PERUTUSAN 2019
PEMANGKIN KEMENJADIAN MURID DAN PEMERKASAAN GURU
Salam Intan Baiduri,
Ibu adalah Intan, Bapa adalah Baiduri.
PIBG SK Intan Baiduri mengucapkan tahniah kepada ibu bapa yang telah menghantar anak-anak mereka untuk menjadi murid SK Intan Baiduri bagi tahun 2019. Peningkatan pendaftaran bagi tahun ini menunjukkan bahawa SK Intan Baiduri kini menjadi pilihan atas usaha sekolah dan PIBG untuk menjadikan SK Intan Baiduri sebagai Sekolah Contoh akan Pelibatan Ibu Bapa & Komuniti (PIBK) dalam Kemenjadian Murid dan Pemerkasaan Guru.
Bagi tahun 2019, pelbagai cabaran yang perlu dihadapi samada dari segi penambahbaikan sistem pendidikan kebangsaan malah perubahan organisasi dalaman sekolah bermula dengan
1. Masalah kesihatan Guru Besar kita, Tuan Haji Ahmad Fuad bin Ahmad,
2. Perpindahan dan kenaikan pangkat GPK Hal Ehwal Murid, Puan Sakinah binti Awang @ Umar,
3. Perpindahan 3 orang guru iaitu Cikgu Mohd Halimi bin Mat Dalep, Cikgu Mohd Saleh bin Din serta Cikgu Rohayati binti Ghazali.
4. Penstrukturan pertukaran kakitangan sokongan yang akan melibatkan 4 kakitangan sekolah.
Namun PIBG SK Intan Baiduri akan terus membantu sekolah dalam menyusun dan merangka program-program mantap dan cemerlang agar kejayaan pada tahun 2018 dapat diteruskan pada masa hadapan. Semoga warga SK Intan Baiduri (Ibu Bapa, Guru, Alumni dan Komuniti) tahun ini dapat memberi sokongan yang padu agar matlamat untuk kecemerlangan Kemenjadian Murid dan Pemerkasaan Guru akan tercapai.
Sekian. Terima Kasih.
YDP PIBG SK Intan Baiduri
5 Januari 2019