Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
HARI PERMUAFAKATAN IBU BAPA TAHUN 6

26 Januari 2019 - Setelah ujian diagnostik dan perbincangan guru tahun 6 diadakan pada awal tahun, maka pada hari ini telah diadakan Hari Permuafakatan Ibu Bapa Tahun 6 untuk membincangkan analisa keputusan serta perancangan aktiviti yang disusun untuk murid tahun 6 sepanjang tahun 2019. 

Majlis telah bermula pada pukul 9.30 pagi dengan dipengerusikan oleh Cikgu Mohd Syakir bin Ahmad Sawal. Seterusnya, Yang DiPertua PIBG SK Intan Baiduri, Encik Zaifulsham bin Hj Ahmad Zakaria telah memberi kata alu-aluan dan penerangan akan kepentingan ibu bapa untuk sama-sama terlibat dalam pendidikan anak-anak pada tahun yang kritikal ini. Selepas melafazkan perasmian, montaj Aspresiasi Tahun 6 2018 telah dipertontonkan kepada para ibu bapa untuk memberi gambaran akan pelbagai aktiviti yang akan diusahakan.

 

 

 

Taklimat juga disampaikan oleh GPK Tadbir & Kurikulum, Puan Norizan binti Mahmud, GPK Kokurikulum, Puan Kasmah binti Ismail, Guru Bimbingan & Kaunseling, Cikgu Ezalinda binti Zakaria serta yang terakhir, Guru Penyelaras Kecemerlangan UPSR 2019, Cikgu Mayasari @ Idawanie binti Omar.

Alhamdulillah majlis berjalan lancar dengan soaljawab dan mendapat persetujuan sebulat suara oleh ibu bapa akan apa yang dibentangkan oleh Cikgu Mayasari. Seterusnya, para ibu bapa dibenarkan untuk mengambil keputusan ujian diagnostik serta berbincang dengan guru kelas anak masing-masing. Terdapat juga sekumpulan ibu bapa yang dikumpulkan untuk perbincangan lebih terperinci akan usaha pihak sekolah dan PIBG dalam mencungkil potensi anak-anak.

 

Semoga dengan penanda aras yang telah ditetapkan ini dapat menyuntik semangat kepada ibu bapa untuk terus menyokong usaha sekolah dan PIBG yang secara langsung membantu anak-anak mereka untuk berjaya pada masa hadapan. 

Info

Info