Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
SOKONGAN KOMUNITI : KUNJUNGAN HORMAT
PENSYARAH UTM RAZAK SCHOOL OF ENGINEERING
AND ADVANCED TECHNOLOGY

27 Disember 2017 - Pada pagi ini, SK Intan Baiduri telah menerima kunjungan hormat daripada 3 orang Pensyarah UTM RAZAK School of Engineering and Advanced Technology. Rombongan yang diketuai oleh Dr. Sathiabama A/P Thirugnana, turut disertai oleh Dr. Mohamed Azlan Bin Suhot dan Dr. Nurul Huda Binti Ahmad. Turut hadir adalah 3 orang wakil daripada BRAINet (M) Sdn Bhd yang diketuai oleh Pengurus Besar, Encik Chan Chon How.

Rombongan telah disambut oleh Guru Besar SK Intan Baiduri, Tuan Haji Ahmad Fuad Bin Ahmad dan Yang DiPertua PIBG SK Intan Baiduri, Encik Zaifulsham Bin Hj Ahmad Zakaria. Turut hadir Ketua Panitia Sains, Cikgu Mayasari @ Idawanie Binti Omar, Ketua Panitia Matematik, Cikgu Mohd Halimi Bin Dalep dan Jawatankuasa Induk PIBG.

Lawatan hampir 3 jam tersebut merangkumi lawatan ke Makmal Tenaga Hijau dan seterusnya perbincangan akan program kerjasama yang boleh dilaksanakan bagi tahun 2018. 

 

 

Alhamdulillah, rumusan daripada perbincangan, UTM telah bersetuju untuk menjadikan SK Intan Baiduri sebagai Rintis Sekolah Rendah dalam Program Mentor Mentee 2018. Seramai 30 pelajar ijazah tahun 2 dan tahun 3 UTM akan menjadi Mentor kepada 90 murid (tahun 4 - 6) SK Intan Baiduri dengan penekanan kepada pembelajaran Sains dan Matematik.

Semoga murid terpilih ini akan menjadi pembimbing kepada rakan sebaya mereka agar dapat menyebarkan ilmu yang diperolehi untuk kecemerlangan semua.
TAHNIAH CIKGU IZZUDDIN BIN M. SUKREY

2 Disember 2017 - Tahniah diucapkan kepada Cikgu Izzuddin Bin M. Sukrey, juga merangkap Bendahari PIBG SK Intan Baiduri kerana telah melangsungkan Majlis Perkahwinannya pada hari ini dengan pasangan pilihannya Puan Nur Farah Syafiqah Binti Mohamad Fu'ad di Batu Pahat, Johor Darul Takzim.

PIBG SK Intan Baiduri mendoakan selamat menempuh kehidupan baru dan semoga menjadi keluarga yang sakinah, mawaddah wa rahmah. Amin.
HARI GRADUASI TAHUN 6

24 November 2017 - Hari ini merupakan hari terakhir persekolahan bagi tahun 2017, oleh itu satu Majlis Hari Graduasi Tahun 6 diadakan dan merupakan program terakhir menutup kalendar 2017.

Para murid dan ibu bapa dirai dengan pemakaian jubah graduasi oleh anak-anak manakala pihak PIBG SK Intan Baiduri telah sudi menyampaikan sumbangan saguhati untuk 12 murid yang telah mencapai keputusan cemerlang, meningkat daripada 8 murid pada tahun lepas. Penyampaian insentif melalui Tabung Kecemerlangan PPSR juga telah disampaikan kepada murid yang layak mengikut kategori akademik, kokurikulum dan sebagainya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
 
 

 

 

 

 


Semoga anak-anak ini dapat mencipta kenangan terindah hasil daripada majlis ini dan membawa kenangan tersebut untuk kejayaan mereka pada masa hadapan.
PENGUMUMAN PELAPORAN PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH (PPSR) 2017

23 November 2017 - Pada hari ini, mulai pukul 10 pagi telah berlangsungnya penyerahan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) 2017 kepada murid tahun 6.

Dalam PPSR terdapat 4 bentuk pelaporan iaitu :
  1. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
  2. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum (PAJSK)
  3. Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
  4. Keputusan UPSR / PASR 
 

 

 

 

 

 

 

 


Alhamdulillah, setelah masuk ke tahun 2 PPSR diadakan, pencapaian murid pada tahun ini adalah lebih baik daripada yang lepas. Peningkatan ini hasil dari usaha gigih para guru, murid dan ibu bapa yang menjalankan pelbagai program sepanjang tahun.

Semoga keputusan yang dicapai akan menjadi langkah pertama kepada anak-anak untuk berjaya pada masa hadapan.

Info

Info