Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM

18 Februari 2019 - Selepas pelancaran Program Jom Ke Sekolah, majlis diteruskan dengan Majlis Pelancaran Program Nilam. Matlamat program tersebut adalah untuk menanam minat membaca secara terancang dan tersusun dalam kalangan rakyat Malaysia, khususnya murid sekolah sehingga wujudnya tabiat membaca dan budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.

Pegawai Angkat PPD Sekolah,  Encik Wan Mohammad Hafizu bin Wan Abdullah telah sudi memberi ucapan lalu merasmikan majlis bersama Yang DiPertua PIBG SK Intan Baiduri, Encik Zaifulsham bin Hj Ahmad Zakaria.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar bersama guru-guru yang terlibat.

 

 

 

 


PROGRAM JOM KE SEKOLAH

18 Februari 2019 - Pada pagi ini telah berlangsungnya Program Jom Ke Sekolah iaitu program permuafakatan antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Polis DiRaja Malaysia dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid.

Turut hadir sebagai tetamu jemputan adalah Yang DiPertua PIBG SK Intan Baiduri, Encik Zaifulsham bin Hj Ahmad Zakaria, Pegawai Perhubungan Polis Sekolah, Sarjan Md. Nizam bin Ahmad serta Pegawai Angkat PPD Sekolah, Encik Wan Mohammad Hafizu bin Wan Abdullah.

Majlis dimulakan dengan ucapan Perutusan  Menteri Pendidikan Malaysia oleh Guru Disiplin, Cikgu Mohammad Ikhram bin Aziz dan diikuti oleh ucapan dari GPK Hal Ehwal Murid, Puan Sofia binti Abdulla yang mewakili Guru Besar. Secara spontan, Puan Sofia telah menjemput Yang DiPertua untuk menyampaikan nasihat sebelum perasmian majlis oleh Sarjan Md. Nizam bin Ahmad.

Program diakhiri dengan gimik pelancaran serta tayangan video dan lagu Jom Ke Sekolah.

 

 

 

 

 

 

 

 
BENGKEL ROKET AIR (PARACHUTE DAN TARGET) 2019

16 Februari 2019 - Kali ini, PIBG SK Intan Baiduri telah bergabung dengan Persatuan STEM SK Intan Baiduri mengadakan Bengkel Roket Air (Parachute dan Target) untuk mendedahkan pada murid bidang E (Engineering) di dalam S.T.R.E.A.M.. Program pertama PIBG SK Intan Baiduri bagi tahun 2019 ini dibuka untuk murid tahun 1 sehingga tahun 5. Namun murid tahun 6 terpaksa dikecualikan kerana mereka perlu menghadiri kelas tambahan. 
 

 

Walaupun masa teramat singkat, iaitu 5 hari sahaja untuk mempromosikan bengkel disebabkan pertembungan dengan cuti panjang Hari Wilayah Persekutuan dan Tahun Baru Cina, sambutan amat menggalakkan  dengan penyertaan akhir 96 orang murid (walaupun had maksima yang diperlukan adalah 80 murid sahaja) dari tahun 1 sehingga tahun 5 yang membentuk 24 kumpulan, bahkan ada yang datang dari sekolah luar juga. Ini tidak termasuk juga keluarga murid terutama murid tahap 1, yang turut membantu dan memberi sokongan kepada anak mereka dan kumpulannya.


 

 

 

 

Bengkel ini dikendalikan oleh Cikgu Muslim bin Hj Tamsir dari SK Tun Hussein Onn dan dibantu oleh Ketua  Panitia Sains SK Intan Baiduri, Cikgu Mayasari @ Idawanie binti Omar. Terima kasih juga diucapkan kepada guru-guru SK Intan Baiduri, AJK Ibu Bapa PIBG, alumni dan para ibu bapa kerana telah memastikan kelancaran bengkel. Terima kasih juga kepada team DRONSTA yang diketuai oleh Encik Anwar Muzhaffar Azman atas sokongan yang diberikan. Insyaallah bengkel seterusnya adalah Bengkel Dron yang dijangka diadakan pada 2 Mac 2019.


 

 

Untuk acara kemuncak, Yang Dipertua PIBG SK Intan Baiduri, Encik Zaifulsham bin Hj Ahmad Zakaria telah sudi untuk memberi hadiah penghargaan kepada Cikgu Muslim dan 3 kumpulan pemenang yang mendapat markah terkumpul tertinggi dari dua pertandingan iaitu parachute dan target.

 

 


PROGRAM TOD (Training Of Dutas)
PENGGERAK DIGITAL SIRI 1

12 Februari 2019 - Pada hari ini telah bermulanya Siri 1 - Program TOD (Training of Dutas) Penggerak Digital, Digital Maker Hub (DMH) @ SK Intan Baiduri dimana 30 orang murid (Duta) yang terdiri daripada 27 lelaki dan 3 perempuan tahun 3 hingga 5 yang terpilih, serta Guru  Penyelaras DMH masing-masing telah dilatih cara-cara mengendalikan peralatan robotik dan pemprograman menggunakan MRT Scratch.

Program yang dikendalikan oleh Perunding lantikan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) iaitu My Robot Time akan diadakan selama 12 siri dengan objektif membentuk satu pasukan digital yang mantap dan menjadi pemangkin kepada pergerakan digital khasnya di sekolah-sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Malaysia amnya.

Turut hadir memberi sokongan adalah Yang DiPertua PIBG SK Intan Baiduri, Encik Zaifulsham bin Hj Ahmad Zakaria; GPK Tadbir dan Kurikulum SK Intan Baiduri, Puan Norizan binti Mahmud serta Pengarah Pembangunan Perniagaan My Robot Time Asia Dr Srinath Devaraj.

Semoga usaha yang dimulakan oleh PIBG SK Intan Baiduri sejak 2016 ini akan dapat melengkapkan lagi inisiatif STREAM (Science, Technology, Religion, Engineering, Art, Mathematic) dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (PDP) Alaf 21 di SK Intan Baiduri serta membudayakan penggunaannya ke seluruh Malaysia dengan visi memperkukuhkan Kemenjadian Murid serta Pemerkasaan Guru.

 

 

 

Info

Info