JOM MAKAN BUAH @ SK INTAN BAIDURI 2018
25 Julai 2018 - Mengambil kesempatan akan lambakan buah-buahan yang murah di pasaran sekarang, PIBG SK Intan Baiduri telah mengadakan Jamuan Buah Durian dan Rambutan untuk Guru dan AJK PIBG mulai pukul 12.30 tengahari. Jamuan ini juga adalah sebagai penghargaan kepada mereka yang telah membantu dan menyokong PIBG dalam usaha memangkinkan kecemerlangan SK Intan Baiduri.
PIBG SK Intan Baiduri juga telah mengambil kesempatan untuk membuat jualan buahan iaitu Durian, Manggis, Rambutan dan Petai kepada warga SK Intan Baiduri. Buah-buahan yang segar dan terus dari ladang Jeli, Kelantan telah mendapat sambutan yang menggalakkan dimana lebih daripada 500 kg buah-buahan telah terjual.
Semoga dengan program yang julung kali diadakan, dapat menggalakkan warga SK Intan Baiduri untuk mengamalkan memakan buah-buahan tempatan yang mempunyai nutrisi tinggi.