Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
PROGRAM PECUTAN AKHIR : DIDIK RAKYAT
ANJURAN BANK RAKYAT DIBAWAH PROGRAM e-KL

14 Julai 2018 - Pada hari ini telah berlangsung Program Pecutan Akhir : Didik Rakyat anjuran Bank Rakyat yang dikendalikan oleh Yayasan Bank Rakyat dan Bank Rakyat cawangan Selayang. Bermula dari pukul 8.00 pagi sehingga 5.00 petang dan diadakan di Auditorium UITM cawangan Selayang, pengajaran dalam matapelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains telah di sampaikan oleh penceramah dari Berita Harian Didik. SK Intan Baiduri telah diperuntukkan sebanyak 50 tempat untuk murid tahun 6 yang akan menghadapi UPSR tahun ini.


 

 

Program Didik Rakyat ini juga merupakan salah satu aktiviti yang telah dirancang untuk sekolah yang menyertai Program e-KL yang dilaksanakan bersama oleh LA21KL dan Yayasan Bank Rakyat. Tahniah diucapkan kepada Cikgu Rohayati binti Ghazali, Penyelaras Kecemerlangan UPSR kerana telah dapat menyediakan murid untuk program tajaan ini. Terima kasih juga kepada Bank Rakyat Cawangan Selayang kerana sentiasa menyokong SK Intan Baiduri sejak 2015 lagi.

Semoga dengan adanya jalinan mesra komuniti ini akan dapat dimanafaatkan oleh sekolah dan murid untuk kecemerlangan masa hadapan.

Info

Info