MESYUARAT KERJA KALI PERTAMA
PEMEGANG TARUH DIGITAL MAKER HUB (DMH) @ SK INTAN BAIDURI
11 Januari 2019 - Pada hari ini telah berlangsungnya mesyuarat pertama antara pemegang taruh yang ada kepentingan dalam penubuhan Digital Maker Hub @ SK Intan Baiduri. SK Intan Baiduri adalah sesatunya sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dipilih oleh MDEC untuk dijadikan Digital Maker Champion School. Hanya 22 sekolah seluruh Malaysia yang telah disenarai pendek daripada ratusan permohonan.
Mesyuarat yang bermula pada pukul 9.00 pagi telah diadakan di Bilik Mesyuarat, SK Intan Baiduri. Pemegang taruh yang hadir adalah wakil dari MDEC, My Robot Time, JPWPKL, PIBG SK Intan Baiduri, Pentadbiran sekolah serta Guru Penyelaras DMH. Mesyuarat di pengerusikan oleh GPK Tadbir & Kurikulum, Cikgu Norizan binti Mahmud, mewakili Guru Besar.

Mesyuarat yang berlangsung selama 3 jam itu telah membincang dan merancang halatuju DMH bagi tahun 2019. Alhamdulillah, PIBG SK Intan Baiduri, yang diwakili oleh Yang DiPertua Encik Zaifulsham bin Hj Ahmad Zakaria amat berpuashati akan sokongan, jawapan dan keputusan yang telah dicapai. Pihak konsultan yang dilantik oleh MDEC untuk DMH@SK Intan Baiduri iaitu My Robot Time turut juga menyumbangkan peralatan digital tambahan. Kesemua pemegang taruh kemudian telah dibawa untuk melihat bilik DMH serta bilik Tenaga Hijau.
Semoga dengan langkah pertama yang telah diambil ini dapat meningkatkan kecemerlangan dan Kemenjadian Anak-Anak SK Intan Baiduri khasnya serta sekolah-sekolah Kuala Lumpur amnya.