau dan suapan daripada setiap pentadbir. Majlis berakhir dengan penyampaian hadiah dan bersalaman oleh setiap murid dan guru SK Intan Baiduri.
TAHNIAH CIKGU SAKINAH BINTI AWANG @ UMAR
ATAS KENAIKAN PANGKAT SEBAGAI
GPK TADBIR & KURIKULUM SK KG BATU
4 Januari 2019 - Tahniah diucapkan kepada Cikgu Sakinah binti Awang @ Umar atas kenaikan pangkat beliau dari GPK Hal Ehwal Murid ke GPK Tadbir & Kurikulum. Dengan kenaikan pangkat tersebut, beliau juga akan berpindah dari sekolah SK Intan Baiduri ke SK Kg Batu. Tarikh terakhir beliau di SK Intan Baiduri adalah pada 10 Januari 2019. Beliau telah berkhidmat di SK Intan Baiduri sejak tahun 2014. Selama 5 tahun, PIBG SK Intan Baiduri telah banyak bekerjasama dengan beliau mengadakan program-program berbentuk sahsiah untuk Kemenjadian Anak-Anak SK Intan Baiduri. Terima kasih atas pengorbanan dan ilmu yang dicurahkan. Semoga beliau dapat meneruskan kecemerlangan di sekolah baharu.
MAJLIS LAMBAIAN KASIH CIKGU ROHAYATI BINTI GHAZALI (2003-2018)
4 Januari 2019 - Pada pukul 11.30 pagi, sebelum loceng pulang berbunyi, telah berlangsungnya Majlis Lambaian Kasih antara Cikgu Rohayati binti Ghazali bersama murid dan guru sekolah di Dewan Seri Intan Baiduri. Majlis telah dianjurkan oleh Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan (KKGK) SK Intan Baiduri sebagai aspresiasi perkhidmatan beliau. Turut hadir adalah Yang DiPertua PIBG SK Intan Baiduri, Encik Zaifulsham bin Hj Ahmad Zakaria.
Beliau yang mengajar Bahasa Melayu telah berkhidmat di SK Intan Baiduri sejak pembukaan sekolah pada tahun 2003 dan perpindahan beliau amat dirasai oleh semua pihak terutama murid tahun 6 dimana beliau telah menjadi Penyelaras Kecemerlangan buat saban tahun.
PIBG SK Intan Baiduri mengucapkan jutaan terima kasih atas pengorbanan beliau selama 16 tahun dalam mendidik anak-anak SK Intan Baiduri untuk berjaya dengan cemerlang dalam kurikulum, kokurikulum serta sahsiah. Semoga beliau dapat terus mengembangkan ilmu dan menempa kejayaan di sekolah baharu nanti.
PERUTUSAN 2019
PEMANGKIN KEMENJADIAN MURID DAN PEMERKASAAN GURU
Salam Intan Baiduri, Ibu adalah Intan, Bapa adalah Baiduri. PIBG SK Intan Baiduri mengucapkan tahniah kepada ibu bapa yang telah menghantar anak-anak mereka untuk menjadi murid SK Intan Baiduri bagi tahun 2019. Peningkatan pendaftaran bagi tahun ini menunjukkan bahawa SK Intan Baiduri kini menjadi pilihan atas usaha sekolah dan PIBG untuk menjadikan SK Intan Baiduri sebagai Sekolah Contoh akan Pelibatan Ibu Bapa & Komuniti (PIBK) dalam Kemenjadian Murid dan Pemerkasaan Guru. Bagi tahun 2019, pelbagai cabaran yang perlu dihadapi samada dari segi penambahbaikan sistem pendidikan kebangsaan malah perubahan organisasi dalaman sekolah bermula dengan 1. Masalah kesihatan Guru Besar kita, Tuan Haji Ahmad Fuad bin Ahmad, 2. Perpindahan dan kenaikan pangkat GPK Hal Ehwal Murid, Puan Sakinah binti Awang @ Umar, 3. Perpindahan 3 orang guru iaitu Cikgu Mohd Halimi bin Mat Dalep, Cikgu Mohd Saleh bin Din serta Cikgu Rohayati binti Ghazali. 4. Penstrukturan pertukaran kakitangan sokongan yang akan melibatkan 4 kakitangan sekolah. Namun PIBG SK Intan Baiduri akan terus membantu sekolah dalam menyusun dan merangka program-program mantap dan cemerlang agar kejayaan pada tahun 2018 dapat diteruskan pada masa hadapan. Semoga warga SK Intan Baiduri (Ibu Bapa, Guru, Alumni dan Komuniti) tahun ini dapat memberi sokongan yang padu agar matlamat untuk kecemerlangan Kemenjadian Murid dan Pemerkasaan Guru akan tercapai. Sekian. Terima Kasih. YDP PIBG SK Intan Baiduri 5 Januari 2019
Pendaftaran Terbuka Kelab Taekwondo, SK Intan Baiduri
-Sesi Januari 2019-
🥋🥋🥋🥋🥋🥋🥋🥋
*Ahad (6/1/2019)
*8.00am - 9.30am
*Kantin Sekolah
Latihan rutin TAEKWONDO berorientasikan etika disiplin yang tegas bertujuan untuk membentuk pelajar – pelajar agar mempunyai akhlak yang cemerlang, kecergasan mental yang maksima serta berkemampuan untuk menjadi seorang yang berkaliber di masa hadapan. Latihan TAEKWONDO menitikberat pembentukan rohani serta jasmani melalui latihan fizikal yang tersusun dan terbukti berkesan di serata dunia. Sila bawa bersama yuran: 1. Pendaftaran - rm30 2. Bulanan - rm40 3. Uniform - rm70 Harap maklum. TQ. Master Fauzan Taekwondo instructor