Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
HARI PERMUAFAKATAN IBU BAPA TAHUN 6

26 Januari 2019 - Setelah ujian diagnostik dan perbincangan guru tahun 6 diadakan pada awal tahun, maka pada hari ini telah diadakan Hari Permuafakatan Ibu Bapa Tahun 6 untuk membincangkan analisa keputusan serta perancangan aktiviti yang disusun untuk murid tahun 6 sepanjang tahun 2019. 

Majlis telah bermula pada pukul 9.30 pagi dengan dipengerusikan oleh Cikgu Mohd Syakir bin Ahmad Sawal. Seterusnya, Yang DiPertua PIBG SK Intan Baiduri, Encik Zaifulsham bin Hj Ahmad Zakaria telah memberi kata alu-aluan dan penerangan akan kepentingan ibu bapa untuk sama-sama terlibat dalam pendidikan anak-anak pada tahun yang kritikal ini. Selepas melafazkan perasmian, montaj Aspresiasi Tahun 6 2018 telah dipertontonkan kepada para ibu bapa untuk memberi gambaran akan pelbagai aktiviti yang akan diusahakan.

 

 

 

Taklimat juga disampaikan oleh GPK Tadbir & Kurikulum, Puan Norizan binti Mahmud, GPK Kokurikulum, Puan Kasmah binti Ismail, Guru Bimbingan & Kaunseling, Cikgu Ezalinda binti Zakaria serta yang terakhir, Guru Penyelaras Kecemerlangan UPSR 2019, Cikgu Mayasari @ Idawanie binti Omar.

Alhamdulillah majlis berjalan lancar dengan soaljawab dan mendapat persetujuan sebulat suara oleh ibu bapa akan apa yang dibentangkan oleh Cikgu Mayasari. Seterusnya, para ibu bapa dibenarkan untuk mengambil keputusan ujian diagnostik serta berbincang dengan guru kelas anak masing-masing. Terdapat juga sekumpulan ibu bapa yang dikumpulkan untuk perbincangan lebih terperinci akan usaha pihak sekolah dan PIBG dalam mencungkil potensi anak-anak.

 

Semoga dengan penanda aras yang telah ditetapkan ini dapat menyuntik semangat kepada ibu bapa untuk terus menyokong usaha sekolah dan PIBG yang secara langsung membantu anak-anak mereka untuk berjaya pada masa hadapan. 
TAKLIMAT IBU BAPA CALON
DUTA PENGGERAK DIGITAL SK INTAN BAIDURI

25 Januari 2019 - Pada pagi ini telah berlangsungnya perjumpaan pertama antara ibu bapa kepada calon Duta Penggerak Digital SK Intan Baiduri, bersama dengan Pentadbir dan PIBG SK Intan Baiduri. Walaupun taklimat ini diadakan pada hari kerja, namun ianya tidak menghalang 27 daripada 30 ibu bapa calon untuk hadir mendengar halatuju Duta Penggerak Digital yang pertama kali ditubuhkan setelah sekolah dipilih pada tahun lepas oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) bersama Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai Digital Maker Champion School.


 

 

Taklimat dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh GPK Tadbir & Kurikulum, Puan Norizan binti Mahmud, mewakili Guru Besar, sebelum Guru Penyelaras Digital Maker Hub (DMH) @ SK Intan Baiduri, Cikgu Nur Hashimah binti Muhd Hashim menerangkan secara terperinci tugas DMH dan Duta Penggerak Digital. Seterusnya, Yang DiPertua PIBG, Encik Zaifulsham bin Hj Ahmad Zakaria telah membentangkan sasaran KPI DMH @ SK Intan Baiduri bagi tahun 2019.

Turut memberi ucapan dan menyatakan sokongan adalah Guru Bimbingan & Kaunseling, Cikgu Ezalinda binti Zakaria serta Guru Penyelaras Hab Tenaga Hijau, Cikgu Mayasari @ Idawanie binti Omar. Turut hadir adalah Guru Penyelaras DMH, Cikgu Mohd Syakir bin Ahmad Sawal. Setelah tamat taklimat, para ibu bapa telah dibawa melawat Hab Digital Maker dan Hab Tenaga Hijau.

Alhamdulillah ibu bapa dengan sebulat suara bersetuju untuk membantu menjayakan inisiatif ini demi kemenjadian anak-anak serta kecemerlangan SK Intan Baiduri. Secara kolektif, sekolah akan menubuhkan 5 kumpulan iaitu :

a. Duta Penggerak Digital - 30 orang murid
b. Kumpulan Penggerak Digital Guru (KPDG) - 12 orang guru
c. Kumpulan Penggerak Digital Ibu Bapa (KPDIB) - 60 orang ibu dan bapa
d. Kumpulan Penggerak Digital Komuniti (KPDK) - Tiada had
e. Kumpulan Penggerak Digital Alumni (KPDA) - Tiada had

Semoga dengan persetujuan yang telah dicapai dan disusun, akan membawa kecemerlangan kepada SK Intan Baiduri untuk menjadi sekolah yang terulung dalam pergerakan Digital serta STREAM (Science, Technology, Religion, Engineering, Art, Mathematic) di Kuala Lumpur dan Malaysia keseluruhannya.  
MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN
PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH,
PENGAWAS SPBT, BRIGED BESTARI, PRS,
KETUA KELAS DAN PENOLONG KETUA KELAS 2019

17 Januari 2019 - Pada hari ini telah berlangsungnya Majlis Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Pengawas SPBT, Briged Bestari, PRS, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas SK Intan Baiduri bagi tahun 2019.

Majlis telah dirasmikan oleh Yang DiPertua PIBG SK Intan Baiduri, Encik Zaifulsham bin Hj Ahmad Zakaria dengan kehadiran tetamu kehormat Pegawai Perhubungan Sekolah Sarjan 123097 Md Nizam bin Ahmad dari Ibu Pejabat Polis Sentul. Turut hadir adalah barisan pentadbir sekolah GPK Tadbir & Kurikulum Puan Norizan bt Mahmud, GPK Hal Ehwal Murid Puan Sofia bt Abdullah dan GPK Kokurikulum Puan Kasmah bt Ismail.

Majlis bermula pada 8.25 pagi dengan bacaan doa sebelum Yang DiPertua memberi ucapan lalu merasmikan majlis watikah. Seterusnya penyampaian watikah pelantikan oleh Sarjan Md Nizam kepada semua ketua unit dan diakhiri dengan bacaan ikrar oleh setiap unit. Majlis selesai dengan sesi bergambar mengikut unit pengawas masing-masing.

Semoga dengan pengiktirafan yang diberikan ini maka setiap murid dapat melaksanakan tanggunjawab mereka dengan penuh berdedikasi dan menjadi tonggak utama pemimpin penggerak masa hadapan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


السلام عليكم

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ


Dimaklumkan bahawa Tuan Haji Ahmad Fuad bin Haji Ahmad, Guru Besar SK Intan Baiduri telah kembali ke rahmatullah pada hari Ahad, 13 Januari 2019.

Beliau yang berkhidmat sebagai Guru Besar SK Intan Baiduri selama 4 tahun ( 2015- 2018 ) telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Kuala Lumpur pada pagi Isnin 14 Januari 2019.

Ya Allah, Ya Tuhanku.
Ampunilah dia, 
Rahmatilah dia, 
Maafkanlah dia, 
Muliakanlah kematiannya, 
Lapangkanlah kuburnya, 
Jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya, dan 
Berilah kesabaran kepada ahli sekeluarganya, 
Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Amin.
STEM EXPLORACE PUTRAJAYA

12 Januari 2019 - Kesinambungan kepada kecemerlangan program dan aktiviti STREAM tahun lepas, maka pada pagi ini adalah penyertaan pertama bagi tahun 2019 oleh STREAM Learning Centre PIBG SK Intan Baiduri (SLiC @ SK Intan Baiduri) bersama Persatuan STEM SK Intan Baiduri dalam menyertai Pertandingan STEM Explorace Putrajaya yang dianjurkan oleh Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur.

Pasukan SK Intan Baiduri yang diterajui oleh Cikgu Mayasari @ Idawanie binti Omar telah menghantar 20 orang murid tahap 2 dengan diiringi oleh 5 orang guru pengiring. Penyertaan pertama ini adalah pengenalan untuk pemilihan SK Intan Baiduri dalam membentuk 30 orang murid dalam pasukan utama sebagai Duta Penggerak Digital Maker SK Intan Baiduri. 

Dengan pengalaman yang diperolehi hasil dari penyertaan ini, diharapkan murid-murid yang baharu menyertai aktiviti STEM akan mendapat peluang mengaplikasikan ilmu yang diperolehi untuk pembelajaran mereka di sekolah.

Jutaan terima kasih kepada Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur yang diketuai oleh Dr. Sathiabama T. Thirugnana dan Encik Ramesh Pillai dari Malaysia Association of Creativity & Innovation (MACRI) atas sokongan berterusan mereka kepada kami dalam menjayakan program Kemenjadian Anak-Anak SK Intan Baiduri. 



 

 

 

 

 
MESYUARAT KERJA KALI PERTAMA
PEMEGANG TARUH DIGITAL MAKER HUB (DMH) @ SK INTAN BAIDURI

11 Januari 2019 - Pada hari ini telah berlangsungnya mesyuarat pertama antara pemegang taruh yang ada kepentingan dalam penubuhan Digital Maker Hub @ SK Intan Baiduri. SK Intan Baiduri adalah sesatunya sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dipilih oleh MDEC untuk dijadikan Digital Maker Champion School. Hanya 22 sekolah seluruh Malaysia yang telah disenarai pendek daripada ratusan permohonan. 

Mesyuarat yang bermula pada pukul 9.00 pagi telah diadakan di Bilik Mesyuarat, SK Intan Baiduri. Pemegang taruh yang hadir adalah wakil dari MDEC, My Robot Time, JPWPKL, PIBG SK Intan Baiduri, Pentadbiran sekolah serta Guru Penyelaras DMH. Mesyuarat di pengerusikan oleh GPK Tadbir & Kurikulum, Cikgu Norizan binti Mahmud, mewakili Guru Besar.

Mesyuarat yang berlangsung selama 3 jam itu telah membincang dan merancang halatuju DMH bagi tahun 2019. Alhamdulillah, PIBG SK Intan Baiduri, yang diwakili oleh Yang DiPertua Encik Zaifulsham bin Hj Ahmad Zakaria amat berpuashati akan sokongan, jawapan dan keputusan yang telah dicapai. Pihak konsultan yang dilantik oleh MDEC untuk DMH@SK Intan Baiduri iaitu My Robot Time  turut juga menyumbangkan peralatan digital tambahan. Kesemua pemegang taruh kemudian telah dibawa untuk melihat bilik DMH serta bilik Tenaga Hijau.

Semoga dengan langkah pertama yang telah diambil ini dapat meningkatkan kecemerlangan dan Kemenjadian Anak-Anak SK Intan Baiduri khasnya serta sekolah-sekolah Kuala Lumpur amnya.

 

 

Info

Info