Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
MESYUARAT AJK PIBG SK INTAN BAIDURI SESI 2018/19 kali ke 3

28 Julai 2018 - Pada pagi ini telah berlangsung Mesyuarat AJK PIBG SK Intan Baiduri sesi 2018/19 kali ke 3 di Bilik Gerakan, SK Intan Baiduri. Mesyuarat adalah cukup korum dengan kehadiran seramai 13 daripada 18 orang ajk.

Mesyuarat yang bermula pada pukul 9.50 pagi, turut dihadiri oleh Guru Besar SK Intan Baiduri, Tuan Haji Ahmad Fuad bin Haji Ahmad, merangkap Penasihat PIBG, GPK HEM Puan Sakinah binti Awang @ Umar dan Juruaudit Dalaman (Guru) Cik Nur Hashimah binti Muhd Hashim.

Seperti biasanya, Yang DiPertua PIBG, Encik Zaifulsham bin Haji Ahmad Zakaria mempengerusikan mesyuarat, diikuti ucapan Guru Besar. Seterusnya mesyuarat mengesahkan minit mesyuarat dan penyata kewangan, sebelum YDP memberi ringkasan aktiviti yang telah dijalankan selepas mesyuarat ke 2 sehingga hari ini dan juga aktiviti yang akan berlaku dalam 2 bulan akan datang.

Antara perbincangan dan persetujuan yang dicapai adalah :

1. PIBG akan menyediakan Hand Sanitizer sebagai langkah-langkah berjaga akibat jangkitan HFMD yang semakin meningkat di seluruh negara.
2. PIBG akan mempromosikan bengkel Junior STEM Discovery yang baru sahaja dilancarkan semalam oleh Program Pemerkasaan Kompetensi Akademik Siswa (PKAS) UKM, dikalangan murid SK Intan Baiduri.
3. PIBG mencadangkan agar Bilik Gerakan SK Intan Baiduri juga dijadikan Bilik Warisan (Sejarah) SK Intan Baiduri.

 

Mesyuarat ditangguhkan pada 12.15 tengahari sehingga  6 October 2018.

Info

Info